ARTIKEL BARU

Rahman Dahlan sedia berdialog dengan Blogger Sabah isu royalti minyak



Ia bermula setelah pertemuan saya dengan Dato Abdul Rahman Dahlan di dewan rakyat bulan lalu. Saya bertemu dengan MP Kota Belud itu di ruang rihat kantin parlimen, kawasan merokok. Sepanjang sidang parlimen saya kerap bertemu dengan  MP dari Sabah di situ, terutama Datuk Marcus Majiggoh yang memang perokok tegar. Begitu juga dengan Datuk Jumat Idris, Datuk Bung Mokhtar. Sesekali MP Sipitang dan MP Tawau akan duduk di meja kami, walaupun kedua-dua mereka tidak merokok.
Suasana kemesraan begitu terasa bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari Sabah.

"Apa khabar presiden Republik Sabah?"
Rahman menghulur tangan pada saya. Dia bergurau tetapi gurauannya yang agak sinis.

"Kabar baik Dato".

Saya menjawab salamnya. Kemesraan masih ada walaupun pada satu ketika kami berlainan  parti politik.
Saya keluarkan senaskah buku Dilema Sabah yang telah di autograph dan menyerahkan padanya.

"Saya sudah baca sepintas lalu, kau bantai saya dalam buku ini!"

Agak tinggi suara menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan ini. Biasanya begitulah suara orang politik jika mau  sampaikan mesej, ' I am incharge not you'.

Saya cuma senyum dan ketawa. Saya tak heran. Saya lebih lama dalam Umno  dan faham karenah mereka. Suara lebih keras dari itu saya sudah biasa dengar dari Ku Nan* semasa saya jadi blogger Umno dulu. Suara Ku Nan lebih kasar dan garang tapi dia sayang orang-orang bawahnya.

"Ada bantaikah?" Suara saya pun tinggi.

Kami serentak ketawa.

"Dato belum baca sepenuhnya, sebenarnya saya cuba temubual Dato mengenai beberapa isu tapi tak sempat, jadi saya petik kenyataan Dato dalam akhbar. InsyAllah dalam buku seterusnya "Bukan Negeri Ke 12 dan ke 13" saya akan temubual Dato"

"Ok ok. Banyak perkara saya mau jelaskan terutama tentang royalti. We sit down, satu jam atau dua jam. Saya akan terangkan mengenai isu Petronas. Bila-bila boleh datang pejabat, di luar pun boleh, just call my number. Kalau sempat malam ni kita jumpa"

Perbualan kami berakhir di situ. Petangnya SUS Dato Rahman menghubungi saya memberitahu bossnya tidak dapat jumpa kerana ada function lain yang telah ditetapkan lebih awal.

Semalam saya hadir majlis rumah terbuka Dato Rahman di Taman Sulaman Kingfisher. Ada juga agak terkejut melihat kehadiran saya, almaklum ini  pertama kali saya hadir majlisnya selepas 4 atau 5 tahun. Dato Rahman agak sibuk bersalam dan bergambar dengan orang ramai serta melayan tetamu undangan, Duta Palestine.

Saya disambut Haji Zain Dahlan dan mempersila saya dan saudara Musram Rakunman, blogger "Apa Yang Tersirat" duduk di meja depan dan dihidangkan kari kambing BTC.

Ramai penyokong-penyokong rapat DARD gembira nampak saya, mereka datang ke meja dan bersalam.

"Selamat Hari Raya Ramoz"

Yakub Khan, timbalan Ketua Umno Sepanggar menghulur tangan bersalam. Ramoz adalah nama glamour saya semasa menuntut di SMK Menggatal. Ada juga dikalangan orang ramai terutama dari Kota Belud yang menunjukkan riak wajah kurang senang dengan kehadiran saya. Saya peduli apa dengan mereka. Saya hadir atas jemputan tuan rumah. Haji Zain Dahlan, abang Dato Rahman juga secara peribadi menjemput saya.

Bila sedikit tenang, Dato ambil tempat  duduk di sebelah kanan saya.

"Macam YB selebiriti pulak, semua mau bergambar" Saya bergurau.

Rahman tersenyum. Perbualan kami tersekat-sekat kerana ada yang datang bersalam dan mau bergambar. Namun sempat kami bersetuju supaya diadakan satu dialog dengan bloggers-blogger Sabah mengenai beberapa isu terutama tentang royalti minyak. Saya beritahu Dato Rahman, daripada menjelaskan kepada saya seorang, lebih baik penerangan diperluaskan kepada blogger-blogger lain yang kerap mempersoalkan isu royalti dan isu-isu berkaitan.

"Kita boleh adakan sebelum 31 Ogos ini" Saya beri cadangan.

"Ok saya setuju. Nanti kita bincang seterusnya"

Sekali lagi Rahman bangkit dari kerusi dan bergambar dengan orang ramai....

* Ku Nan - YBM Tengku Adnan Mansoor, Setiausaha Agung Umno dan MP Putrajaya



  

1 Response to "Rahman Dahlan sedia berdialog dengan Blogger Sabah isu royalti minyak"

Anonymous said...

Saya sokong 100% tuan Ramous jadi presiden Republik Sabah.... siyen lagi amun niak jomo samah