Hanya doa pemimpin PAS yang diterima Tuhan!
Malam tadi atas jemputan kawan saya menghadiri satu majlis penubuhan AJK Penganjur lawatan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke Sabah pada 2hb April 2010. Saya hadir sebagai wakil NGO. Saya telah meletakkan syarat kepada penganjur supaya program mesti bebas daripada politik. Saya tegaskan matlamat membawa Ku Li ke Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu royalti minyak Sabah. Tambahan pula Ku Li adalah pemimpin UMNO dan MP yang mewakili BN.
Saya bagaimanapun begitu terperanjat bila wakil Persatuan Anak Terengganu yang mempengerusi mesyuarat dan merupakan pengerusi penganjur menyelit ucapan politik. Katanya kemarau yang dialami rakyat Sabah sekarang berpunca daripada bala dan malapetaka yang diturunkan kerana Allah S.W.T tidak memberkati kepimpinan negara hari ini.
Tiba-tiba mesyuarat yang dihadiri NGO berubah menjadi majlis ceramah PAS. Katanya PAS akan menganjur program sembahyang hajat memohon hujan dan menjemput Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman menjadi imam. "Itu pung kalau Musa Aman datang. Kalau tak datang saya sendiri jadi imam" kata ustaz itu berseloroh dan mempersenda Ketua Menteri Sabah dengan loghat Terengganu yang pekat.
Biar betul ustaz ini. Bukankah majlis sepatutnya membincangkan program lawatan Ku Li dan soal royalti minyak? bisik hati saya.
Datuk Kalakau Untol yang duduk sebelah kanan saya juga ternganga mulut mendengar fatwa Ustaz tersebut. Kalakau yang mewakili mewakili USDA atau Persatuan Dusun Sabah bisik ke telinga saya, "Apa hal ini brader?" Saya hanya geleng kepala. Kalakau yang telah menyertai PKR baru-baru ini adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman. Beliau pernah jadi Timbalan Menteri dan dua penggal sebagai senator. Tapi apa yang beliau dengar malam tadi barangkali tidak dijangkakan.
Budaya politik baru sudah masuk ke Sabah? Di Semenanjung apa juga isu termasuk kemarau dan banjir akan dipolitikkan. Kuasa Tuhan juga dipolitikkan.
Daerah Kota Belud yang merupakan tempat lahirnya UMNO di Sabah menerima kejutan budaya politik sebegitu baru-baru ini ketika daerah itu dilanda banjir. Namun banjir kali ini tidak seperti banjir sebelumnya kerana bencana alam kali ini dikatakan berpunca daripada kesalahan kerajaan BN kerana membina jalan raya atau lebuh raya Kota Belud By-Pass. Tetapi sebelum ada jalan raya yang menjadi kemudahan rakyat itu, daerah Kota Belud pernah juga berlaku banjir!
Sekarang Kota Belud mengalami musim kemarau seperti kebanyakan daerah di Sabah, apakah fatwa Ustaz dari PAS itu juga menjadi punca utama kemarau di Kota Belud, iaitu Tuhan menghalang hujan turun kerana tidak merestui kepimpinan daerah itu?
renung-renungkanlah...
12 Responses to "KEMARAU - TUHAN MARAH KEPADA BN?"
Sekarang ni tiap2 petang dipantai barat hujan turun. Allah dah suke BN lah tu.
Apa lah PAS ni sampai Allah pun nak dibawa masuk berpolitik.
DiKelantan tu selalu banjir, hujan tak berhenti2 pada musim tengkujuh sebab Allah terlalu suke pada PAS lah kot2nye.
Salam Ayahanda Musli..
Posting Ayahanda kali ini ada dua isu iaitu :
1. Trend pembangkang yang dimenularkan dalam politik sabah. "Dimenularkan" maksud saya..sengaja diterapkan samaada sudah dirancang awal atau mempunyai motif tertentu. Politik mempersendakan pemimpin...untuk menimbulkan kebencian...
2. Isu bencana alam dengan pemimpin ...Of Course isu bypass di KB.. Saya masih ingat ada juga penulisan KM mengenai hal ini..Wajarkah ia dipolitikkan...?
Setiap bencana ada sebab dan musababnya...ada kerana disebabkan oleh kesilapan dan kerakusan manusia.."tangan-tangan manusia"
Kemudian ada juga bencana yang telah ditakdirkan supaya menjadi pengajaran kepada manusia lain..selain juga mempunyai hikmat yang besar dan tersembunyi..hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...
3. hal berkaitan dgn jalanraya bypass KB-Kudat..kita masih tidak tahu sama ada ia menjadi punca kepada banjir yg berlaku dikg tertentu beberapa bulan lepas...( tidak ada yang mengesahkan secara ilmiah dan kajian mendalam )..so saya ingat ok lah tu..
Salam Tuan..
Kalau bab banjir, boleh juga di katakan kerakusan manusia (contoh; banjir kilat).
Kalau bab kemarau plk..bagi saya, itu lumrah alam..
wassalam...
Se tidak2 nya pemimpin PAS lebih memperingat Allah dari pemimpin2 parti yang lain.
Mengapa perlu marah jika pemimpin2 PAS ini lebih memperingati Allah?
kejadian hujan dan kemarau adalah ditentukan oleh allah. Manusia hanya perantaraan untuk berhubung dengan allah melalui doa yang dipohon. hanya allah sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu kejadian di muka bumi ini. manusia tidak berhak untuk menentukan siapa yang disukai atau tidak disukai oleh allah. sesungguhnya sesiapa yang menentukan siapa yang disukai oleh allah atau tidak telah melanggar sunnatullah kerana manusia tidak berhak untuk menentukan ketentuan allah. baik cepat-cepat bertaubah selagi masa ada.
Bukan kaitan dengan marah bile kita memperingati Allah. Kita takde hak nak menilai seseorang. Baik kita menilai diri sendiri dulu.
Jangan lah nak kaitkan kemarau dengan BN. Kelantan ditimpa banjir,tak pulak dikaitkan dengan kerakusan TGNA? Tak faham pemikiran budak2 sekarang ni.
Bila bala datang,sume menuding jari kepada kerajaan. Bila benda baik berlaku. Puji2 pembangkang kerana buat itu ini..
Salam,
Bagus juga ada org bab ini..
begini, tuan-tuan kalau Allah hendak menimpakan azab kepada satu kaum, Dia tidak akan mengira siapa, semua akan kena.
Itu sebabnya, walaupun seribu ustaz mcm nik aziz di Kelantan, kalau Allah murka kerana malaysia ini ada pemimpin zalim, tdk kira di Kota Belud atau di Kelantan,semua akan kena..
Tapi, jangan sampai ada org islam tdk sampai kpd Allah getus hatinya bila ada bencana alam..nauzubillahi minzalik..
Perbaharui iman anda 3 kali
Terlebih dahulu saya sampaikan salam untuk warga KB (sayapun org KB juga).
Susah,senang,sangsara dan derita adalah ujian Allah.Kita cuma boleh berusaha dan berdoa.Kita sepatutnya gunakan pancaindera yang ada untuk mengenali "baik dan buruk". Perlakuan baik tentu sahaja ganjarannya baik dan sedemikian juga buruk.
Bersyukurlah kita kerana masih ada manusia yang mengenali Sifat sifat dan Keagongan Allah.Kita jangan terlalu takbur sehingga kita juga lupa kita ini terlalu dhaif.Jangan contohi firaun.
Orang politik ini tidak semestinya sentiasa jujur dengan diri mereka sendiri - apa lagi dengan rakyat.
"Tidak ada musuh kekal atau rakan abadi dalam politik" tapi Kota Belud tetap Kota Belud.
Salam hormat,
Zalis Maznee
Salam MO,
Kalau mcm tu, sampai kiamat dunia PAS tidak akan dapat perintah Negeri di Bawah Bayu ni.
kalau la konon PAS mengingati allah, kenapa kejadian allah pun dipolitikkan.. ketara la desperate mau raih simpati@sokonganrakyat...
assalamualaikum...
MO, awak kena faham, agam Islam itu agama yang menyeluruh, dan juga, isu politik ini juga termasuk dalam ISlam..
Firman ALLAh SWT:
Hendaklah kamu orang2 beriman, masuk sepenuhnya dalam ajaran dan kehendak Islam, dan jgn la kmu ikut kehendak syaitan (Al Baqarah : 208)
Dah Islam menganjurkan politik, begitu juga NABI MUHAMMAD SAW, baginda juga berpolitik.. Kejayaan Baginda menjadi pemimpin yang bersistem, yang pertama di dunia, diiktiraf sgt hebat oleh orang2 ISlam, dan juga bukan Islam...
Saya rasa awak patut lebih byk belajar dulu, sebelum buat artikel yang menampakkan kekurangan ilmu awak sendiri...
Tentang Isu minyak pula, memang TUJUAN ASAL kita bawak Tengku Razaleigh pg KK untuk bagitau tentang ketidak adilan BN..! itu memang ada kait mengait dgn politik...
awak Islam, saya juga Islam.. hidup didunia ni sementara ja brader.. kalau rasa dapat bawak harta karun brader pg akhirat nnt, teruskan lah utk mencemuh org2 yang dekat pada Allah SWT...
Kerana, ulamak2 yang ada sekarang ni adalah pewaris Nabi SAW... Nabi SAW adalah kekasih Allah SWT..
Wallahualam....
Adakah maksud tuan 'kejadian Allah pun mau dipolitikkan' maksudnya menggunakakn Allah tuk tujuan politik, begitu?
Samalah dgn ayat sblm ini, PAS menggunakan Islam tuk berpolitik
Jadi, kalu tidk guna Islam mau guna apa?..hanya guna Islam baru boleh selamat dunia dan akhhirat
...ingat, selamat dunia dan akhirat...
Post a Comment