ARTIKEL BARU

KDM JUGA BERPELUANG JADI KETUA MENTERI SABAH!!


Datuk Masidi Manjun- Pemimpin KDM  yang layak dan berkebolehan mengetuai UMNO di masa depan. Siapa kata KDM tidak boleh jadi KM Sabah dalam BN?

Saya tertarik membaca polemik KadazandusunMurut (KDM) menjadi Ketua Menteri Sabah yang disiarkan dalam Sabahkini.com. Ada dua kenyatan yang bercanggah. Pertama daripada Naib Presiden DAP Sabah, Edward Mujie yang mengatakan kaum KDM hanya berpeluang menjadi Ketua Menteri melalui Pakatan Rakyat.  Kenyataan itu disanggah Naib Presiden PBS, Datuk Herbert Timbun Lagadan. Pada pendapatnya melalui BN, kaum KDM juga berpeluang menjadi KM Sabah.

Sabah DAP Organizing Sectetary, Jeffrey Kumin, pulak kata Herbert Timbun sebenarnya bermimpi disiang hari kerana sudah tentu parti pimpinan KDM dalam BN seperti PBS, UPKO dan PBRS tidak akan berpeluang jadi KM Sabah. 

Jika ditinjau sejarah, matlamat menjadi KM Sabah adalah matlamat utama politik kaum KDM. Sebagai kaum bumiputera yang majoriti di Sabah, sudah tentu hasrat dan matlamat itu menjadi fokus para pemimpinnya menarik sokongan KDM.Perebutan kuasa antara kaum KDM dan Bumiputra Islam sebenarnya menjadi punca utama pergolakan politik negeri Sabah sejak pra merdeka.

Berikutan sengketa berebut jawatan itu, Sabah menyaksikan perubahan Ketua Menteri sebanyak 14 kali berbanding dengan Sarawak yang bertukar 4 kali.  Tiga belas orang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah sejak 1963: Donald Stephens, Peter Lo, Tun Mustapha, Tun Said Keruak, Tun Fuad (Donald Stephens), Harris Salleh, Pairin Kitingan, Tun Sakaran, Salleh Said, Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Musa Aman.

Sejak 1963 KDM berpeluang menjadi KM Sabah sebanyak 4 kali. Tun Fuad menjadi KM Sabah sebanyak 2 kali 1963-1965 dan 1975-1976 (3 bulan). Pairin Kitingan menjadi KM selama 9 tahun daripada 1985-1994. Melalui Sistem Penggiliran KM Sabah yang diperkenal BN pada 1994, Tan Sri Dompok berpeluang menjadi KM Sabah pada 1998 tetapi hanya selama 8 bulan kerana pada pilihan raya umum negeri 1999, Dompok tewas kerusi DUN Moyog kepada PBS.

Peluang KDM menjadi KM Sabah jangan dilihat melalui parti-parti komponen BN pimpinan kaum itu sahaja kerana dalam UMNO kaum KDM juga berpeluang  menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan menjadi KM Sabah. Datuk Masidi Manjun dan Datuk Rubin Balang adalah dua orang ADUN dari suku KDM yang juga Ketua UMNO bahagian. Di samping Datuk John Ambrose, Ketua UMNO Penampang.  Adalah tidak mustahil jika Masidi Manjun satu hari nanti akan terpilih menjadi Pengerusi UMNO negeri Sabah.

Renung-renungkan... 


14 Responses to "KDM JUGA BERPELUANG JADI KETUA MENTERI SABAH!!"

Unknown said...

Sabah perlu KM yang berkemampuan membawa kemajuan kepada negeri ini serta sanggup membela maruah dan nasib rakyat Sabah walau ia perlu mengingkar kemahuan Kerajaan Pusat.
Beliau harus adil dan amanah, mempunyai fikiran terbuka dan berpandangan global.
Tidak penting beliau dari suku kaum mana. Tidak penting asal unsulnya. Yang penting beliau berwatak berani dan mempunyai sifat-sifat seperti yang dikatakan diatas.

mandau said...

tak kisah siapa menjadi ketua menteri, yang pentng ia boleh menjalankan tugas dgn baik serta adil dalam pemerintahan

Unknown said...

Kenapa tidak? Semestinya KDM juga berpeluang menjadi KM Sabah. Semua pemimpin dari pelbagai suku kaum Bumiputer Sabah, saya ulang, BUMIPUTERA SABAH saya kira berpeluang menjadi KM Sabah asalkan mempunyai kriteria-kriteria yang diakui oleh rakyat-rakyat Sabah. Marilah menjadi 1Sabah. Walaupun berbilang kaum dan agama, jangan lihat itu semua. Sabahan harus bersatu-padu.
Jangan musnahkan apa yang sudah terjalin.

darshania said...

benar, Presiden DAP Sabah sepatutnya melihat sejarah politik Sabah terlebih dahulu sebelum mengatakan kaum KDM hanya berpeluang menjadi Ketua Menteri melalui PR. jika Jeffrey Kumin mengatakan Herbert Timbun bermimpi disiang hari, mungkin kita boleh katakan Jeffrey Kumin baru sahaja terjaga dari tidur sejak 1963...

Anak Sabah said...

KDM sudah pernah menjadi KM Sabah dulu, bagi pendapat saya, seorang KM yang baik tidak ditentukan dengan bangsa ataupun warna kulit. Tapi berdasarkan kemampuan dan kebolehannya sendiri.

kb girl said...

Setiap orang memenag mengharapkan dan merasa bangga pemimpin negeri adalah dari sukukaum mereka.
Pemikiran ini patut berubah. Yang penting pemimpin tersebut mesti berkemampuan dan amanah.

Aida said...

Mungkin ramai yang sedar akan kehadiran Datuk Masidi sebagai pemimpin dari suku KDM. Namun jika dilihat peranan beliau pada hari ini semakin hari semakin menonjol. Beliau sentiasa menyuarakan pendapat jika ada yang tidak kena. Saya fikir ramai yang akui bahawa kepimpinan Datuk Masidi akan menjadi batu loncatan untuk beliau terus beaksi di arena politik ini.

Unknown said...

Pemimpin dari setiap suku kaum Sabah berpeluang menjadi KM.
Jika KDM cukup bersatu, peluang bagi pemimpin KDM jadi KM adalah besar kerana Kdm adalah suku kaum terbesar di Sabah.

Unknown said...

Pentingkah KM dari suku kaum tertentu atau dari calon yang berkompitensi?
Seharusnya bangsa itu tidak diabil kira.

Paquin said...

Saya tak kisah siapapun yang jadi CM Sabah... Yang penting bagi saya ialah sifat saksama dan utamakan rakyat harus ada dalam diri individu itu :)

Paquin said...

Setuju papamee. Kemampuan seseorang tidak terletak pada bangsanya; ia harus dinilai melalui kemampuan individu itu sendiri. Jika memang layak, why not kan. hehehe

Paquin said...

Ya Fiona. Tak perlu hiraukan soal bangsa sangat, sebab saya yakin jika pemimpin yang dipilih itu layak, dan memenuhi semua kriteria yang diimpikan rakyat pasti pemimpin tersebut mampu melakukan tugasnya sesaksama yang mungkin :)

Paquin said...

Betul tu Jonny. Tambahan pula bagi saya, Sabahan merupakan rakyat yang paling sporting kerana tidak pernah membezakan soal agama, kaum, bangsa ataupun yang sama maksud dengannya. hehhe

Paquin said...

Apapun, semuanya terpulang pada rakyat. Jadilah matang dan buatlah pilihan yang terbaik :)