ARTIKEL BARU

Sembang Khamis: Kita dapat apa? orang lain apa dapat?

Menulis artikel ekonomi lebih sukar daripada artikel politik. Ekonomi adalah subjek yang bersifat teknikal. Ada teori dan hukumnya. Tidak boleh semata-mata berpandukan kepada andaian, hipotesis, pendapat, persepsi seperti ulasan politik. Menulis ekonomi ada guideline tertentu seperti penggunaan istilah yang agak teknikal. Jika seorang penulis yang TIDAK mempunyai latar belakang ilmu ekonomi dan perniagaan tetapi cuba mengulas tentang ekonomi sudah pasti akan pecah tembelang.

Saya pernah membaca artikel ekonomi daripada penulis yang letak (Dr) awalan namanya . Mendakwa dirinya lulusan doktor falsafah iaitu Phd dalam bidang ekonomi. Pada mulanya saya percaya. Tetapi setelah membaca tulisannya, nyatalah kertas Phd itu dibeli atau sijil palsu. Di Malaysia, banyak kes jual sijil palsu.

Saya terpanggil menulis tentang ekonomi kerana seorang KP dari Sabah meminta saya memberi komen dalam blog saya mengenai isu DEB dan liberalisasi (Maaf komen itu terpadam secara tidak sengaja, tolong komen dalam blog saya selepas ini). Pagi tadi KP UMNO itu juga menghantar sms minta saya beri komen mengenai kenyataan Dato Mukriz mengenai DEB.

Melalui sms saya jawab begini: Dalam konsep 1Malaysia, DEB yang telah tamat (1972-1990) tidak seharusnya dijadikan isu pemimpin politik untuk mendapat political mileage kerana DEB telah digantikan dengan DPN setelah dasar itu tamat pada 1990. Soal DEB baru atau lama tidak harus timbul dalam usaha kerajaan menjayakan slogan 1Malaysia. Sebijaknya, apa juga dasar kerajaan untuk membantu golongan bumiputera tidak perlu didendangkan. Jika ramai bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan mencapai matlamat asal DEB, maka kita katakan pencapaian itu kerana merit dan kebolehan bumiputera, bukan kerana dasar kerajaan.

Diketika dunia dilanda krisis ekonomi, semua negara, semua bangsa, bukan hanya Malaysia dan bangsa Melayu dan bumiputera yang menghadapi masalah. Di Malaysia, rakyat yang lainnya juga parah. Ada yang bertungkus lumus mencari kekayaan bertahun-tahun, tiba-tiba kekayaan itu hilang sekelip mata. Ada yang tertipu oleh orang-orang seperti Madoff (Pak Man Telo moden kata Tun Mahathir) di Amerka Syarikat. Ada yang terpaksa menjadi GRO dan pelacur setelah syarikat dan kilang-kilang tutup di China dan Negara-negara Asia yang lain. Ada yang membunuh diri di Jepun.

Wajarkah dalam situasi seperti ini, kita dan pemimpin kita pulak bercakap soal bangsa kita sahaja? Tidakkah kelak slogan 1Malaysia itu menjadi bahan kritikan? Fikir-fikirkanlah.

0 Response to "Sembang Khamis: Kita dapat apa? orang lain apa dapat?"