tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post1577293858436293918..comments2023-11-03T22:53:29.814+08:00Comments on MUSLIOLI SEKALI KETUK: MELIHAT CHIN PENG DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZAAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-20628836239343130392009-05-28T11:10:40.950+08:002009-05-28T11:10:40.950+08:00Uinah.... gila kah??? BOLEH... kalau dia hidupkan ...Uinah.... gila kah??? BOLEH... kalau dia hidupkan kembali mangsa2 kekejaman KOMUNIS dulu. Kira settle masalah dunia.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-22603014228102035742009-05-27T06:53:51.395+08:002009-05-27T06:53:51.395+08:00Berpolimik mengenai fakta sejarah silam mengenai s...Berpolimik mengenai fakta sejarah silam mengenai sejarah politik susur galur perkembangan pra sejarah sebelum merdeka negera kita adalah petunjuk bahwa kualiti penulisan fakta sejarah asas-asas sampingan pembinaan negara bangsa kita pun masih tidak sepi dari dipolimikkan oleh kita sendiri. Bagi saya ini berlaku kerana kredibiliti penulisan sejarah silam tanah air kita telah dilakukan dengan motif-motif tertentu iaitu dipengeruhi oleh latar sosio-politik dan agenda penulis itu sendiri. Apa yang penting seharusnya fakta sejarah asas-asas pembinaan negara bangsa kita ditulis berasaskan agenda matlamat pembangunan negara bangsa kita sendiri dimana setiap fakta sejarah mengenai negara kita ditulis dengan objektif untuk menyediakan kazanah yang dapat menceritakan realiti asas-asas pembinaan negara bangsa kita, dapat dijadikan peristiwa yang dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada jenerasi semasa dan akan datang. Bagi saya yang penting adalah signifikan fakta sejarah dalam menentukan hala tuju negara seterusnya.1Borneohttp://msg1borneo.blogspot.com/noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-33441249963345960812009-05-22T22:39:19.500+08:002009-05-22T22:39:19.500+08:00salam ziarah tuan,
saya sgt bersetuju dgn pendapat...salam ziarah tuan,
saya sgt bersetuju dgn pendapat tuan...Chin Peng merupakan pejuang kemerdekaan...diatas kerjasama beliau dgn force 136 menentang jepun, kerajaan british telah menanugerahkan beliau "OBE" di usia yg sgt muda!!!tetapi selepas itu beliau menangkat senjata menentang british demi kemerdekaan...CHIN PENG ADALAH SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN!!

pada masa yang sama tak dapat dinafikan nyawa orang awam dan juga pasukan keselamatan terkorban ditangan PKM...oleh itu saya cadangkan diadakan satu penyiasatan oleh suruhanjaya diraja bagi mencari kebenaran!!! kita suma tahu british are the masters of propaganda...kebenaran harus diketahui!!!ini dapat membersihkan nama bukan saja chin peng tapi pejuang2 berhaluan kiri seperti rashid maidin,abdullah c.d, shamsiah fakeh dll...pada masa yang sama jika terbukti mereka melakukan jenayah mereka wajar dihukum...
adalah merupakan satu yg amat sedih jika seorang pejuang kemerdekaan seperti chin peng mati diluar tanah air yg kemerdekaannya telah diperjuangkan oleh beliau!!! umur chin peng meningkat tua... sekurang2 nya biarlah beliau pulang ke malaysia bagi menghabiskan sisa hidupnya...GombakRockhttps://www.blogger.com/profile/02518848370866905566noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-68054790368191543692009-05-22T02:33:19.685+08:002009-05-22T02:33:19.685+08:00terima kasih atas komen jeanbara. Pertama saya lih...terima kasih atas komen jeanbara. Pertama saya lihat isu ini dari luar lingkungan iaitu tidak dari sudut kaumnya dan bukan dari pandangan orang Melayu. Saya lihat dalam setiap peperangan termasuk perang gerila seperti LTTE, Patani, Moro dsbnya mesti ada jiwa terkorban, yang mungkin juga melibatkan nyawa orang awam. Dalam konteks PKM ia bukan perang etnik atau ugama seperti LTTE dan Moro mahupun Gerakan Patani, ianya saya lihat sebagai pertembungan ideologi seperti berlaku di Vietnam dan Kampuchea. sungguhpun Pol Pot melakukan genocide terhadap kaumnya sendiri tetapi niatnya bukan menghapuskan satu etnik tertentu atau agama tertentu tetapi memperkuatkan ideology kominis. Pengaruh kominis di Singapura dan Malaya adalah antara punca British memberi kemerdekaan segera. Memang bukan niat Chin Peng mahu menuntut merdeka tetapi gerakan PKM telah memangkinkan proses itu. Harus diingat, sejarahnya, Lee Kuan Yew yang mendesak Inggeris dengan kata-kata "jika tidak beri merdeka, seluruh Malaya akan jatuh ketangan kominis".

Saya setuju jika ianya tidak dilihat dari konteks universal maka tanggapan pembaca memang berbeza daripada pandangan saya. terima kasih.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-83082129805442642442009-05-22T02:08:07.843+08:002009-05-22T02:08:07.843+08:00Bapak,
Pertama, kita tidak boleh melihat perjuanga...Bapak,
Pertama, kita tidak boleh melihat perjuangan komunisme secara borong. Ia berbeza mengikut latarnya sekali pun sebab dan asas perjuangannya seringkali sama – kerana percaya itulah sistem yang terbaik untuk mentadbir negara dan manusia.
Sama ada di luar kotak atau di dalam kotak, apabila bercakap tentang Tanah Melayu/Malaysia, perkara pertama yang perlu diangkat ialah soal sensitiviti orang Melayu. Menolaknya akan menyebabkan kita tidak menemui jawapan terhadap apa juga soalan yang kita tanya. Itu realitinya. Dan di mata orang Melayu, kedudukan Chin Peng terlalu jauh ke bawah. Itu juga realiti.
Kerana hal ini berlaku di Malaysia, mahu atau tidak kita harus melihatnya dengan mata orang Malaysia – orang Melayu terutamanya.
Jangan bandingkan Chin Peng dan Sukarno. PKI bukan berakar umbi dari China tetapi dari inisiatif pemimpin sosialis Belanda. PKI membabitkan begitu ramai pejuang-pejuang tempatan. Anak Indonesia jati. Pemimpin pertamanya Semaun, anak Indonesia jati. PKI juga banyak bergerak seiring dengan pergerakan Islam, di mana Sarekat Islam menjadi sasaran utama penyusupan kader-kadernya.
Chin Peng berbeza. Cop sebagai pendatang masih melekat kuat di dahi ketika dia mula mengangkat senjata. Dan cop itu masih melekat sehingga sekarang. Kalau Chin Peng itu Melayu, perkiraan nasibnya barangkali sedikit berbeza. Pandangan ini mungkin sedikit racist. Tapi kita harus berpihak di bumi nyata. Sehingga sekarang kita di Malaysia masih belum mampu melihat pokok yang sama dengan mata yang sama!
Benar, Chin Peng juga berjuang untuk bebas daripada belenggu penjajahan. Tetapi untuk apa dan untuk siapa?
Kita tidak boleh berkata seorang perompak itu orang mulia yang melakukan pengorbanan besar kerana merompak untuk memberi anak bininya makan. Hakikatnya, dia tetap perompak.
Matlamat itu satu perkara, jalan yang dipilih juga perlu diambil kira.
Paragraf ini juga menarik perhatian saya:
Jika ada orang Melayu yang terkorban mereka adalah askar-askar British yang memburu PKM di dalam hutan. Mereka bukanya dibunuh kerana mereka Melayu tetapi kerana mereka adalah askar British dan kemudiannya askar Malaya yang menjadi seteru PKM.
Ada benar dan ada tidaknya. Tidak sedikit orang awam, Melayu dalam konteks ini, yang turut menjadi korban anak-anak buah Chin Peng. Sila baca kisah peristiwa Batu Pahat yang terkenal dengan kisah Panglima Saleh Selendang Merah itu.
Mungkin benar, komunis tidak melakukan genocide atau pembersihan etnik. Tetapi apa yang berlaku di Kampuchea bukanlah pembunuhan kecil-kecilan. Apa yang dilakukan oleh Stalin ke atas tahanan-tahanan perang di Siberia juga bukanlah kekejaman ringan yang boleh dilupakan begitu sahaja.
Genocide dan pembersihan etnik mungkin puncak kejahatan perang. Tetapi kita tidak perlu menanti sehingga sesuatu pihak itu melakukan tindakan sedemikian untuk melayakkan mereka dilabel zalim dan ganas.
Membunuh orang yang tidak berdosa, walaupun cuma seorang, tetap jahat, zalim dan ganas!
Menyalahkan keadaan, kerana tersepit dalam perang dingin atau perang panas hanyalah satu jalan mudah untuk menghalalkan tindakan.
Chin Peng boleh dianggap mangsa keadaan kalau dia tersepit cuma sebentar. Tetapi apabila anda sengaja membiarkan diri terheret dalam dosa yang panjang, ia bukan lagi sesuatu yang malang. Sementelah anda sememangnya mempunyai pilihan!
Membawa pulang orang seperti Chin Peng, saya khuatir, akan membuka pintu pada banyak kejahatan lain pada masa akan datang. Alangkah malangnya kalau nanti akan lahir pemberontak-pemberontak yang tidak takut melakukan kemungkaran kerana mereka tahu pada akhirnya mereka akan dimaafkan dan akan dianggap menjadi mangsa keadaan tatkala melakukan apa yang mereka lakukan dahulu.
Kita boleh memaafkan Chin Peng, tetapi kita tidak boleh melupakan begitu sahaja kesan perbuatannya.
Soal dia masih komunis atau tidak bukanlah penting. Dia bukan tidak dibenarkan pulang kerana dia bekas komunis, tetapi kerana apa yang telah dilakukan sepanjang hidupnya dahulu.jeanbarahttps://www.blogger.com/profile/03205814802965081571noreply@blogger.com