tag:blogger.com,1999:blog-89738017517652305442024-03-13T12:42:20.965+08:00MUSLIOLI SEKALI KETUKMUSLIOLI FREEDOM OF PRESSAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.comBlogger299125tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-69412260390395071752017-04-10T11:17:00.001+08:002017-04-10T11:17:10.788+08:00PERBANDINGAN NAJIB DAN MAHATHIR DIMATA ORANG SABAH
Saya tertarik mengulas sedikit tulisan Datuk Dr Salleh Said dalam catatan terbaru dari blognya Sskeruak.blogspot.com.
'Pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad'. Menurut SSK ia bukan perbandingan epal dengan epal sebaliknya adalah lebih sesuai membandingkan Tun Mahathir dengan ramai diktator yang digulingkan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.
"Jadi membandingkan Perdana Menteri dengan Tun Mahathir hanya menjadi negatif untuk Najib". Tegas Dr Salleh.
Saya cuba melihat isu ini dari berbagai perspektif. Pertama perbandingan dari sudut politik. Tidak dapat tidak, adalah diakui, Tun Mahathir merupakan seorang tokoh politik Dunia Ketiga yang dikagumi. Beliau dianggap wira rakyat negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin yang kebanyakan pemimpinnya adalah diktator dan kuku besi. Imej Dr Mahathir dikalangan rakyat Dunia Ketiga di gambar sebagai seorang pemimpin demokrat, bersikap terbuka dan berlaku adil berbanding dengan kepimpinan negara mereka sendiri. Itulah gambaran dibuat para spin doctor dan pakar-pakar media negara dalam pemerintahan Dr Mahathir. Walaupun pada hakikatnya Dr Mahathir kerap merubah perlembagaan parti dan perlembagaan negara sesuka hati, disamping bertindak menyingkir pesaing politik dengan kejam untuk kekal berkuasa selama 22 tahun.
Sebenarnya kemelut politik dalam negara tidak pernah menjadi isu antarabangsa sehinggalah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itupun tidak menjejaskan politik dan pentadbiran Tun Mahathir kerana kurangnya ledakan teknologi maklumat seperti yang di hadapi Najib hari ini. Sebab itu Dr Mahathir tetap disanjung di Dunia Ketiga.
Jika Najib ingin menjadi hero Dunia Ketiga dan Dunia Islam dan menjadi seorang tokoh politik yang lebih popular dari Dr Mahathir, beliau boleh lakukan dengan mudah. Najib hanya perlu mengeluarkan kenyataan-kenyataan bahawa beliau tidak bersetuju dengan dasar Donald Trump. Najib boleh hadir atau anjur seminar atau forum antarabangsa atau forum dikalangan negara-negara Islam atau Dunia Ketiga dan mengutuk polisi presiden baru Amerika Syarikat terutama polisi Imigresen dan tentangannya terhadap Islam.
Tetapi Najib bukan kaki gaduh! Itu bukan personaliti Najib. Beliau tidak suka krisis dan kontroversi. Beliau tidak dikenali sebagai pemimpin yang suka bersengkita dengan pemimpin-pemimpin lain.
Perbandingan amat ketara dengan Dr Mahathir yang suka bergaduh dan bertelegah dengan Margaret Thatcher, Paul Keating dan Presiden Bush Jr. Saya kerap berhujah, Dr Mahathir bukan sahaja memilih kawan tetapi juga memilih musuh yang sesuai untuk bersengkita dengannya.
Diawal pemerintahan, bila Dr Mahathir melihat Tengku Razaleigh amat berpengaruh dalam Umno, beliau tidak mengangkat Ku Li sebagai musuh. Sebaliknya menggunakan Tun Musa Hitam sebagai pertahanan beliau. Dr Mahathir mulakan teknik pecah dan perintah dalam Umno diawal pemerintahan. Tapi bila Tun Musa dan Tengku Razaleigh bergabung mencabarnya, Dr Mahathir memanggil balik tokoh grassroots, Tun Ghaffar Baba dan Anwar Ibrahim untuk mempertahankan jawatan dan kedudukannya.
Sebenarnya cuma Anwar Ibrahim seorang sahaja yang dianggap musuh sebenar. Sejarah tercatat, tindakan Tun Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim merupakan punca sebenar kepada kemelut politik dalam negara sehingga hari ini.
Dari sudut ekonomi, Najib boleh memilih jalan selamat dengan meneruskan polisi-polisi yang telah digariskan Tun Mahathir. Walaupun hakikatnya cabaran ekonomi dalam dua zaman itu begitu berbeza. Itulah jalan selamat yang boleh dipilih Najib. Lagipun pemilihan Najib adalah atas kehendak Tun Mahathir bila beliau mendesak Pak Lah berundur selepas PRU 2008.
Tetapi Najib berdepan dengan situasi yang berbeza dengan situasi yang di hadapi Tun Mahathir. Najib telah mengambil keputusan politik dan tindakan ekonomi yang tidak popular bila perkenalkan GST. Tetapi bayangkan jika GST tidak diperkenalkan ketika harga petroleum dunia merudum setahun yang lalu!?.
Sudah tentu negara akan berdepan krisis kewangan yang teruk kerana Bajet Kewangan yang dibentangkan pada tahun itu adalah berasaskan pada harga petroleum USD110 setong, tiba-tiba merudum dibawah USD 50 beberapa bulan kemudiannya.
Sebelum kejatuhan harga petroleum dunia, 2/3 pendapatan negara bergantung kepada hasil petroleum. Sebab itu semasa krisis matawang Asia, Dr Mahathir boleh menggunakan lebih USD100 bilion wang Petronas untuk selamat syarikat- syarikat GLC termasuk syarikat milik anak-anak dan kroninya.
Zaman berbeza, cabaran berbeza. Memang benar hujah penyokong Dr Mahathir yang mengatakan ledakan teknologi maklumat bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain termasuk Singapura, Indonesia, Filipina dan negara lain. Mereka bertanya, kenapa PM atau presiden negara-negara itu tidak diserang netizen seperti PM Malaysia?
Sudah tentu undang2 Multimedia dan Komunikasi disetiap negara adalah berbeza. Undang2 di Malaysia kelihatan lebih longgar berbanding dengan undang2 di Singapura dan Thailand yang begitu tegas menghukum pesalah laman sosial.
Ringkasnya perbandingan dua Perdana Menteri daripada dua zaman yang berbeza memang satu perbandingan yang tidak wajar dan tidak adil. Jika ditanya orang Sabah, mereka akan menjawab, "Najib memberi 10 kali ganda lebih banyak kepada Sabah dari segi kuasa, kedudukan dan peruntukan pembangunan selama 9 tahun pemerintahannya berbanding 22 tahun di zaman Tun Mahathir."
Barangkali perbandingan itu lebih relevan. Renung2kan
adminhttp://www.blogger.com/profile/03713343458975478250noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-80982652073655178252016-08-11T00:37:00.001+08:002016-08-11T00:37:22.116+08:00Penulis MyKMU Marah Salleh Sebab Salah Faham.
Dr Salleh Said
Marah sungguh MyKMU.net kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said
Keruak sehingga keluar kata-kata kesat menteri akal senget. Dalam posting terbaru "FFM Salleh Hina Filem Bahasa Kebangsaan".
Tuduhan tidak berasas dan disulami emosi marah terhadap Salleh berpunca kerana menteri itu dikatakan bersetuju mewujudkan kategori baharu, dan katefori khas, iaitu FilemTerbaik Dalam Bahasa Kebangsaan
di Festival Filem Malaysia September nanti.
Kata penulisnya, langkah itu satu penghinaan kepada BahasaMelayu. Hina apa pulak?
Kita tidaklah rasa
pelik dengan reaksi penulis itu dan mereka yang sekutu dengannya. Memang ada specis orang
Melayu seperti ini semangatnya bukan main. Pantang diusik sikit, sentap. Pantang disentuh sikit, terus menghina.
Bagaimanapun kalau direnung dengan lebih mendalam,
tiada salahnya pun
tindakan Salleh. Ia sekadar merungkai kecelaruan daripada isu kewujudan dua kategori berbeza bagi menilai filem
di negara ini iaitu - Kategori Filem Dalam Bahasa Malaysia dan Bukan Dalam Bahasa
Malaysia.
Dengan langkah yang diambil oleh KKMM, kedua dua kategori itu dimansuhkan dan anugerah dibuka kepada semua penggiat filem tanah
air. Susulan itu jugalah kategori khas yang dipertikaikan MyKMU itu diwujudkan.
Hanya orang yang merasa rendah diri, atau
yang hidup dalam kepompong prejudis yang berterusan sahaja melihat kewujudan kategori khas itu sebagai menghina BahasaMelayu.Taraf mereka samalah dengan penggiat industri
yang cuba menjadi bahasa sebagai pagar untuk mengelak daripada bersaing di pentas yang
lebih terbuka.
Filem mempunyai bahasanya sendiri,
dan dengan bahasa itu lah berkomunikasi dengan penonton. Bahasa yang
lain daripada itu sebenarnya tidak penting. Ia hanya medium
sokongan bagi melancarkan bahasa sebenar filem berkenaan.
Jadi, menjadikan bahasa yang
digunakan dalam filem sebagai salah satu kayu pengukur adalah kerja yang
kurang munasabah.Nasib baiklah tidak ada penggiat filem yang menghasilkan sebuah filem bisu
yang betul-betul berkualiti. Jika tidak, di
kategori mana agaknya ia hendak dicampakkan?
Salleh tidak menghina Bahasa Melayu dengan mewujudkan kategori khas itu. Malah ia harus dilihat sebagai usaha serampang dua mata :- mengangkat filem Malaysia dan memartabatkan bahasa kebangsaan.
Soalan yang
ditimbulkan oleh pengkritik beremosi itu ialah, bagaimana jika filem bahasa kebangsaan yang
menang anugerahFilemTerbaik FFM 28.? Adakah relevan lagi Kategori Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan?
Kan bangang soalan tu. Jawapannya, apa masalahnya?
Kalau filem itu bagus dan layak untuk menang kedua-dua kategori, maka menanglah filem itu. Kemenangannya harus diiktiraf. Begitu juga kalau ada filem lain
yang bukan berbahasa kebangsaan menang. Akuilah.Iktiraflah kemenangan itu.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-37633920900630272152016-07-31T11:43:00.002+08:002016-08-01T00:40:41.903+08:00BUKU "NOTHING TO HIDE" BAKAL MALATOP DAN MENGGEMPAR RAKYAT SABAH?
Buku Konspirasi Politik Melayu yang pernah menggemparkan pada 2009.
Buku yang bertajuk NOTHING TO HIDE merupakan sambungan buku DARI STEPHENS KE MUSA - CABARAN 13 KETUA MENTERI SABAH yang terbit pada Mei 2015.
Buku itu telah mendedahkan satu cubaan beberapa orang pemimpin Sabah yang baru mengambil alih kuasa daripada PBS pada 1994 untuk 'menjual' harta Yayasan Sabah.
Apakah agenda dan matlamat sebenar syarikat NBT untuk takeover aset Yayasan Sabah? Siapakah pemimpin yang terlibat? Bagaimana modus operandi untuk takeover anak-anak syarikat Yayasan Sabah itu?
Usaha untuk takeover anak-anak syarikat YS bagaimanapun berjaya dipatahkan pemimpin Sabah yang mempunyai political will yang kuat mempertahankan hak rakyat Sabah. Siapakah pemimpin itu?
Semua ini akan didedahkan dalam buku NOTHING TO HIDE yang berkemungkinan akan diterbitkan dalam dwi-bahasa. Bahasa Melayu dan Inggeris.
Sama-sama kita tunggu penerbitannya pada Oktober. Ini kali la!!
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-80175786110561469352016-07-29T19:07:00.002+08:002016-07-29T19:07:33.407+08:00Tahniah Dr SSK atas perlantikan Bendahari Agung UMNO
Dr SSK
Desas desus Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak bakal dilantik menjadi anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia mula saya dengar pada Sabtu, minggu lalu tanggal 23 Julai semasa sambutan Hari Raya Terbuka Speaker Dewan Rakyat Di Kota Belud.
Orang yang sampaikan kabar itu bisikkan kepada saya supaya tidak war-warkan dulu sebelum ada kepastian.
"Kamu tu ramai follower nanti berita itu viral sebelum beliau dilantik".Kata sahabat yang rapat dengan TPM itu.
Pada keesokkan hari, tanggal 24 Julai, Dr SSK menjadi tetamu kehormat Majlis Hari Raya Terbuka keluarga di rumah saya di Kg Pintasan. Pada mulanya saya ingin bertanya dan minta kepastian, tetapi terlupa kerana terlalu sibuk melayan tetamu.
Alhamdulillah, hari ini telah disahkan perlantikan Dr SSK sebagai Bendahari Agung UMNO, jawatan yang pertama kali disandang pemimpin dari Sabah.
Syabas dan Tahniah!
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-62015525466041605962016-01-31T00:35:00.002+08:002016-01-31T00:35:47.583+08:00ORANG KITA GILA PANGKAT DAN GELARAN!
Tunku Abdul Rahman
Kira-kira sebulan lalu seorang kenalan diberi ucapan tahniah kerana mendapat PhD daripada sebuah universiti luar negara. Beberapa bulan sebelum itu dia juga mendapat gelaran "Datuk" entah dari mana saya tidak ingat. Setahu saya kenalan ini sekadar lulusan SPM. Mungkin dia mendapat first degree secara pengajian jarak jauh atau secara on line, saya tidak pasti.
Namun akhir-akhir ini sudah menjadi satu kegilaan dikalangan rakyat mengejar pangkat dan gelaran. Nampaknya ramai merasa bangga meletakkan title Dr, Ir atau apa-apa sahaja yang dipangkal nama atau di hujung nama mereka. Ada yang tidak segan silu meletakkan title Datuk atau Datuk Seri atas poket baju atau name tag. Seingat saya bekas Perdana Menteri hanya letak nama "Mahathir" tanpa ada sebarang gelaran atas name tagnya.
Saya juga kerap dipanggil Datuk jika menetap di hotel yang kerap dikunjungi orang politik. Kawan-kawan saya pun ramai yang bergelar Datuk. Adakalanya saya jadi keliru dan tak tahu mana yang betul-betul Datuk.
Penganugerahan pingat kebesaran adalah hak dan kuasa Sultan dan raja-raja Melayu termasuk gabenor dan TYT negeri-negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Penang. Pingat dan kebesaran itu biasanya sebagai mengenang jasa mereka kepada negeri dan negara.
Perdana Menteri pertama, Almahrum Tunku Abdul Rahman tidak pernah diberi anugerah Datuk, Dato, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba hanya dipanggil Encik sehingga dia bersara dan diberi anugerah Datuk. Prof Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh akademik tersohor juga tidak pernah digelar Datuk atau Tan Sri,
Dalam kabinet pertama Tunku, daripada 15 anggota kabinet, hanya 5 orang yang diberi anugerah Datuk. Menteri Kewangan pertama, Tan Siew Sin cuma diberi gelaran Tun setelah bersara dari kerajaan dan politik.
Dua orang Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Pow Nee dan Dr Lim Chong Eu hanya masing-masing dapat gelaran Tan Sri dan Tun setelah mereka bersara.
Tidak apalah jika semua pemimpin yang ada jawatan kerajaan diberi gelaran Datuk kerana sumbangan mereka kepada rakyat dan negara. Begitu juga pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai peranan besar seperti Ketua Bahagian parti politik.
Apakah yang membezakan pemimpin dahulu dan sekarang?
Dulu pemimpin kerajaan dan politik bukan orang berniaga. Samada mereka bergelar Datuk atau Tan Sri tidak memberi sebarang kesan terhadap diri mereka kerana matlamat hanya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Hari ini pemimpin tinggi, menengah atau rendah perlu gelaran dan title kerana ingin bersaing bukan sahaja mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam parti dan kerajaan tetapi untuk berniaga...
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-17324176434593148212016-01-02T01:16:00.001+08:002016-01-02T11:07:05.441+08:00MUHYIDDIN TEGUR KERANA RAKYAT ATAU KERANA MAHATHIR?
Seperti dijanjikan, saya sambung tulisan semalam, kenapa pertahan Najib?
Datuk Seri Anwar Ibrahim mngkritik dan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir, setelah dia berada diluar kerajaan. Semasa dalam kerajaan, Anwar tidak pernah mengkritik polisi Tun Mahathir secara terbuka atau dalam majlis parti. Setelah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilucut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, barulah Anwar mencabar Tun Mahathir.
Berbeza dengan Anwar, Tan Sri Muhyiddin mengkritik pentadbiran Dato Sri Najib sewaktu beliau masih Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor dua dalam UMNO. Dua insiden kritikan terbukanya terhadap polisi kerajaan terutama isu 1MDB telah menjadi viral dalam laman sosial. Pertama semasa program KRIS di Janda Baik. Kedua semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Cheras.
Dalam politik, kita hanya ada dua pilihan. Menyokong atau menentang kerajaan. Menyokong kerajaan bermakna menyokong keseluruhan organisasi termasuk menyokong ketua kerajaan dan polisi-polisinya.
Tindakan Muhyiddin tidak pernah dilakukan TPM sebelum ini. Tun Musa Hitam pernah tegur dasar Tun Mahahtir dan pernah berkata, gandingan 2M tidak lagi cocok, tetapi teguran itu berlaku setelah dia meletakkan jawatannya bukan semasa dalam jawatan TPM. Demikian halnya dengan Tun Ghaffar Baba. Malah dalam karier politiknya, Pak Ghaffar tidak pernah menegur dasar Tun Mahathir, baik semasa dalam kerajaan maupun selepas meninggalkan kerajaan.
Setelah PRU 2008, terdapat suara-suara pemimpin UMNO mahu Tun Abdullah Badawi berundur kerana BN hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Prestasi UMNO juga merudum dan kehilangan banyak kerusi parlimen. Kritikan agak keras daripada Tun Mahathir sudah dilemparkan sebelum PRU lagi. Ia bertambah keras dan pedas setelah UMNO hilang banyak kerusi dan kalah di Selangor dan Perak.
Desakan Tun Mahathir supaya Pak Lah berundur disokong beberapa orang lagi pemimpin UMNO termasuk Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi yang mengejutkan ialah sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Tun Mahathir. Muhyiddin menteri kanan dan Naib Presiden UMNO. Tambahan pula Muhyiddin dianggap orang Pak Lah. Dia tidak pernah menegur dan mengkritik pentadbiran Pak Lah. Malah ada yang berpendapat, Muhyiddin adalah pilihan Pak Lah sebagai timbalannya jika bukan kerana 'package' peralihan kuasa Tun Mahathir yang mahu Najib dilantik sebagai TPM.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-73565484627184920832015-12-31T05:47:00.002+08:002015-12-31T07:53:01.381+08:00TERBARU : SOROTAN POLITIK 2015 - KENAPA PERTAHAN NAJIB?
Saya tidak sabar meninggalkan tahun 2015. Pada saya ia merupakan tahun yang agak malang kepada negara. Lalu saya menyingkap tahun 2016 dengan penuh harapan dan satu persoalan, Kenapa masih ramai yang pertahan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri?
Yang mempertahan Najib bukan sahaja dalam organisasi UMNO, dikalangan pemimpin komponen Barisan Nasional malah presiden parti pembangkang dari PAS turut menyokong. Soalan saya kenapa?
Saya menemui jawapan yang mudah. Najib belum lagi didapati bersalah terhadap tuduhan-tuduhan keatasnya. Hukuman bersalah tidak boleh jatuh dengan sekadar tuduhan dan persepsi. Dalam masa yang sama, Najib pertahan dirinya, tidak tunduk dan tidak mengalah. Tidak pernah dia menunjukkan kecenderungan untuk melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan. Dia tidak nampak tertekan dan kelihatan yakin.
Bila Allahyarham Tun Ghaffar dicabar sebagai Timbalan Presiden UMNO, Walaupun dengan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi Pak Ghaffar tidak menunjukkan kesungguhan untuk pertahankan kedudukan dan jawatannya. Akibatnya penyokong Pak Ghaffar beralih sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Bila Tun Abdullah Badawi diberi tekanan untuk melepaskan jawatan, dia juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk pertahan kedudukannya. Akibatnya ramai pemimpin bahagian yang pada mulanya cuba pertahan Pak Lah, lemah semangat dan mengambil sikap atas pagar dan menyokong penggantinya. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau tidak mempertahan dirinya dengan penuh kesungguhan.
Saya teringat ayat Datuk Mahadzir Khalid. Katanya, “Tun Mahathir menggunakan modus operandi yang sama terhadap Pak Lah keatas Najib. Tetapi cara itu tidak selalu berjaya. Karakter Pak Lah dan Najib berbeza. Najib adalah fighter”.
Apakah rakyat terutama penyokong UMNO suka kepada seorang fighter dalam politik?
Imbas kembali. Bila Anwar dipecat Tun Mahathir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Anwar melawan. Dia bangkitkan gerakan reformasi dan bermati-matian pertahan dirinya. Dalam politik, Anwar juga seorang fighter, sebab itu ramai penyokong dikalangan orang UMNO dan anak-anak muda pada ketika itu. Adakah Muhyiddin dan Shafie Apdal figher setelah digugurkan jawatannya? Saya meraguinya..
Menurut Dato Rahman Dahlan, ada beberapa cara untuk melucutkan kelayakan seorang Perdana Menteri. Antaranya Kabinet Persekutuan, desakan komponen BN, Anggota MKT UMNO, Undi Tidak Percaya dalam Dewan Rakyat dan kuasa Majlis Raja-Raja. Namun sehingga hari ini semua yang saya sebut itu memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib untuk mengekalkan jawatannya. Jadi apa masalah? Tegas Menteri Perumahan itu.
Negeri yang paling kuat menyokong Najib adalah negeri Sabah. Rata-rata pemimpin Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman memberi sokongan kepada Najib. Dalam wawancara saya dengan Ketua Menteri Sabah itu baru-baru ini, dia jelaskan bahawa Najib adalah PM terbaik untuk negeri Sabah.
“Saya berkhidmat dengan tiga orang PM. Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib. Ketiga-tiga mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Namun dalam soal kepentingan negeri dan rakyat Sabah, Najib mendengar pandangan kita dan sedia untuk berbincang. Pada saya dia adalah PM yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah.”
Pada hakikatnya semangat Najib bangkit untuk mempertahan dirinya bermula di Sabah pada 10 Mei 2015 setelah beliau teruja dengan sokongan yang diberikan pemimpin dan rakyat Sabah.
Pada sebelah pagi di Kota Belud, Perdana Menteri yang merasmikan Majlis Pecah Tanah perumahan PPR disambut lebih 10,000 rakyat. Beliau mendengar ucapan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan Dato Rahman Dahlan yang begitu bersemangat memberi sokongan kepada beliau. Dalam ucapannya, Najib juga sebut nama Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak kerana tulisan-tulisan dalam blognya yang mempertahan Najib dan mengkritik Tun Mahathir.
Selepas itu pada hari yang sama dalam Majlis Bersama Rakyat di Tawau, Najib disambut lebih 40,000 rakyat. Dengan sambutan dan sokongan yang diberikan itu, Najib memperolehi kekuatan dan keyakinan. Dalam ucapannya, beliau bukan sahaja mempertahan diri, malah membalas serangan kumpulan yang mendesaknya untuk berundur dan melepaskan jawatan.
Sebagai pemerhati politik non-partisan, saya melihat kekuatan Najib terletak pada karakternya. Dia bukan seorang pemimpin yang mudah tunduk dan mengalah. Apapun tanggapan terhadap Najib, dia bertegas dengan kata-kata, “No retreat, No Surrender”.
Jika saya ditanya, haruskah seorang pemimpin yang mahu pertahan dirinya dipertahankan? Saya akan menjawab, YA.
Kenapa Sabah pertahan Najib? Ikuti sambungan esok...
adminhttp://www.blogger.com/profile/03713343458975478250noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-38737518617698530362015-11-23T19:20:00.003+08:002015-11-24T21:21:59.901+08:00SABAH DAN SULTAN KIRAM SEKADAR 'PAWN' DALAM PERCATURAN POLITIK KUALA LUMPUR - MANILA
Saya bersetuju, YB Nurul Izzah bertindak bodoh berselfie dengan anak Sultan Kiram. Tindakan yang telah mengundang kemarahan rakyat Sabah. Namun saya menganggap tindakan mengaut publisiti atau menangguk di air keruh diatas kebodohan Nurul merupakan satu perbuatan yang lebih bodoh dan tidak bertanggungjawab!
Mempolitikkan isu keselamatan penduduk Sabah merupakan satu keputusan politik yang paling tidak cerdik dan tidak bertanggungjawab. Apakah isu keselamatan Sabah sekadar umpan untuk meraih simpati dan sokongan kepada pemerintah?
Persoalan pokoknya, sejauhmana penglibatan Nurul Izzah dan parti PKR yang diwakilinya dalam kes serangan pengganas Sulu keatas Tonduo di Lahad Datu sehingga keputusan bodohnya menerima jemputan ke Manila menjadi isu yang begitu besar yang dianggap mengancam keselamatan negara?
Mari kita lihat latarbelakang isu Kesultanan Sulu. Keluarga Sultan Kiram memang telah lama menuntut Sabah sebagai wilayahnya berdasarkan perjanjian dengan North Borneo Trading Company. Tetapi Sultan Kiram tidak pernah menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka. Hubungan dengan Sabah bergitu baik. Malah kerajaan Malaysia melalui kerajaan negeri masih membayar wang pajakan kepada keluarga Kiram berdasarkan perjanjian pajakan yang tiada tempuh tamatnya.
Semasa pemerintahan kerajaan USNO dan BERJAYA, kerajaan Sabah menyediakan rumah kepada wakil Sultan Kiram di Kota Kinabalu. Pada mulanya sebuah rumah bungalow di sewa kerajaan negeri di Sembulan, selepas itu berpindah ke sebuah bungalow tepi sungai di Teluk Likas. Sungguhpun begitu, kerajaan Sabah tidak pernah mengiktiraf kedudukan Sultan Sulu sebagai pewaris negeri Sabah.
Begitu juga dengan Manila. Sejak penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Kristian hari ini, negara itu tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu sebagai institusi kesultanan yang sah. Namun Manila menghormati kedudukannya sebagai sultan dalam konteks sejarah Filipina. Kerajaan Manila juga menyediakan kediaman rasmi kepada wakil Sultan Sulu walaupun sekadar rumah teres di kawasan 'slump' di pinggir Manila.
Sejak 1899, penduduk Islam di Selatan Filipina yang mengiktiraf kedudukan sultan sebagai penaung Islam telah memerangi Manila. Dianggarkan lebih 200,000 terkorban menuntut kedaulatan mereka. Manila tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu kerana mengiktirafnya seperti mengiktiraf Islam sebagai kuasa tertinggi di Filipina.
Namun Manila masih kekalkan kedudukan Sultan Sulu sebagai 'sultan sejarah' kerana peranan yang penting dalam percaturan politiknya berhubung dengan tuntutan keatas Sabah. Sultan Kiram adalah 'pawn' yang penting dalam hubungannya dengan Kuala Lumpur.
Hakikatnya, Sultan Sulu sekadar batang tubuh sahaja. Tiada kekuatan dan tidak ada tentera. Yang ada kekuatan tentera adalah kumpulan pemisah MNLF yang ditubuhkan Nur Misuari pada 1969. Pertubuhan MNLF diiktiraf statusnya oleh kerajaan Malaysia dan OIC sejak 1977. Pada 1996, MNLF telah menandatangani perjanjian damai dengan Manila untuk mengujudkan wilayah autonomi ARMM atau Autonomous Region Of Muslim Mindanao dan Misuari dilantik sebagai Gabenor Mindanao.
Dalam perjnajian damai itu tidak pun disebut memulihkan kedudukan Sultan Sulu atau memberi sebarang status kepadanya. Pihak berkuasa tertinggi adalah Gabenor. Bagaimanapun ARMM tidak menjadi kenyataan. Pada 2001 Misuari ditangkap di Sabah ketika cuba melarikan diri setelah percubaan untuk menyerang Manila gagal. Gerila MNLF yang setia kepada Misuari telah menyerang pengkalan tentera Filipina di Jolo yang mengorbankan 100 orang dan ramai lagi cedera.
Sebuah pertubuhan baru, Moro Islamic Liberation Front atau MILF mengambil-alih peranan MNLF. Pada March 2014, Malaysia menjadi Orang Tengah merunding perdamaian untuk mengujudkan wilayah "BangsaMoro" menggantikan ARMM. Ini bermakna Malaysia telah mengiktiraf kedua-dua MNLF dan MILF dalam usaha mereka mengujudkan wilayah autonomi di Mindanao.
Sekadar mengingatkan sekali lagi, Sultan Sulu tidak pernah menggunakan kekerasan dalam tuntutannya keatas Sabah kerana Kesultanan Sulu sebuah institusi yang tidak diiktiraf dan tiada tentera untuk berbuat demikian. Semasa serangan keatas Tonduo, Lahad Datu, kebanyakan pengganas yang terbunuh adalah dikalangan kumpulan 'lost commando' iaitu golongan bekas militari daripada MNLF dan MILF dan kumpulan BIFM atau BangsaMoro Islamic Freedom Movement yang membebaskan diri untuk melakukan kegiatan penculikan dan perompakan yang begitu lumayan.
Persoalannya sekarang, siapa boleh tamatkan konflik di Selatan Filipina yang turut membabitkan Sabah? Jawapannya tentu sekali Manila dan Kuala Lumpur. Persoalannya lagi, kenapa konflik itu dibiar berlarutan.
Semua tahu, Malaysia bersimpati dengan perjuangan bangsa Moro di Selatan Filipina sepertimana Malaysia bersimpati dengan perjuangan Patani di Selatan Thailand. Namun pejuang Pattani tidak menuntut sebarang wilayah dalam Malaysia berbanding dengan perjuangan Moro yang kebanyakan bangsa Sulu@Tausug yang masih anggap Sabah sebagai wilayah mereka.
Siapa lebih merbahaya kepada keselamatan penduduk Sabah. Tuntutan Kiram yang tidak sah atau serangan pengganas yang kerajaan Malasyia bersimpati dengan perjuangan mereka?
Fikir-fikirkanlah
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-37442357905785701232015-11-10T14:14:00.001+08:002015-11-10T17:09:34.459+08:00KERJASAMA UMNO-PAS MENGUNDANG NAHAS?
Tuan Guru Haji Hadi Awang
Amalan biasa dalam sistem demokrasi, parti pembangkang menegur dan mengkritik dasar kerajaan. Tidak pernah sebuah parti pembangkang menawar diri menjadi penasihat kepada kerajaan yang sedang memerintah. Kecuali parti pembangkang itu telah menyertai kerajaan campuran atau telah ada persefahaman untuk berkerjasama dalam pilihan raya umum.
Tawaran Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang untuk partinya menjadi penasihat kepada kerajaan BN barangkali menimbul spekulasi bahawa telah ujud persefahaman dengan pucuk pimpinan kerajaan BN yang ditunjangi Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Sebelum itu, begitu ketara sokongan terbuka Hj Hadi dan Ketua Dewan Ulamak kepada Dato Seri Najib Tun Razak dalam beberapa isu seperti 1MDB.
Datuk Husam Musa baru-baru ini juga telah membongkar usaha Presiden PAS memujuk Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari PAS untuk berkerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baru diketuai Umno di Selangor selepas PRU Mac tahun 2015. Sehingga tulisan ini, Presiden PAS belum membuat sebarang kenyataan penafian.
Pihak yang pro kerjasama Umno-PAS menganggap ia langkah terbaik menyatukan orang Melayu. Perpecahan sokongan pengundi Melayu dianggap punca utama kelemahan kerajaan pimpinan Melayu sejak PRU 2008 dimana BN semakin lemah dan kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Sungguhpun terdapat pertambahan kerusi parlimen yang diwakili Umno pada PRU 2013, namun jumlah kerusi BN secara keseluruhan telah merosot daripada 140 kepada 133 kerusi. Itulah yang menjadi persoalan sekarang, sejauhmana kerjasama PAS dan Umno akan menambah kerusi BN jika kedua parti Melayu itu mengambil air dari telaga yang sama?
Kekuatan PAS sejak 2008 banyak dipengaruhi barisan pimpinan progresif yang telah berjaya menarik sokongan golongan muda dan bukan Melayu dengan slogan 'PAS For All'. Tetapi dengan tersingkirnya golongan tersebut dari PAS, dan tertubuhnya Pakatan Harapan, masih mampukah parti itu mendapat sokongan golongan muda dan bukan Melayu?
Satu hakikat yang harus diterima, PAS telah kembali kepada falsafah asal, menjadi parti golongan Ulamak. Isu Hudud yang dianggap taboo dalam menjaga hubungan dan kerjasama dengan DAP telah diluluskan di Kelantan. PAS telah keluar daripada Pakatan Rakyat berikutan sengketa dengan DAP.
Sungguhpun PAS mendakwa parti itu boleh berjuang bersendirian, namun kerjasama dengan Umno tidak dapat diselindung lagi setelah usul Hudud diluluskan DUN Kelantan mendapat sokongan padu daripada wakil-wakil rakyat Umno. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak 1974.
Hujah yang menyokong kerjasama Umno-PAS terlepas pandang satu fakta mustahak. Selain faktor sokongan pengundi Melayu, BN juga memerlukan sokongan bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak untuk mendapat kemenangan. Hakikatnya kerusi-kerusi yang dimenangi BN dari kedua negeri Borneo itu lah yang selamatkan Umno dan BN dalam dua PRU lalu.
Kerjasama Umno-PAS sudah tentu bertujuan memperkukuhkan kerajaan Melayu dalam BN yang telah kehilangan sokongan dari pengundi Cina dan India di Semenanjung Malaysia pada 2008 dan 2013. Mungkin BN boleh menawan beberapa kerusi majoriti Melayu di Kelantan, Kedah, dan Terengganu. Tetapi harus ditanya, berapa banyakkah kerusi dari Sabah dan Sarawak bakal hilang dan ditawan parti pembangkang akibat hilangnya kepercayaan kepada pucuk pimpinan Umno kerana kerjasama Umno-PAS?
Kerjasama dua parti Melayu itu dilihat bukan sahaja sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan politik Melayu tetapi juga memperkuat kedudukan Islam dan mungkin tertanam dalam otak masyarakat bukan Islam, hukum Hudud bakal menjadi teras undang-undang baru menggantikan perlembagaan sekular yang dipersetujui bersama semasa perundingan pembentukan Malaysia.
Mungkinkah Sabah dan Sarawak boleh menjadi 'third force' yang bakal menentukan parti yang memerintah di peringkat Persekutuan selepas PRU akan datang?
Fikir-fikirkan lah....
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-83405932428729700052015-10-26T10:30:00.001+08:002015-10-26T11:19:50.579+08:00Muhyiddin - Orang Keempat tak Jadi PM kerana Mahathir?
Ramai berpendapat Tun Abdullah Badawi memang berhasrat memilih Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan Dato Sri Najib sebagai timbalannya sebaik sahaja dilantik menggantikan Tun Mahathir pada 2003. Namun diketahui umum telah ada persefahaman antara Tun Mahathir dan Tun Abdullah bahawa peralihan kuasa yang dipersetujui setahun sebelum Tun Mahathir bersara adalah secara perundingan dan pakej. Pakej yang dimaksudkan ialah, Tun Abdullah mesti melantik Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Perundingan dan persefahaman itu secara langsung menghilangkan kuasa prerogatif Perdana Menteri memilih seorang timbalannya. Perlantikan Najib sebagai TPM tertunda hampir tiga bulan setengah. Pak Lah tidak membuat sebarang rombakan kabinet kerana Perdana Menteri baru itu dikatakan lebih berminat dengan Muhyiddin, kerana latar belakang agamanya lebih baik berbanding Najib. Keputusan Pak Lah tidak melantik Najib dengan segera menimbulkan sedikit perselisihan kecil dengan Tun Mahathir. Setiap kali dijemput dalam jamuan perpisahan meraikannya, Tun Mahathir mencari pelbagai alasan untuk tidak menghadirkan diri.
Jabatan Perdana Menteri mulai risau kerana Tun Mahathir kerap menyindir pentadbiran Pak Lah dalam tulisan-tulisannya. Menyedari bekas PM itu masih berpengaruh, Pak Lah mengikuti kehendaknya seperti dalam persefahaman mereka - merombak kabinet dan melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jika Tun Mahathir menghormati kuasa seorang Perdana Menteri, sudah tentu Pak Lah akan lantik Muhyiddin menjadi TPM dan kemungkinan MP Pagoh itu menjadi Perdana Menteri selepas PRU 2008. Sebaliknya selepas PRU ke 12, Muhyiddin dan Tun Mahathir secara terbuka mengkritik Pak Lah dan mendesaknya berundur kerana BN telah kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Barangkali tindakan berani Muhyiddin menegur Tun Abdullah secara terbuka kerana dakwaan dia sayangkan Umno. Tetapi sukar untuk kita menolak kemungkinan tindakannya itu dilakukan kerana beliau telah dipengaruhi Tun Mahathir. Begitu juga dengan kritikan terbukanya terhadap PM Najib dalam isu 1MDB, adalah tidak mustahil, sekali lagi, orang dibelakang Muhyiddin ialah Tun Dr Mahathir.
Hipotesis politik penulis, selepas Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri yang keempat tidak menjadi Perdana Menteri kerana Mahathir.
Renung-renungkanlah..
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-19822340609105563252015-09-18T00:44:00.001+08:002015-09-18T02:32:32.868+08:00MERAH ATAU KUNING? WARNA HITAM POLITIK MALAYSIA..
"sakit kaki makcik nak...."
"Saya hadir dua himpunan. Bersih4 dan Merah. Hasil pemerhatian, peserta Bersih ramai dikalangan anak muda elit dan golongan profesional yang minum pagi di Starbucks dan makan tengahari di Subway dan Nandos..Manakala peserta Merah ramai Posting dalam FB yang dapat 320 shorang veteran parti yang sarapannya nasi dagang, nasi lemak dan ubi rebus. Mereka telah berjuang bertahun2 pertahan kerajaan tapi cuma dapat tapak gerai utk niaga di bulan Ramadhan. Sedih tenguk Pakcik dan Makcik terencot2 berarak dari PWTC kerana alignment dah lari. Saya rayu pemimpin2 Melayu, perjuangkanlah nasib mereka dengan ikhlas dan jujur kerana golongan ini sanggup gadai harta dan nyawa pertahan kuasa kamu...saya beri pandangan jujur, without fear and favour..."
Status diatas saya posting dalam wall Facebook saya jam 5.31pm pada Rabu, 16 September dan setakat jam 12.32 am hari Jumaat telah mendapat 1.2K likes dan 331 shares. Dalam masa yang sama status itu telah di retweeted sebanyak 178.
Apakah mesej dalam status itu yang menyebabkan ia menarik minat pembaca?
Hari Rabu lepas adalah tanggal 16 September. Tarikh penting dan signifikan dalam catatan sejarah negara kerana pada tarikh 16 September 1963 Persekutuan Malaysia terbentuk dengan penggabungan Federation Of Malay States atau Malaya dengan Singapura, Sarawak dan Sabah.
Pada tarikh bersejarah itu sebuah negara baru telah lahir yang dikenali sebagai MALAYSIA.
Sejak penubuhannya, tarikh 16 September hanya disambut pada 1963 semasa pengistiharan penubuhan di stadium merdeka dan sekali lagi pada tahun 1964 yang diadakan di Singapura. Selepas itu tarikh 16 September dilupakan begitu sahaja setelah Singapura keluar dari Persekutuan pada tahun 1965.
Hari Malaysia seperti terpadam begitu sahaja dalam sejarah negara sehinggalah, Perdana Menteri baru, Dato Sri Najib yang menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009 mengistiharkan tarikh 16 September sebagai cuti umum Persekutuan.
Ekoran daripada pengistiharan itu, Hari Malaysia mulai disambut secara besar-besaran pada tahun 2010 yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Sambutan tahun berikutnya di adakan di negeri Sarawak. Dua negeri, Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah perayaan itu diperingkat kebangsaan tetapi sambutan tidak pernah diadakan oleh 11 negeri lain di Semenanjung Malaysia atau ibu negara Kuala Lumpur walaupun ia merupakan cuti umum.
Seperkara lagi, sungguhpun sambutan Hari Malaysia dihadiri Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara tetapi tidak oleh Ketua Negara Persekutuan, iaitu Yang Di Pertuan Agong.
Tahun ini sambutan Hari Malaysia diadakan di Kota Kinabalu. Secara kebetulan Himpunan Baju Merah telah mengadakan perarakan sebagai tanda sokongan kepada Dato Sri Najib Tun Razak.
Perbezaan yang amat ketara, peserta perarakan baju merah di Sabah terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Kaum Kadazandusun, Bajau, Brunei, Orang Sungai, Irranun, Cina, India, Bisaya, Rungus, Murut dan lain-lain lagi berbanding dengan di Semenanjung yang seratus peratus bangsa Melayu!
Ucapan Tahniah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said sebagai penganjur kerana telah berjaya menganjur sambutan berbilang kaum yang gilang gemilang..
Sama-sama kita fikir dan renungkan..
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-2054809134428305562015-09-03T14:19:00.002+08:002015-09-05T13:15:15.603+08:00Cina Rampas Bersih4 Dari Orang Melayu
Katanya, orang Melayu dan bangsa bumiputera yang patut buat demonstrasi menunjukkan bantahan terhadap kerajaan. Bila datang angin, rumah Melayu terbang. Bila musim banjir, rumah Melayu di kampong yang hanyut bukan rumah org Cina. Bila gempa bumi berlaku, rumah orang bumiputera yang roboh. Majoriti rumah Cina dalam bandar yang dapat semua kemudahan.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/17812157163933511637noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-9116107914051981892015-08-06T22:26:00.001+08:002015-08-06T22:54:16.352+08:00BOHONG MENANG JIKA MAJORITI PERCAYA!
Obama
Tengah hari tadi, Dr Kassim Kapiting dan Aziz Hamid makan satay kajang dengan saya di Medan MARA bersebelahan dengan kompleks Pertama. Setiap kali berada di sini saya teringat sahabat saya, Jamawi Jaafar yang pernah bekerja sebagai Pegawai Khas MARA. Setiap kali saya makan satay akan sms dia. Jika kebetulan ada, dia akan turun dan ikut makan dan sembang-sembang. Sekarang Ketua Penerangan Pemuda Umno itu tidak lagi bertugas di sini setelah Datuk Shafie Apdal digugurkan dari kabinet.
Begitulah nasib orang politik di negara kita. Tidak tahu bila akan hilang jawatan. Sebelum itu, saya merayau dan meninjau bangunan milik GLC bumiputera yang kelihatan moden dan cantik itu. Bangunan yang terletak di tengah-tengah business centre, dilengkapi kemudahan terkini dengan lif see through seperti bangunan KLCC. Escalator dibina hingga tingkat 5. Masih banyak ruang kosong. Suasana suram dan sunyi. Tidak sibuk seperti kompleks milik bangsa asing seperti SOGO, Sunway Putra Mall atau KLCC. Ketika berada ditingkat 5, terdapat beberapa kedai kain dan kedai borong dan sebuah pusat urut kaki.
"Boleh urut kaki?"
"Kami tidak urut kaki lelaki" Jawap dua pekerja wanita bertudung.
"Abang datang petang sikit, baru ada tukang urut lelaki".
Hmmm patutpun sunyi, bisik hati saya. Kalau takut halal haram janganlah berniaga kedai urut..
"Berapa harga satay ni?" Aziz tanya.
"80 sen" Jawap Dr Kassim sambil mengunyah secucuk satay perut.
"Dulu berapa harganya?" Tanya Aziz yang berasal dari Semporna. Dia pernah meninggalkan negara selama 27 tahun di Ohio, Amerika Syarikat.
"Dulu 30 sen saja satu cucuk" Saya dan Dr Kassim menjawap serentak.
"almost 200% increase" Kata Aziz dengan bahasa Inggeris slang Amerikanya.
Aziz yang saya panggil Obama adalah antara kawan yang punya karakter dan perwatakan yang menarik. Bijak berhujah dan mengupas isu-isu politik daripada perspektif yang berbeza daripada orang lain. Sikap terbukanya menyebabkan dia mudah didekati dan walaupun kadang-kadang ayatnya agak blunt dan direct. Tapi begitulah tabii orang Amerika.
Bayangkan berapa banyak pembangunan kita boleh buat dengan duit 42 bilion. Saya monolog. Tun Mahathir buat macam-macam dengan jumlah yang kurang dari 42 bilion. LRT, monorail, KLCC, Putrajaya, KLIA.
"Tidak juga Bro. 42 bilion sekarang tidak sama dengan 42 bilion dulu. Tenguklah harga satay ni. dulu 30 sen, sekarang 80 sen."
Saya ketawa mendengar jawapan Aziz. Dia penyokong tegar DS Najib dan Umno. Tapi bukan penyokong membuta. Jawapannya spontan dan bersahaja tetapi hujah yang make sense. Tidak ramai orang Umno yang boleh berhujah seperti Obama. Dia tidak pernah emosi menjawap hujah walaupun diserang pendapatnya. Dia kerap bersetuju dulu baru kemudiannya memberi rasional kenapa dia tidak bersetuju.
Begitulah dengan politik negara kita. Banyak isu-isu politik yang kita ingin dan cuba melihat dari sudut benar dan salahnya. Tetapi politik bukan tentang siapa benar dan siapa salah. Tetapi apa yang orang percaya. Dalam demokrasi, yang benar itu siapa yang menang dan berkuasa. Jika majoriti rakyat percaya sesuatu yang tidak benar atau bohong, maka menanglah pihak yang menjaja pembohongan. Umno perlu lebih ramai orang seperti Obama dalam negara ini kerana bijak memberi hujah yang meyakinkan..
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-79205626056604480952015-08-05T22:33:00.000+08:002015-08-05T23:52:34.851+08:00SIAPA MYSTERY MAN DIBELAKANG Coup d'etat YANG GAGAL?
SIAPA MYSTERY MAN DIBELAKANG Coup d'etat YANG GAGAL?
Coup d'etat  merujuk kepada percubaan menggulingkan atau mengambil-alih kuasa kerajaan yang sedang memerintah. Secara spesifik, istilah coup d'etat merujuk kepada kumpulan kecil dalam kerajaan yang mungkin terdiri daripada beberapa orang pemimpin kanan kerajaan, pegawai tentera atau paramilitari cuba mengambil-alih kuasa politik daripada rejim yang sedia. Daripada pengalaman negara-negara lain, coup d'etat yang gagal biasanya akan membawa kepada kekacauan dan mungkin perang saudara akan berlaku. Paling banyak percubaan coup d'etat berlaku di Afrika Barat dan Thailand.
Apakah memang ada percubaan coup d'etat terhadap kerajaan Najib sebelum dia bertindak cepat untuk menghalangnya? Apakah deraf charge terhadap Najib yang disiarkan Sarawak Report satu bukti bahawa percubaan itu benar-benar berlaku? Apakah Tan Sri Muhiddin terlibat dalam konspirasi coup d'etat itu? Apakah empat ketua agensi kerajaan yang sedang menyiasat kes 2.6 bilion turut main peranan? Apakah ada kaitannya dengan perlantikan Peguam Negara yang baru?
Pemerhati boleh membuat dua andaian. Pertama, Muhyiddin tidak tahu dan tidak terlibat langsung. Ucapannya di Janda Baik dan di Cheras, semata-mata melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan parti dan negara berikutan isu 1MDB yang semakin kronik. Teguran dilakukan dengan niat ikhlas kerana parti dan kerajaan BN bukan dengan niat menjatuhkan perdana menteri.
Muhyiddin orang lama dalam Umno dan kerajaan. Dia cukup berpengalaman dengan sepak terajang politik Umno. Politik adalah "power game". If you live by the swords, you will die by the swords. Dia juga bijak dalam percaturan politik sehingga dia berada dalam kedudukannya, dengan sentiasa memilih team yang menang. Takkan Muhyiddin tidak tahu apa yang berlaku kepada tiga timbalan presiden Umno sebelumnya? Takkan Muhyiddin tidak tahu, kuasa prerogatif PM yang boleh melucutkan jawatannya dalam kabinet setelah PM telah mencabarnya letak jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan PM dan kabinet?
Saya turut menyambut Muhyiddin balik dari Australia selepas Najib memberi kata dua kepada anggota kabinetnya. Puluhan pemberita yang menunggu sejak tengah hari di KLIA sehingga jam 9 malam kecewa bila Muhyiddin tidak memberi sebarang kenyataan walau dikejar dari pintu keluar VVIP. Kereta yang membawanya meninggalkan pemberita dan orang ramai terpinga-pinga.
Muhyiddin tidak mempunyai karakter dan kebolehan seperti Anwar Ibrahim yang boleh menggerakkan mass protest. Dia sedar dia tidak mempunyai support base yang kuat dalam Umno dan rakyat secara umum. Jika Muhyiddin bercita-cita ingin menjadi PM, dia mesti memilih cara lain bukan dengan mencabar Najib dalam pemilihan parti. Sebab itu Muhyiddin tidak membantah keputusan MKT menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan walaupun dalam kenyataan awalnya dia mencadangkan agar pemilihan jangan ditunda.
Kenapa tiba-tiba Muhyiddin membuat kritikan terbuka terhadap kerajaan dan pimpinan Najib sewaktu merasmikan Persidangan Umno Cheras, jika benar dia tidak tahu percubaan coup d'etat?.
Lalu kembali ditanya, benarkah Muhyiddin tidak terlibat dalam percubaan menjatuhkan Najib? Ya barangkali Muhyiddin tidak terlibat tetapi dia mungkin tahu dan dia adalah orang yang berkepentingan jika ia berlaku.
Daripada ucapannya di Cheras, Muhyiddin bukan sahaja mengkritik isu 1MDB tetapi juga secara tidak langsung menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap tindakan kerajaan menggantung The Edge dan juga serangan-serangan dan kritikan keatas bekas PM, Tun Mahathir. Kenapa Muhyiddin membela Tun Mahathir ketika Tun Mahathir mengkritik Najib?
Nada ucapan Muhyiddin di Cheras begitu yakin dan berani sehingga saya menulis status di FB dan Twitter, "semboyan perang sudah berbunyi" sebaik sahaja ucapannya tersiar dalam media.
Isu yang saya ingin saya kongsi bukan percubaan coup d'etat yang gagal tetapi siapakah "mystery man" or woman yang telah berjaya meyakinkan Muhyiddin sehingga dia begitu komited untuk terus mengkritik ketuanya ketika ia lemah menangani isu 1MDB secara terbuka, jika tidak ada agenda tersembunyi?
Orang yang saya keluarkan daripada senarai mystery man ialah Tun Mahathir. Saya tidak nampak Tun Mahathir boleh meyakinkan Muhyiddin atau Shafie Apdal untuk menentang Najib. Siapakah gerangannya?
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-70252853533132062082015-08-04T11:53:00.002+08:002015-08-04T12:36:17.772+08:00Sekali Ketuk Diaktifkan !
DR SSK
Selamat bersua kembali di blog Sekali Ketuk. Agak lama saya berbulan madu, menghilangkan diri dari blogging. Pada mulanya saya sedikit sibuk siapkan buku "Dari Stephens ke Musa. Cabaran 13 KM Sabah" yang terbit pada Mei lalu. Buku yang mendapat sambutan baik bukan sahaja dari pembaca di Sabah tetapi juga peminat-peminat saya di Semenanjung yang ingin tahu sejarah politik Sabah.
Selepas itu mulai malas menulis, lebih tertumpu menulis dalam laman sosial seperti FB dan twitter kerana boleh terus menulis status walau sedang memandu atau duduk di kedai kopi. Berbeza dengan menulis blog yang perlu lebih perhatian terhadap perkataan dan ayat yang sesuai, menulis di laman sosial boleh belasah apa yang terlintas di otak.
Daripada pengalaman saya itu, membuat saya bersetuju dengan cadangan menteri Komunikasi yang baru untuk mengkaji semula dan meminda Akta Komunikasi kerana ternyata pengguna laman sosial boleh menulis atau berkongsi apa sahaja maklumat dan berita yang diterima tanpa berfikir panjang soal kesahihan dan kebenaran berita yang disiar atau disebarkan kepada umum. Acapkali berita itu tidak benar.
Saya difahamkan pindaan yang dicadangkan menteri itu bukan menutup internet atau laman sosial tapi membuat satu peraturan supaya kemudahan dunia tanpa sempadan tidak disalah guna golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menyebar maklumat salah termasuk fitnah yang boleh menjejaskan negara. Soal bagaimana pindaan itu dilakukan, terpulang kepada kebijaksanaan pembuat dasar.
Seronok untuk kembali. Saya bercadang menulis lebih banyak mengenai isu-isu sosial dan mengurangkan komentar politik yang terlalu sensitif kerana negara ini masih dibelenggui politik partisan. Terlalu sukar untuk menyatakan sesuatu tanpa menyentuh kepentingan pihak yang berkentingan. Sebaiknya saya menulis mengenai isu-isu kepentingan rakyat, isu sosial dan kemasyarakatan dari kaca mata saya sendiri.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-28109205917529788632014-08-25T18:27:00.001+08:002014-09-09T02:51:22.966+08:00SABAH DAN SARAWAK TIDAK PERLU ADAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAN UNTUK NEGERI.
Sebuah wilayah atau negeri yang telah bersetuju menyertai atau membentuk sebuah Persekutuan atau Federation tidak sepatutnya meraikan kemerdekaan wilayah atau negeri berkenaan. Sebaliknya tarikh kemerdekaan yang telah dipilih secara rasmi sebagai hari kemerdekaan Persekutuan handaklah disambut dan diraikan sebagai hari kemerdekaan untuk semua wilayah atau dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Persekutuan.
Dalam konteks Persekutuan Malaysia, hari kemerdekaan ialah pada 31hb Ogos. Disamping itu Hari Malaysia, atau Malaysia Day iaitu hari terbentuknya Persekutuan Malaysia juga disambut secara rasmi pada setiap16hb September.
Tarikh kemerdekaan Sarawak pada 22 July 1963 dan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 tidak lebih dari sekadar rujukan akademik. Tarikh itu tidak lagi relevan dan tidak perlu disambut sebagai Hari Kemredekaan Negeri setelah negeri Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Persekutuan Malaya bersetuju untuk bergabung membentuk sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Tarikh 31 Ogos dipilih sebagai hari kemerdekaan rasmi Persekutuan kerana pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Malaya atau Federation of Malay States telah mendapat kemerdekaan daripada Britian. Secara konvensyen, sejarahwan sependapat, tarikh wilayah dalam sesebuah persekutuan yang terawal merdeka hendaklah dipilih sebagai hari kemerdekaan yang rasmi.
Samada negara Malaysia telah berusia 57 tahun atau 51 tahun bukanlah isu yang harus diperdebat dan dipolemikkan kerana Persekutuan Malaya yang merdeka pada 31hb Ogos 1957 adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Mustahil untuk mengistihar Malaysia merdeka 51 tahun sedangkan Malaya telahpun merdeka pada 31 Ogos 1957 iaitu 57 tahun lalu. Golongan yang menghujah bahawa kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 bukan kemerdekaan Malaysia kerana Malaysia hanya terbentuk pada 16 September 1963.
Atas pendapat itu, golongan tersebut yang diwakili beberapa gabung NGO di kedua-dua negeri bercadang menyambut kemerdekaan negeri masing-masing dan tidak menganggap 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia tetapi hari kemerdekaan Malaya. Di Sabah, bagaimanapun tarikh 31 Ogos juga disambut sebagai Hari Kemerdekaan Negeri.
Sarawak telah menyambut kemerdekaan negeri pada 22 July lalu yang jatuh pada hari Selasa. Sambutan diadakan lebih awal pada 19 July, bersamaan hari Sabtu. NGO tersebut mengadakan sambutan pada hari Sabtu kerana kerajaan negeri Sarawak tidak mengistihar tarikh 22 July sebagai cuti umum. Turut hadir ialah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Solidarity Masyarakat Sabah (SMS) berpendapat, kumpulan NGO yang mempertikai tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia dan mengadakan sambutan kemerdekaan negeri adalah bertujuan untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan. Terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan petition kepada PBB untuk self-determination yang sedang di war-warkan.
Seorang MP dari PKR keluar kenyataan tidak akan menaikkan bendera Malaysia pada 31 Ogos nanti.Dia hanya mengibarkan bendera negeri Sabah.
Jika semua negeri dalam USA meraikan kemerdekaan negeri masing-masing bukan tarikh 4th July, iaitu tarikh rasmi kemerdekaan negeri terawal, sudah tentu setiap negeri meraikan 52 hari kemerdekaan yang berbeza. Texas mempunyai tarikh kemerdekaan yang berbeza dengnan Florida dan Hawaii dan negeri-negeri lain. Sudah tentu ia tidak baik untuk menyatukan rakyat.
Perkara yang sama bakal terjadi di Malaysia, jika Sarawak dan Sabah juga meraikan hari kemerdekaan masing-masing.
SMS merayu NGO yang bercadang mengadakan program sambutan kemerdekaan negeri Sabah pada 31 Ogos untuk membatalkan niat mereka demi perpaduan rakyat Sabah dan perpaduan Malaysia, sebaliknya sama-sama meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada 31hb Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-60658403288547015632014-08-17T20:10:00.002+08:002015-08-06T00:57:10.307+08:00REFERENDUM SABAH TUNTUT MERDEKA?
Tun Mustapha - pemimpin yang bersetuju sertai Malaysia tanpa syarat kerana bangsa dan agama
Terdapat beberapa kumpulan NGO di Sabah begitu aktif mendapatkan tandatangan orang ramai untuk dijadikan petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menuntut negeri Sabah memerintah sendiri atau self determination. Petisyen tersebut tidak ubah seperti satu referendum yang menentukan samada Sabah kekal dalam Persekutuan atau keluar dari Malaysia. Hari ini di Pasar Terbuka Gaya Street Kota Kinabalu, saya perhatikan kempen itu mendapat sambutan agak hangat daripada orang ramai. Walaupun kebanyakannya lebih ingin tahu daripada menyokong petisyen tersebut.
Dalam masa yang sama terdapat satu kumpulan lain yang terdiri daripada golongan profesional yang memperjuangkan royalti minyak yang kerap menganjurkan seminar dan ceramah mengenai isu royalti dan Petronas. Saya juga pernah hadir dalam salah satu seminar mengenai minyak. Tuntutan mereka bukan 20% seperti resolusi yang diluluskan DUN Sarawak atau seperti dalam manifesto Pakatan Rakyat tetapi hak sepenuhnya atau 100% pemilikan royalti kepada negeri. Kumpulan ini mendakwa Perjanjian Minyak antara Petronas dan Kerajaan Sabah adalah tidak sah kerana perjanjian itu bercanggah dengan beberapa ordinan dan akta negeri yang melindungi hak-hak hasil bumi negeri termasuk ordinan tanah.
Pada hemat saya, menuntut 100% hak royalti untuk negeri bermakna menolak konsep perkongsian dalam Persekutuan. Sudah tentu untuk mencapai 100% royalti minyak kepada negeri bermakna negeri itu hendaklah keluar daripada Persekutuan.
Yang paling menonjol ialah kemunculan sebuah NGO yang menamakan dirinya SSKM atau Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang aktif menanam bibit kebencian terhadap kerajaan Persekutuan, pemimpin-pemimpin Pusat, bangsa dan agama tertentu disamping serangan terhadap parti pemerintah. Setakat ini gerakan-gerakan ini seperti tidak mendapat perhatian daripada pihak berkuasa, walaupun sebenarnya gerakan seperti ini boleh mengugat kedaulatan negara.
Saya juga aktif memperjuangkan isu-isu mengenai hak Sabah. Dan saya tidak pernah bertolak ansur dengan sebarang penganiayaan terhadap hak Sabah. Namun saya perjuangkan isu Sabah dalam konteks Malaysia. Saya rangkumkan falsafah itu dalam mukadimmah buku terbaru, DILEMA SABAH;
"Buku ini ditulis dalam ruang lingkup dan kerangka Persekutuan Malaysia. Satu perbincangan berdasarkan penyelidikan dan pandangan pelbagai pihak. Penulis tidak ada agenda politik... Harapan penulis buku ini akan dibaca seterusnya dibincangkan untuk mencari jawapan dan penyelesaian untuk membantu penduduk dan negeri Sabah seterusnya mengukuhkan kedudukan Persekutuan dan gabungan kerjasama dan persefahaman yang telah terbina selama 51 tahun.
Buku ini tidak berhasrat membangkit semangat penduduk Sabah untuk memberontak dan menuntut untuk memerintah sendiri. Tidak sekali-kali berhasrat mengajak rakyat Sabah keluar dari Persekutuan... Buku ini lebih kepada memberi ingatan kepada kerajaan Pusat mengenai tanggungjawab yang telah terabai; tentang syarat-syarat yang telah tidak dipatuhi sehingga melemahkan semangat kerjasama yang sepatutnya semakin kukuh setelah Malaysia semakin matang" (m.s 47)
Begitulah prinsip saya. Ia amat jelas dan konsisten. Saya bangga menjadi anak Malaysia yang lahir di bumi Sabah. Atas alasan itu saya dan beberapa orang aktivis sosial dan politik yang mewakili pelbagai parti politik termasuk dari PKR, Umno, USNO dan PAS telah menubuhkan satu NGO yang akan mempertahan Malaysia dan bumi Sabah kekal dalam Persekutuan tetapi dalam masa yang sama terus lantang memperjuangkan isu-isu kepentingan negeri.
Pertubuhan itu dikenali sebagai Solidarity Masyarakat Sabah atau singkatannya SMS akan menjalankan kempen-kempen kesedaran menolak gerakan membawa Sabah keluar daripada Persekutuan. Sempena hari merdeka pada 31 Ogos sehingga hari Malaysia pada 16 September, SMS akan menganjurkan seminar dan program-program lain seperti dialog dengan bloggers dan rakyat biasa untuk menjelaskan matlamat perjuangan SMS dan kenapa perlu kita menentang gerakan membawa Sabah keluar Malaysia.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-26726451559035920642014-07-31T13:22:00.001+08:002014-07-31T14:44:42.733+08:00Rahman Dahlan sedia berdialog dengan Blogger Sabah isu royalti minyak
Ia bermula setelah pertemuan saya dengan Dato Abdul Rahman Dahlan di dewan rakyat bulan lalu. Saya bertemu dengan MP Kota Belud itu di ruang rihat kantin parlimen, kawasan merokok. Sepanjang sidang parlimen saya kerap bertemu dengan MP dari Sabah di situ, terutama Datuk Marcus Majiggoh yang memang perokok tegar. Begitu juga dengan Datuk Jumat Idris, Datuk Bung Mokhtar. Sesekali MP Sipitang dan MP Tawau akan duduk di meja kami, walaupun kedua-dua mereka tidak merokok.
Suasana kemesraan begitu terasa bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari Sabah.
"Apa khabar presiden Republik Sabah?"
Rahman menghulur tangan pada saya. Dia bergurau tetapi gurauannya yang agak sinis.
"Kabar baik Dato".
Saya menjawab salamnya. Kemesraan masih ada walaupun pada satu ketika kami berlainan parti politik.
Saya keluarkan senaskah buku Dilema Sabah yang telah di autograph dan menyerahkan padanya.
"Saya sudah baca sepintas lalu, kau bantai saya dalam buku ini!"
Agak tinggi suara menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan ini. Biasanya begitulah suara orang politik jika mau sampaikan mesej, ' I am incharge not you'.
Saya cuma senyum dan ketawa. Saya tak heran. Saya lebih lama dalam Umno dan faham karenah mereka. Suara lebih keras dari itu saya sudah biasa dengar dari Ku Nan* semasa saya jadi blogger Umno dulu. Suara Ku Nan lebih kasar dan garang tapi dia sayang orang-orang bawahnya.
"Ada bantaikah?" Suara saya pun tinggi.
Kami serentak ketawa.
"Dato belum baca sepenuhnya, sebenarnya saya cuba temubual Dato mengenai beberapa isu tapi tak sempat, jadi saya petik kenyataan Dato dalam akhbar. InsyAllah dalam buku seterusnya "Bukan Negeri Ke 12 dan ke 13" saya akan temubual Dato"
"Ok ok. Banyak perkara saya mau jelaskan terutama tentang royalti. We sit down, satu jam atau dua jam. Saya akan terangkan mengenai isu Petronas. Bila-bila boleh datang pejabat, di luar pun boleh, just call my number. Kalau sempat malam ni kita jumpa"
Perbualan kami berakhir di situ. Petangnya SUS Dato Rahman menghubungi saya memberitahu bossnya tidak dapat jumpa kerana ada function lain yang telah ditetapkan lebih awal.
Semalam saya hadir majlis rumah terbuka Dato Rahman di Taman Sulaman Kingfisher. Ada juga agak terkejut melihat kehadiran saya, almaklum ini pertama kali saya hadir majlisnya selepas 4 atau 5 tahun. Dato Rahman agak sibuk bersalam dan bergambar dengan orang ramai serta melayan tetamu undangan, Duta Palestine.
Saya disambut Haji Zain Dahlan dan mempersila saya dan saudara Musram Rakunman, blogger "Apa Yang Tersirat" duduk di meja depan dan dihidangkan kari kambing BTC.
Ramai penyokong-penyokong rapat DARD gembira nampak saya, mereka datang ke meja dan bersalam.
"Selamat Hari Raya Ramoz"
Yakub Khan, timbalan Ketua Umno Sepanggar menghulur tangan bersalam. Ramoz adalah nama glamour saya semasa menuntut di SMK Menggatal. Ada juga dikalangan orang ramai terutama dari Kota Belud yang menunjukkan riak wajah kurang senang dengan kehadiran saya. Saya peduli apa dengan mereka. Saya hadir atas jemputan tuan rumah. Haji Zain Dahlan, abang Dato Rahman juga secara peribadi menjemput saya.
Bila sedikit tenang, Dato ambil tempat duduk di sebelah kanan saya.
"Macam YB selebiriti pulak, semua mau bergambar" Saya bergurau.
Rahman tersenyum. Perbualan kami tersekat-sekat kerana ada yang datang bersalam dan mau bergambar. Namun sempat kami bersetuju supaya diadakan satu dialog dengan bloggers-blogger Sabah mengenai beberapa isu terutama tentang royalti minyak. Saya beritahu Dato Rahman, daripada menjelaskan kepada saya seorang, lebih baik penerangan diperluaskan kepada blogger-blogger lain yang kerap mempersoalkan isu royalti dan isu-isu berkaitan.
"Kita boleh adakan sebelum 31 Ogos ini" Saya beri cadangan.
"Ok saya setuju. Nanti kita bincang seterusnya"
Sekali lagi Rahman bangkit dari kerusi dan bergambar dengan orang ramai....
* Ku Nan - YBM Tengku Adnan Mansoor, Setiausaha Agung Umno dan MP Putrajaya
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-15884131509845303782014-06-29T17:31:00.001+08:002014-06-29T17:34:56.918+08:00MAKNA 2020 DI SABAH. PERKARA 20 TAK SAH, 20% ROYALTI TAK DAPAT!
Tun Stephens tidak pernah bincang soal royalti minyak sewaktu bersetuju menyertai Gagasan Malaysia.
Ada dua berita menarik yang menimbulkan sedikit kontroversi di Sabah sepanjang hujung minggu ini. Pertama daripada Dato Sri Wahid Omar, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berkata peruntukan kewangan untuk kerajaan negeri Sabah sebanyak RM11.2 bilion pada 2012, iaitu jumlah perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan geran daripada kerajaan Persekutuan telah melebihi daripada 20% daripada royalti petroleum.
Kenyataan itu dipetik sebagai jawapan daripada soalan Senator DatukChin Su Phin yang bertanya kepada perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan kenaikan royalti minyak kepada 20% untuk negeri Sabah dalam Dewan Negara. Soalan daripada Timbalan Presiden LDP itu sudah tentu ada hubungannya dengan komitmen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji permintaan Sarawak menambahkan royalti minyak kepada 20%
Dua minggu lalu, dalam majlis Hari Gawai di Sarawak, Datuk Seri Najib memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan permohonan menaikkan royalti minyak untuk Sarawak berikutan usul mengenai perkara itu telah dibawa dan diluluskan Dewan Undangan Negeri itu bulan Mei lalu. Awal minggu ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin juga dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negeri, memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan memperhalusi isu kenaikkan royalti dan mengangap isu berkenaan sebagai prioriti sebelum pilihanraya negeri yang dijangka pada 2016.
Berdasarkan kenyataan Wahid Omar, berkemungkinan besar kerajaan Persekutuan cuma akan mempertimbangkan pertambahan royalti untuk negeri Sarawak kerana menurutnya Sabah telah menerima peruntukan melebihi RM3.8 bilion iaitu jumlah anggaran kadar royalti pada 20%. Pendekkata menteri JPM itu merumuskan semua perbelanjaan untuk negeri Sabah mewakili royalti minyak.
Saya selalu berhujah, rakyat Malaysia tidak tahu sejarah sebenar penubuhan Persekutuan Malaysia kerana perkara itu tidak diajar di sekolah dalam semua peringkat, rendah, menengah mahu pun diperingkat pengajian tinggi. Sebab itu ramai yang tidak faham, termasuk ahli parlimen dan menteri-menteri kabinet Persekutuan tentnag asas penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta status sebenar Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan. Kenyataan Wahid Omar adalah bukti jelas betapa dangkalnya pengetahuan beliau mengenai status Sabah bila gagal mengasingkan isu royalti minyak dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan dan grant.
Wahid dalam jawapannya juga mendakwa Sabah menerima peruntukan 2.6 kali ganda lebih tinggi daripada daripada jumlah RM4.3 bilion cukai yang dipungut dari Sabah.
Walhal dalam Perjanjian Malaysia, negeri Sabah berhak menerima tambahan selain daripada perbelanjaan pembangunan dan grant Sabah juga berhak menerima peruntukan tambahan sebanyak 2/5 daripada jumlah lebihan hasil bersih yang didapati kerajaan Persekutuan di Sabah. Peruntukan khas itu dihentikan pada 1974 tanpa sebarang alasan setelah Akta Pembangunan Petroleum diluluskan.
Yang menjadi kemusykilan kenapa semua peruntukan perbelanjaan, pembangunan dan grant untuk negeri Sabah dijumlah sebagai jumlah yang mewakili royalti minyak sedangkan semasa Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, minyak dan gas asli di Sabah dan Sarawak belum diterokai?
Perbelanjaan Persekutuan di Sabah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Memasukkan perbelanjaan "expenditure" yang disebut Wahid Omar sudah tentu termasuk gaji dan penyelenggaran anggota Keselamatan, askar dan polis di Sabah. Takkan jumlah gaji itu juga dianggap sebagai peruntukan kepada negeri Sabah dan sebahagian daripada royalti minyak, sedangkan soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan?
Berita kedua yang menarik perhatian ialah kenyataan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi tentang Perkara 20 dan Perkara 18. Menurut Profesor itu kedua-dua dokumen tiada signifikan undang-undang kerana ia bukan dokumen undang-undang dan tidak termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara ini. Menurutnya,
"Bila bercakap mengenai undang-undang ia mestilah merujuk perkara yang terkandung dalam perlembagaan. Dokumen-dokumen lain seperti Perkara 20 dan 18 bukan undang-undang walaupun ada signifikan dari segi sejarah".
Saya bersetuju dengan Profesor tersebut bahawa Perkara 20 dan 18 cuma sekadar memorandum daripada parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak diserahkan kepada IGC (Jawatan Kuasa Antara Kerajaan) yang kemudian sebahagian besarnya kandungannya dibawa ke Parlimen Britian dan diluluskan dalam IGC Reports dan menjadi asas Akta Malaysia 1963.
Persoalannya, kenapa perlu Perkara 20 dan Perkara 18?
Profesor itu harus melihat kronologi penubuhan Malaysia. Setelah cadangan gagasan Malaysia dikemuka Tunku Abdul Rahman di Singapura, pemimpin Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan gagasan itu. Bukan sahaja pemimpin Borneo tidak bersetuju, malah Presiden Indonesia dan Filipina menganggap gagasan Malaysia hanya memindahkahn pejabat kolonial dari London ke Kuala Lumpur.
Tentangan begitu hebat dari Borneo diketuai Presiden SUPP, Ong Kee Hui, Donald Stephens (UNKO), Sedomon dan GS Sundang (Pasok Momogun) dan lain-lain parti yang munubuhkan United Front. Perkara 20 dan Perkara 18, adalah idea dan ilham daripada Lee Kuan Yew setelah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak di Singapura . Perkara 20 dan 18 merupakan jaminan kedudukan Sabah dan Sarawak lebih terjamin. Tanpa Perkara 20 dan 18, tidak akan ditubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Kesimpulannya, tanpa Perkara 20 dan Perkara 18, tidak akan ada negara Malaysia kerana cadangan Gagasan itu akan ditolak rakyat Borneo. Oleh sebab itu pemimpin Persekutuan tidak boleh manipulasi keadaan dengan alasan dokumen Perkara-Perkara 20 dan 18 sebagai dokumen yang tidak ada signifikan undang-undang. Rakyat Sabah dan Sarawak selama 51 tahun mengharapkan kepimpinan yang jujur dan ikhlas daripada kerajaan Persekutuan.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-21812450865134293222014-03-31T15:53:00.001+08:002014-04-02T10:37:16.349+08:00BELAJAR DARI BALINGIAN
Pemimpin BN Sabah harus belajar dari pemimpin Sarawak terutama ketua menteri barunya, Tan Seri Adenan Satem, bagaimana cara untuk memenangi hati dan menarik sokongan rakyat berbilang kaum dan agama di kawasan Balingian dan negeri Sarawak umumnya. Kemenangan besar di Balingian pada hakikatnya kemenangan pemimpin tempatan BN Sarawak.
Pemimpin Sarawak tidak umum gula-gula masa pilihan raya. Sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satem terus mengeluarkan kenyataan mengenai status otonomi politik negeri Sarawak dan berjanji akan mempertahankan status-quo itu Antara lain dia berkata, hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Sarawak tidak sama dengan hubungan antara Kerajaan Pusat dengan negeri Pahang.
"Sarawak mempunyai kedudukan istimewa kerana kita 'partner' dalam Malaysia"
Apa yang paling menarik ialah keberanian ditunjukkan pemimpin Sarawa itu, bila berkata, Malaysia Agreement 1963 lebih tinggi darjatnya daripada Perlembagaan Persekutuan, walaupun ramai yang berpendapat Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara. Menurut Adenan, tiada satu pindaan boleh dilakukan keatas Akta Malaysia tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak.
Dalam PRK Balingian, suara KM Sarawak lebih lantang, jelas dan meyakinkan penduduk tempatan daripada suara pemimpin pembangkang PKR yang berjanji untuk pulihkan otonomi Sarawak dan berjanji memberi royalti 20%.
"Pembangkang suka janji. Sekarang janji beri 20% royalti kalau perintah Putrajaya, bila? Empat tahun lagi baru ada pilihan raya parlimen. Ini Balingian bukan Putrajaya. Kita di Sarawak tidak perlu tukar kerajaan di Putrajaya kerana kerajaan Sarawak minta kerajaan Persekutuan mempertimbang cadangan Sarawak untuk tambah royalti kepada 20%"
Kata Adenan Satem dalam satu ceramah di Balingian. Adakah pemimpin Sabah yang berani berucap seperti Adenan Satem.
KM Sarawak juga menyatakan orang Kristian di Sarawak bebas menggunakan kalimah Allah yang menjadi pertellingkahan di Semenanjung Malaysia. Sikap terbuka dan toleransi seperti ini lebih disenangi kaum bukan Islam. Sokongan pengundi Cina meningkat di Balingian.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-11262128358071790392014-03-27T08:42:00.002+08:002014-03-27T09:07:06.105+08:00ALKISAH HIKAYAT SUAMI TAMAK DAN TIDAK MENEPATI JANJI..
Alkisah tersebut satu cerita. Pada satu ketika dulu ada seorang jejaka bernama Mat Malaya. Dia baru sahaja mewarisi thakta dan kekayaan dan ingin sangat beristeri. Bukan satu tapi tiga sekaligus. Mulanya Mat ni bercinta dengan seorang Mek, nama Mek Singapura. Orangnya kecil molek tapi cantik rupawan, tapi Mek bukan dari keluarga yang berada, harta tak ada dan tanahpun hanya sekangkang kera. Tambahan pulak, Keluarga Mek Singapura tidak begitu mesra dengan keluarga Mat.
Mat berangan-angankan seorang isteri yang kaya, berharta dan mempunyai tanah yang luas. Lalu Mat sunting bukan satu tapi dua orang gadis sunti. Seorang namanya Siti Sarawak, seorang lagi Dang Sabah. Kedua-duanya tinggal di sebuah pulau nun jauh di tanah seberang. Untuk sampai ke kampung kedua-dua gadis, ambil masa dua pekan dengan perjalanan laut.
Ketiga-tiga gadis dipinang serentak. Oleh kerana Mek Singapura dari keluarga miskin, pihaknya hanya minta hantaran 6 ekor lembu. Mat setuju! Siti Sarawak pada mulanya enggan berkawin dengan Mat kerana Mat bukan daripada keturunan yang sama, akhirnya dengan berat hati bersetuju dengan syarat ada hantaran 18 ekor lembu dan kerbau. Mat tanpa ragu-ragu setuju.
Dang Sabah yang sejak awal enggan berkawin dengan Mat yang tiada pertalian keluarga, akhirnya terpaksa setuju kerana kawan rapatnya Siti Sarawak sudah menerima pinangan Mat Malaya. Keluarga Dang Sabah meletakkan syarat hantaran lebih mahal dari keluarga Siti Sarawak. 20 ekor kerbau jantan dan belanja hangus. Mat yang terkenal seorang lelaki playboy yang suka berbelanja dan berpoya-poya itu setuju.
"semua syarat hantaran saya setuju. Saya janji bukan saja jaga Dang Sabah, tetapi juga menjaga keselamatan seluruh keluarganya. Saya tidak akan ambil walau seinci tanah Dang Sabah dan tanah waris-warisnya serta hasil mahsulnya" ikrar Mat.
Majlis perkawinan besar-besaran diadakan serentak. Alangkah meriahnya majlis itu. Seluruh rakyat jelata hamba sahaya diberi cuti umum. Rakyat diberi hadiah cawan yang tertulis gambar Mat dan ketiga-tiga isterinya. Lalu mereka hidup bahagia.
Dijadikan cerita, Mek Singapura mulai meragui keikhlasan Mat Malaya kerana sudah dua tahu hari ulang tahun perkawinan pada 16 September yang juga sempena hari jadinya, Mat Malaya akan berada di luar negara dan tidak meraikan bersama. Mek Singapura risau dan hubungi kedua madunya, "Ada Mat di rumah kamu?". jawapan kedua madu "Tiada. Mat pun tidak raikan anniversary" Jawab mereka dengan kesal dan sedih. Kenapa Mat sampai hati berbuat begitu.
Selepas dua tahun perkawinan, Mek Singapura bincang dengan Mat untuk berpisah. Mat yang anggap Mek sebagai bebanan kepada keluarganya kerana tiada harta, setuju menceraikan Mek dengan talak tiga. Mek yang tidak ada anak hidup menjanda dan membuka perniagaan sendiri sehingga menjadi kaya raya. Sekarang Mek lebih kaya dari Mat.
Selepas beberapa tahun hasil perkongsian Siti Sarawak dengan Mat, dapatlah 4 orang anak, baru-baru ini lahir lagi seorang diberi nama Denan. Tapi Siti Sarawak ni sedikit keras berbanding dengan Dang Sabah. Siti Sarawak tidak membenar Mat sesuka hati membawa keluarga atau orang lain masuk ke rumah atau kampungnya. Siti juga berhati-hati jika ada niat Mat untuk mengambil harta atau tanah keluarganya. Mat sebenarnya sedikit kecut bila berada di rumah Siti Sarawak.
Lain halnya dengan Dang Sabah. Selama perkongsian dengan Mat, mereka dapat 14 orang anak kerana Dang Sabah tidak tahu merancang keluarga. lagipun Mat suka membawa kaum kerabatnya masuk ke kampung Dang Sabah. Malah kawan-kawan dari negara lain juga dibiarkan masuk dan diberi tanah dan harta milik keluarga Dang Sabah. Sekali sekala, Dang Sabah atau keluarganya ungkit janji hantaran yang belum dihantar. Satu masa Mat ditanya "Mana sudah janji mau beri 20 ekor kerbau?"
Serta merta Mat mendengus, "20 ekor?. Saya hari-hari beri belanja makan selama 50 tahun kamu tidak kira?. Aku gaji orang jaga kampung kamu daripada pendatang haram, kamu tidak kira, aku bayar gaji pekerja, kamu tidak kira? . Aku buat jambatan gantung kamu tidak kira?"
Tapi Mat tidak beritahu dia jual tanah dan harta Dang Sabah untuk membina istana di kampungnya untuk kaum kerabatnya. Mat tidak beritahu, dia guna harta Dang Sabah membina kedai, pelabuhan, kapal, dan macam lagi di kampungnya. Mat tidak beritahu mereka guna duit keluarga Dang Sabah berpoya-poya di luar negara.
Dang Sabah, ada darah gemuruh hanya mampu menangis. Dia terlalu lemah menolak kehendak Mat dan keluarga Mat. Bila mereka berada di rumah atau kampung Dang Sabah, sesuka hati mereka masuk ke dapur mengambil makanan yang disediakan untuk anak-anak Dang Sabah. Sesuka hati mereka ambil tanah dibuat ladang untuk dihantar hasilnya kepada keluarga Mat di seberang untuk membina rumah di sana.
Tapi dengan Siti Sarawak, Mat dan keluarganya tidak berani berbuat begitu. Siti berani tutup pintu dan arahkan mereka keluar. Mereka juga tidak boleh sesuka hati menjamu selera di rumah keluarga Siti Sarawak. Siti tidak takut ancaman Mat. Kalau Mat tinggi suara, Siti lagi tinggi suara. Maka itu Siti Sarawak masih banyak tanah dan harta. Anak-anak mereka juga dijaga dengan baik terutama Denan yang berani marah bapanya Mat dan keluarga Mat.
Keluarga Dang Sabah dari asal kaya raya mulai jatuh miskin. Tanah semakin kurang. Harta semakin terhakis. Pokok yang ditanam keluarga Dang Sabah sudah jadi perabot di negara luar. Tembaga sudah jadi hak orang Jepun. Anak Dang Sabah yang ke empat belas, bernama Isa walaupun kaya tapi kurang bercakap bila berdepan dengan Mat atau keluarga Mat. Mungkin dia takut dengan Mat akan rampas hartanya pulak.
Maka Dang Sabah sentiasa bersugul mengenangkan nasib masa depan anak cucu dan cicitnya.
Kisah yang menyayat hati....
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-76849281790126288112014-01-08T13:37:00.001+08:002014-01-08T13:37:15.950+08:00Ketua Menteri Sarawak Bersara 28 Februari?
Artikel ini dipetik dari www.freemalaysiatoday.com
Angka 33 adalah angka bertuah. Angka itu juga yang dipilih Ketua Menteri Sarawak untuk bersara daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak.
Tan Sri Pehin Haji Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Beliau menang kerusi DUN Sebandi dalam satu pilihan raya kecil. Selepas itu dilantik menteri negeri seketika sebelum menggantikan pak ciknya Tun Abdul Rahman Ya'kub sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat.
Menurut sumber, beberapa minggu lalu, satu rombongan telah mengadakan pertemuan dengan Taib Mahmud di kediamannya di Kuching. Dalam pertemuan itu Taib menyatakan hasratnya untuk bersara dari politik dan memberikan tarikh 28 Februari sebagai tarikh yang sesuai. Menurut sumber itu, tarikh yang dipilih itu untuk membolehkannya dilantik sebagai TYT Sarawak yang baru selepas persaraan TYT sekarang yang dijangka pada bulan March.
Taib Mahmud memegang rekod paling lama menjadi Ketua Menteri/Menteri Besar di Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen kedua paling lama selepas MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Kejayaan terbesar Taib Mahmud dalam politik Sarawak ialah kemampuannya mempertahankan kedudukan PBB sebagai parti yang dominan dan berpengaruh dalam BN Sarawak sungguhpun kaum bumiputera Islam adalah minoriti berbanding dengan bumiputera bukan Islam seperti kaum Dayak.
Taib juga berjaya mengekang campurtangan politik kerajaan Pusat secara langsung seperti yang berlaku di Sabah dengan kemasukan Umno ke negeri itu pada 1991.Berbanding dengan Sabah, bidang pentadbiran kebanyakannya masih dibawah kuasa kerajaan negeri dan hanya sedikit campurtangan kerajaan Pusat. Taib juga pastikan pengarah-pengarah yang dilantik dalam jabatan Persekutuan dan agensi-agensi Persekutuan di Sarawak adalah terdiri daripada warga Sarawak.
Pada pilihan raya umum 1987, ramai yang menjangkakan Barisan Nasional Sarawak akan mengalami nasib sama seperti kerajaan Barisan Nasional Sabah yang tumbang kepada parti PBS yang ditunjangi kaum bumiputera bukan Islam. Dalam pilihan raya negeri Sabah 1985, Parti BERJAYA pimpinan Tan Sri Harris Salleh gagal mempertahankan kerajaan BN, hanya menang 6 dari 48 kerusi DUN Sabah.
Sentimen kemenangan PBS telah sampai ke Sarawak. Parti Bansa Dayak Sarawak atau PBDS pimpinan Tan Sri Leo Moggie yakin memperolehi kejayaan seperti PBS di Sabah. Keyakinan itu bertambah kerana PBDS mendapat sokongan daripada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Rahman Ya'kub dari parti PERMAS.
Persaingan sengit dalam pilihan raya negeri 1987 bagaimanapun memihak kepada Barisan Nasional. PBDS hanya menang 15 kerusi, manakala PERMAS hanya dapat 5 kerusi. Secara keseluruhan BN Sarawak mengekalkan kemenangan 28 kerusi. Taib Mahmud berjaya mengekalkan sokongan kaum Tionghua yang menyokong SUPP (11 kerusi) disamping PBB mempertahankan 14 kerusi dan parti SNAP menang 3.
Pada pilihan raya negeri 2011, Perdana Mnenteri mengumumkan Taib akan bersara dalam tempuh dua tahun. Tempuh dua tahun itu sepatutnya pada 2013. Tetapi oleh kerana berdepan dengan PRU13, persaraan itu ditunda.
BN Sarawak juga mendapat tentangan hebat pada pilihan raya negeri 2011, berikutan serangan-serangan peribadi ke atas Taib Mahmud dan keluarga, namun ternyata Taib adalah seorang tokoh politik yang hebat dan wajar diberi penghargaan kerana terus mempertahankan kerusi-kerusi BN termasuk dalam PRU 13.
dan sokongan orang Melayu yang masih yakin dengan kepimpinan Taib.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-78471937184099604212013-12-30T21:10:00.000+08:002013-12-30T21:15:30.224+08:00KEMBARA SAYA DALAM PKR BERAKHIR HARI INI
Hari ini saya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti PKR yang saya sertai secara tidak rasmi pada November 2011. Saya kata tidak rasmi kerana saya tidak pernah menjadi ahli PKR. Namun perlantikan sebagai Timbalan Ketua Penerangan Negeri dan anggota MPN Sabah oleh Pengerusi MPN Encik Thamrin Hj Zaini, mengesahkan status saya sebagai ahli PKR
Saya sertai PKR kerana isu politik negeri Sabah. Faktor yang menarik saya adalah BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011. Buku Jingga merupakan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah untuk mengembalikan beberapa perkara yang saya anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.
Namun kepincangan PKR mula terserlah menjelang PRU 13. Pucuk pimpinan Pusat tidak menghormati pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan dilantik diperingkat negeri. PKR Sabah dipaksa akur terhadap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Kuala Lumpur sehingga berlaku krisis semasa pemilihan calun dan beberapa orang anggota MPN Sabah merangkap anggota MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang telah lama berjuang seperti Hj Ansari Abdullah disingkirkan. Enam orang ketua cabang yang tidak disenaraikan juga keluar parti.
Saya tidak pernah melobi untuk jadi calun dalam PRU. Saya juga tidak berminat untuk menjadi ketua cabang walaupun saya ditawarkan Datuk James Ghani (Setiausaha Perhubungan MPN) untuk memangku jawatan itu setelah ketua cabang Kota Belud keluar parti.
Semasa berlangsung kempen, PKR Sabah seperti anak ayam kehilangan ibu. PKR tidak ada general perang dan tiada command center diperingkat negeri. Ibu pejabat PKR di Penampang sentiasa kosong. Pengerusi MPN, Thamrin Zaini bertanding di Sandakan, manakala Setiausaha, Dr Roland Chia bertanding di DUN Inananm. Masing-masing membawa jentera dari ibupejabat.
Di satu kumpulan lain, Datuk Lajim Ukin dengan kumpulan PPPS dan Datuk Wilfred Bumburing dengan kumpulan APS. Jentera pilihan raya di setiap kawasan bercelaru kerana masalah jentera yang tidak teratur akibat masalah logistik dan kewangan.
Pengalaman pilihan raya dalam PKR merupakan satu pengalaman yang amat pahit. Terutama bila berhadapan dengan para penyokong yang serba kekurangan dan berjuang dengan berbekalkan semangat semata-mata. Bila saya imbas kembali, menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamatkan pengembaraan saya dalam PKR. Yang jelas, PKR dipenuhi pemimpin-pemimpin kecewa dan keras hati sehingga tidak ada sifat "kepedulian" jauh sekali sifat kasih sayang dan prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.
Saya masih dengan prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga, namun saya mengambil pendekatan perundingan bukan secara konfrantasi. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat. Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada 20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi.
Begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy.
Saya belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi saya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu. Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi.
Sekian dan terima kasih.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-41099862564372709472013-09-09T17:56:00.002+08:002014-09-17T01:30:57.085+08:00ANWAR MASIH DIBAYANGI UMNO
Tulisan ini adalah sambungan daripada bahagian pertama KENAPA ANWAR GAGAL? (Dipetik daripada www.freemalaysiatoday.com)
Rumusannya pada PRU 1969, 1999 dan 2008, parti-parti pembangkang menyertai pilihan raya tanpa seorang general yang hebat tetapi masih mampu menggugat kerajaan Barisan Nasional. Berbeza dengan PRU 2013, parti-parti pembangkang telah berpengalaman dan cukup bersedia serta mempunyai seorang general perang yang berpengalaman dan dianggap sebagai ikon kepada perjuangan reformasi..
Tetapi masih gagal. Persoalan besarnya kenapa?
Jika soalan itu ditanya kepada pemimpin PR, rata-rata jawapan yang diberikan - proses pilihan raya tidak telus. Keputusan BN menang telah ditetapkan. Suruhan Jaya Pilihan Raya atau SPR menipu!. Itulah jawapan dan alasan yang paling mudah. Jawapan yang tidak memerlukan satu post mortem mengkaji dimana kelemahan dan kesilapan parti pembangkang. Tanpa disedari, dengan memberi alasan seperti itu, kesan negatif bukan kepada pemerintah tetapi kepada parti pembangkang. Alasan bahawa SPR menipu hakikatnya adalah senjata yang memakan tuan.
Seminggu selepas pilihan raya, penulis bertemu dengan seorang aktivis muda yang menyokong DAP. Pertemuan itu berlaku disebuah kedai gunting rambut di Luyang, KK, Sabah. Kawasan Luyang termasuk dalam DUN dan parlimen yang dimenangi DAP. Anak muda itu menceritakan bagaimana mereka sanggup balik ke Sabah dengan perbelanjaan sendiri dan menggunakan wang ringgit serta kepakaran mereka untuk membantu menangkan PR khususnya DAP.
"Ada yang datang dari Australia, Canada, Hongkong dan Amerika. Kita betul-betul buat kerja dan banyak pakai wang sendiri"
"Kita orang muda sokong PR kerana mahu negara Malaysia baru yang lebih adil pada semua bangsa. Tapi bila sudah kalah Anwar cakap, SPR tipu! Kalau tipu, apa guna balik Sabah? Apa guna buang duit? Next time, kita diam-diam. Tak payah balik Sabah. Apa guna? Kalau SPR tipu, bagus sokong BN la. Sama-sama cari makan"
Apakah anak-anak muda yang mendokong reformasi telah putus asa? Barangkali tidak. PR masih mendapat sokongan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Masih ramai di luar sana inginkan satu gerakan perubahan yang menyeluruh yang boleh memberi "new deal" yang lebih baik kepada golongan muda. Persoalannya, Apakah Anwar Ibrahim masih boleh menjanjikan kejayaan terhadap gerakan reformasi setelah beliau gagal pada PRU lalu?
Apa kurangnya Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menentang Umno dan BN? Seperti Anwar Ibrahim, Ku Li juga menjadi mangsa politik Tun Mahathir. Mungkin tidak dipenjarakan, tetapi Ku Li masih mendapat simpati dari orang Melayu kerana teraniaya seperti Anwar. Ku Li dipinggirkan UMNO Baru setelah Umno diharamkan. Ku Li dikatakan menang pada pemilihan 1987 tetapi tidak menjadi presiden Umno kerana permainan politik kotor Tun Mahathir.
Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan berjaya menggabungkan parti pembangkang PAS dan DAP dalam APU. Ternyata APU mendapat sokongan daripada semua kaum. Malah kelebihan kepada Ku Li berbanding Anwar Ibrahim, ialah partinya mendapat sokongan daripada parti PBS yang memerintah negeri Sabah pada ketika itu. Tetapi Ku Li gagal menumbangkan BN.
Faktor utama kegagalan Tengku Razaleigh Hamzah ialah kegagalan beliau dan partinya menarik minat golongan muda dan pengundi baru untuk sama-sama menentang BN. Ku Li masih berpolitik dalam ruang lingkup Umno. Memilih pemimpin-pemimpin daripada Umno bukan orang-orang baru yang mendokong perubahan. Dalam pemilihan calon-calon, orang-orang yang sama dipilih.
Sungguhpun Anwar Ibrahim lebih popular tetapi dia mengulangi kesilapan besar Tengku Razaleigh. Anwar lebih mendapat sokongan padu daripada golongan muda. Pakej yang dijanjikan kepada orang muda amat menarik seperti mansuh PTPTN dan sebagainya. Secara keseluruhan populariti Anwar kepada pengundi baru dan "silent majority" lebih bagus berbanding Ku Li. Tetapi bila tiba masa yang amat penting, seperti Ku Li, Anwar Ibrahim terus dibayangi Umno dan bertindak dan membuat keputusan seperti seorang pemimpin Umno.
Ramai anak-anak muda sanggup kehilangan peluang dan hilang jawatan/pekerjaan kerana menyokong perjuangan Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat pada 1998. Ada juga yang menyertai gerakan reformasi semata-mata kerana sentimen terlalu benci dengan Umno dan Barisan Nasional. Pemikiran mereka telah diindoktrinasikan bahawa kerajaan UMNO-BN adalah kerajaan yang korup dan tidak amanah. Negara akan menjadi muflis jika UMNO terus memerintah.
Tetapi bila tiba masa yang amat penting, untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, Anwar Ibrahim tidak dapat lari daripada tuntutan perubahan yang sebenarnya. Beliau masih percaya dan yakin pemimpin-pemimpin dari Umno yang dikenalinya daripada kalangan anak-anak muda dan rakyat biasa yang telah berjuang mempertahan beliau selama ini. Dalam pemilihan calon-calon pilihan raya, bekas pemimpin Umno atau BN yang baru menyertai PKR beberapa bulan akan dipilih sebagai calon.
"Bagaimana kita buat reformasi, jika pemimpin penyamun dari UMNO yang telah berusia lebih 74 tahun masih dipilih sebagai calon PKR? Baru pula tak sampai dua tiga bulan sertai kita. Kalau pemimpin yang badannya berkurap, kudis dan penuh calar kita jadikan calon PKR, hancurlah reformasi!?" Begitulah ayat seorang anak muda kepada penulis.
Kesimpulan yang boleh dibuat Anwar Ibrahim gagal memahami sentimen dan aspirasi golongan muda yang menuntut perubahan. Anwar seharusnya keluar terus daripada bayang-bayang UMNO dan serahkan perjuangan parti itu kepada golongan muda yang tidak pernah menjadi ahli atau menyertai UMNO. Sudah tiba masanya, pemimpin muda seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah diberi peranan yang lebih penting dalam memilih bakal-bakal pemimpin akan datang.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8973801751765230544.post-314478243169825332013-09-05T12:18:00.003+08:002013-09-05T12:18:58.161+08:00KENAPA ANWAR GAGAL?
Kenapa Anwar gagal?
September 5, 2013
Pada PRU 1999, parti pembangkang mendapat undi simpati dari kalangan pengundi Melayu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dimasukkan dalam penjara.
oleh Musli Oli (DIPETIK DARI www.freemalaysiatoday.com
Ada tiga insiden pilihan raya umum (PRU) dalam negara ini, di mana parti pemerintah hampir tewas kepada parti pembangkang. Pertama, pada PRU 1969, Parti Perikatan yang memerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Pulau Pinang ditawan parti pembangkang Gerakan dan Kelantan kembali kepada PAS.
Berdasarkan keputusan PRU 1969, dua buah negeri, Selangor dan Perak nyaris ditawan parti pembangkang. Negeri Perak hanya diperintah Parti Perikatan setelah dua wakil rakyat PPP mengalih sokongan kepada parti itu.
Pilihan raya kali kedua ialah pada tahun 1999. Pada PRU 1999, parti pembangkang mendapat undi simpati dari kalangan pengundi Melayu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dimasukkan dalam penjara.
Kesannya, beberapa pemimpin kanan UMNO gagal mempertahan kerusi kerana ‘swing’ sokongan Melayu kepada PAS dan PKR. Kedah, Selangor dan Perak adalah antara negeri-negeri yang nyaris-nyaris ditawan parti pembangkang. Kelantan kekal di tangan PAS manakala BN kehilangan Terengganu.
Pada PRU 1999, Parti DAP gagal menarik sokongan yang signifikan daripada pengundi Cina dan kaum bukan Melayu yang lain. Kaum Cina pada ketika itu masih menaruh keyakinan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berjaya menangani krisis mata wang yang melanda Asia pada 1998. Tun Mahathir pernah berkata, “Orang Melayu mengundi pembangkang mengikut emosi, kerana isu ‘mata hitam’, tapi orang Cina terus mengundi BN, kerana isu ‘mata wang’ ”.
Pilihan raya kali ketiga ialah pada PRU 2008. Tsunami politik melanda BN tanpa diduga. BN sekali lagi hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Lima buah negeri jatuh kepada parti pembangkang. Jika kemenangan besar BN pada PRU 2004 dikatakan kerana ‘aura’ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun), persembahan yang teruk pada PRU 2008 diletakkan bulat-bulat sebagai ke’lembik’an Pak Lah!
Ramai yang terpinga-pinga mencari jawapan sebenar kenapa parti pembangkang boleh memperolehi 82 kerusi parlimen. Sehingga hari ini masih ramai tidak tahu sebab sebenar kenapa rakyat Malaysia tiba-tiba bangkit mahukan perubahan pada 2008. Apakah kerana faktor Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan beberapa bulan sebelum PRU 2008?
Kesimpulan
UMNO membuat kesimpulan yang mudah dengan mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Analisis tiga pilihanraya umum – tahun 1969, 1999, dan tahun 2008 amat menarik kerana fakta-fakta berikut. Pertama, dalam tiga PRU itu, sokongan rakyat kepada parti pembangkang meningkat tanpa dikepalai seorang pemimpin pembangkang yang dianggap berpengaruh atau popular seperti Anwar Ibrahim.
Walaupun Lim Kit Siang dari DAP, yang pernah jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat seorang yang berpengaruh, namun ia terbatas kepada kaum Cina dan bukan Melayu. Begitu juga dengan Datuk Asri Muda, Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain seperti Tok Guru Nik Aziz. Pengaruh dan kepimpinan mereka agak terbatas kepada orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam.
Pada PRU 1999, Anwar Ibrahim dalam tahanan. Parti Keadilan pada ketika itu dipimpin isterinya, Datin Seri Wan Azizah. Pada PRU 2008, Anwar Ibrahim belum layak bertanding mengikut peraturan pilihan raya umum. Hakikatnya, rakyat yang menyokong dan mengundi parti pembangkang tidak tahu siapa bakal Perdana Menteri mereka.
Karisma
Persoalan ini menjadi semakin menarik setelah Anwar Ibrahim layak menyertai pilihan raya dan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh serta dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Amat jelas, Anwar adalah “PM in waiting”. Pembangkang di bawah Anwar Ibrahim semakin kuat. Pembangkang menang 8 daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak PRU 2008.
Dengan kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan ketua umum kepada Pakatan Rakyat, parti pembangkang telah bersedia menjadi kerajaan alternatif dengan menjanjikan berbagai-bagai pakej yang menarik kepada mereka.
Dengan karisma, pengaruh dan kehebatan pidato Anwar, parti pembangkang memasuki gelanggang PRU 13 dengan penuh keyakinan. Ditambah pula dengan berbagai isu dan masalah dalaman parti pemertintah seperti isu NFC yang didedahkan kepada umum serta faktor-faktor lain yang ketara memihak kepada parti pembangkang, ramai pemerhati politik dalam dan luar negara menjangkakan satu keputusan PRU yang akan memihak kepada Anwar Ibrahim.
Sepatutnya PRU 2013 adalah kemuncak kepada PRU 1969, PRU 1999 dan PRU 2008. Tetapi kenapa Anwar gagal?
Sungguhpun kerusi pembangkang dalam Dewan Rakyat bertambah daripada 82 kepada 89, tetapi sokongan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO-BN meningkat. Ironisnya, sokongan kepada PKR yang telah diketuai Anwar Ibrahim telah merosot. Pada PRU 2008, PKR menang 31 kerusi, ia telah berkurangan kepada 30 pada PRU 2013.
Di mana silapnya? Ikuti jawapan dalam rencana berikutnya.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16126248715181245648noreply@blogger.com0