ARTIKEL BARU

Sembang-sembang Ahad

"When the enemy's language is fierce and threatens to attack, he is looking for a way out" SunTzu

Dato Najib tentu sekali telah mempunyai idea, perancangan dan pendekatan untuk memulihkan keyakinan rakyat umum terhadap parti UMNO, BN dan kerajaan. Dalam tempuh sesingkat 2 tahun, barangkali idea dan perancangan itu berkesan dan mengembalikan sokongan rakyat. Tetapi persoalan pokoknya, apakah akan berlaku jika ianya gagal seperti dalam 4 PRK yang lalu?

"lebih banyak perancangan lebih banyak peluang untuk menang, lebih sedikit perancangan, sedikit peluang kemenangan. Bagaimana jika langsung tiada perancangan?" (pemikiran Sun Tzu)

Hari ini saya terbaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO yang baru Ahmad Maslan dalam (NST 26hb April) akan menggunakan cyberspace untuk menarik pengundi muda. Saya tidak kenal Ahmad Maslan tetapi setiap kali jumpa di kantin parlimen, dia sering mengatakan dirinya seorang pelajar bijak semasa kat U, tak silap UITM. Dapat dean's list dapat 4 flat dan macam-macam lagilah. Dia selalu memulakan hujah dengan "aku" atau "saya" yang the best, terbaik dan lain-lain seumpamanya. Sekarang masanya Ahmad Maslan buktikan dia yang terbaik on the job at the right time.

Ahmad Maslan perlu kita sokong dalam kerjanya memberi penerangan kepada rakyat. Harus diingat yang menjadi sasaran bukan hanya golongan muda tetapi juga golongan lain yang Nampak melihat UMNO secara sinis. Melihat setiap perubahan itu dengan presepsi negative.

  1. Golongan muda (termasuk mahasiswa)
  2. Penghuni Bandar (termasuk pekerja kilang, peniaga kecil)
  3. Golongan terpelajar dan professional(termasuk kakitangan kerajaan, GLC dan swasta)
  4. Guru-guru (termasuk guru-guru agama)
  5. Kakitangan kerajaan(semua gred)
  6. Bagaimana meyakinkan semula golongan ini untuk menyokong UMNO dan kerajaan yang memerintah? Adakah jalan keluar kepada mereka? Atau kita serang dan kepung, akhirnya tanpa pilihan mereka akan terus menyerang kita secara sungguh-sungguh? Fikir-fikirkanlah.

(bersambung esok)

0 Response to "Sembang-sembang Ahad"