Jarang sekali berita dari Sabah mendapat status headline akhbar nasional sungguhpun barangkali dari segi value berita itu tak kurang pentingnya dalam wawasan “one Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Saya terbaca dalam STAR hari ini (27 April) m.s 4 parti LDP dari Sabah desak Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Pembangunan Infastuktur Datuk Raymond Tan Su Kiah dan Datuk Japlin Akim mengosongkan jawatan dalam kerajaan.
Dalam kes Raymond Tan mesej sebenar LDP, kenapa tidak lantik anggota cabinet dari kalangan anggota komponen BN Sabah? Parti-parti komponen BN Sabah terdiri daripada UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, MIC dan parti GERAKAN,
Negeri Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri mewakili tiga kaum utama negeri itu iaitu Melayu/bumiputra Islam, Kadazandusun dan Cina. Terdiri dari Dato Yahaya Husin, Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan. Sebelum Raymond Tan jawatan itu di sandang bekas Presiden LDP Datuk Chong Kah Kiat sebelum meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana krisis peribadi dengan KM Sabah berhubung dengan patung Mazu yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tinggi Kota Kinabalu.
Sewajarnya presiden LDP Datuk VK Liew berhak menuntut kerusi Timbalan Ketua Menteri Sabah kerana hanya LDP dan MCA sahaja parti yang mewakili kaum Cina dalam BN Sabah sedangkan Datuk Raymond adalah wakil rakyat Bebas. Secara konvensyen kerusi tersebut seharusnya diberikan kepada parti politik yang mewakili kaum Cina negeri itu. Maka itu wajarlah kenyataan VK Liew bahawa Musa Aman mendengar suatu hati rakyat grass roots yang menyokong BN bukan mendengar pendapat orang-orang tertentu.
Apakah alasan Musa Aman mempertahankan kedudukan Raymond Tan sebagai TKM Sabah? Apakah ianya pertimbangan politik atau ada agenda lain sehingga beliau bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Raymond Tan? Bagaimana pula dengan kes Datuk Japlin Akim yang juga kebetulan Pembantu Menteri kepada Raymond Tan yang turut didesak LDP meletakkan jawatan kerana telah didapati bersalah melanggar etika UMNO pada Mac lalu? Kenapa Musa Aman membuat kenyataan mempertahankan Japlin sedangan UMNO telah mendapatinya bersalah? Apakah ini seolah-olah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa seseorang yang didapati bersalah kerana melanggar etika dan digantung keahlian selama 3 tahun tetapi dalam kerajaan dia tidak bersalah dan boleh kekalkan jawatan Menteri?
Dalam kes Tan Sri Isa Samad, pada tahun 2004, digantung keahlian kerana kesalahan yang sama dengan Datuk Japlin, meletakkan semua jawatan kerajaan termasuk Menteri Wilayah Persekutuan. Ini adalah cara terbaik untuk menjaga imej dan maruah UMNO. Sebagai pengundi kawasan DUN Usukan saya memohon agar beliau mempertimbangkan mengosongkan jawatannya termasuk kerusi DUN Usukan demi menjaga maruah dirinya dan parti UMNO bukan berselindung dibelakang Musa Aman.
Dalam kes Datuk Japlin sewajarnya parti komponen BN itu tidak boleh mencampuri urusan dalam UMNO. Tetapi kenyataan VK Liew memperlihatkan ada isu diperingkat grassroots yang tidak puas hati dengan cara Musa menangani isu Raymond Tan dan Japlin Akim.
Jangan lah hendaknya Musa Aman dan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN membuat tanggapan kerana negeri Sabah adalah kubu kuat UMNO dan BN maka kita boleh memperlekehkan sentiment silent majority. Pelanduk boleh lupa jerat tetapi jerat tak pernah lupa pelanduk. Fikir-fikirkanlah

0 Response to "Apa dalil Musa Aman pertahan Raymond dan Japlin?"
Post a Comment