ARTIKEL BARU

PEMIMPIN ORDE BARU - RAHMAN DAHLAN VS DARREL LEIKING

(dipetik dari FB - Musli Oli)

Pertanyaan seorang kawan, dia pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Pahang "Saya minta pandangan saudara Musli sebagai seorang penulis buku dan penganalisis politik..bukan sebagai penyokong parti pembangkang. Soalan saya senang sahaja.

Kenapa Dato Rahman Dahlan boleh terus jadi menteri penuh?  Apa yang istimewa sangat dengan dia, sedangkan ramai lagi senior MP dari Sabah. Datuk Ghaffur, Bung, Ronald Kiandee, Jusli Ajirol. Malah Datuk Azizah Dun yang dilantik timbalan menteri lebih senior kerana pernah jadi MP Beaufort."

Suasana restoran Nagas KL agak meriah petang ini. Di sebelah meja, satu kumpulan sedang berdebat. Ada puak yang mempertahan Najib kekal sebagai presiden. Satu puak lagi mahu Najib dicabar kerana gagal seperti Pak Lah. Dua nama yang kerap disebut, Ku Li dan Tan Sri Muhyiddin. 

Sahabat saya, Zaharin Sang Kelembai tak ada petang ini. Kabarnya dia ke London bercuti. Jika dia ada tentu lebih hangat lagi sessi dewan petang ini. Penyokong-penyokong tegar Ku Li belum ada,  biasanya mereka akan berkumpul sekitar jam 5 petang.

"Dato Rahman Dahlan bukannya orang istimewa, tetapi orang yang bijak mengambil kesempatan yang tersedia depan matanya" Saya mulakan hujah.

Rahman dianggap gam atau pengerat hubungnan antara pemimpin  Sabah dan pemimpin Persekutuan.  Hubungannya rapat dengan Tan Sri Hishamuddin, KJ dan tentu sekali PM. Dalam masa yang sama, hubungan amat baik dengan Ketua Menteri Sabah. 

Rahman pernah jadi Ketua SETPOL Musa Aman. Di ketika Datuk Musa Aman dalam krisis, iaitu bila kepimpinannya dicabar,  Rahman sentiasa mendampinginya menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

"Dalam politik, loyalty amat penting Bro. Kita bijak mana pun, tapi kalau tak setia, ada saja cara untuk singkir kita" saya hujah.

Selepas PRU 2008, diketika BN dan UMNO gawat, Rahman Dahlan main peranan utama dalam BNBBC. Menjawab setiap serangan pembangkang, bukan saja dalam dewan rakyat, media perdana, malah begitu aktif melalui lama sosial. Sehingga ada yang gelar beliau sebagai menteri di Twitterjaya.

Dia pakar dalam marketting politik. Mungkin kerana pengalaman sebagai pelajar di Amerika Syarikat atau ada kaitan dengan kelulusannya. Saya tak pasti, tapi yang jelas dia berjaya buktikan bahawa dia boleh diberi tanggungjawab dalam mengurus krisis.

Perlantikannya sebagai Setiausaha Barisan Nasional Sabah adalah satu 'quantum leaps' dalam pendakian politik beliau.

Saya menghormati  Dato Rahman sebagai seorang pemimpin yang gentleman  kerana dia setuju untuk berdebat dengan saya di Kota Kinabalu. Kerana dia gentleman,  saya hadir dalam banyak program anjuran MP Kota Belud itu termasuk Majlis Perkawinan Beramai-ramai di Dewan Masyarakat Kota Belud beberapa minggu sebelum PRU. Saya hadir sebagai  rakyat biasa walaupun saya adalah anggota MPN parti PKR.

"Jadi, apakah Rahman Dahlan bakal Ketua Menteri Sabah?" Soalan itu tiba-tiba diajukan seorang kawan lagi.

"Saya rasa kemungkinan itu kita tidak boleh tolak. 5 tahun dari sekarang, Musa Aman dah melebihi 60 tahun. Begitu juga dengan Datuk Dr Salleh Said, Datuk Hajiji, Datuk Yahaya Husin, Datuk Masidi Manjun. Semua dah melebihi umur Rasulullah S.A.W pada PRU 14.."

Namun, saya rasakan Rahman perlu ada kedudukan dalam parti untuk memperkukuh kedudukannya dalam politik. Barangkali UMNO Tuaran akan memberi laluan kepada beliau bertanding sebgai Timbalan Ketua Bahagian. Terserah kepada Datuk Aliasgar Hj Basri.

Di pihak parti pembangkang pulak, kepimpinan yang bakal menerajui PKR saya rasa ialah YB Darrel Leiking......ikuti sambungan....

0 Response to "PEMIMPIN ORDE BARU - RAHMAN DAHLAN VS DARREL LEIKING"