ARTIKEL BARU

NIK AZIZ HALANGAN UTAMA PERPADUAN MELAYU!





Tun Mahathir: Nik Aziz sepatutnya telah berundur kerana gagal membangunkan negeri Kelantan.







Pemimpin yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ialah Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang. Antara pemimpin PAS yang menyokong cadangan itu termasuk Timbalan Presidennya, Nasarudin Mat Isa dan Salahudin Ayub. Tetapi gara-gara TG Nik Aziz, idea kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan sebaliknya idea itu dijadikan senjata Nik Aziz menyerang UMNO.

Tun Mahathir dalam akhbar The Star hari ini berkata, Nik Aziz adalah antara sebab utama negeri Kelantan jauh ketinggalan dari segi pembangunan. Katanya, MB Kelantan itu harus menerima hakikat tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku di negara lain, pemimpin seperti beliau telah meletakkan jawatan.

Kenyataan Tun Mahathir itu ekoran daripada desakan dari MP Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali yang meminta Nik Aziz berundur kerana gagal membangun negeri Kelantan. Tun Mahathir setuju dengan Ibrahim Ali dan menurutnya negara perlu pemimpin yang neutral seperti Ibrahim Ali mengkritik sesiapa sahaja, kerajaan atau pembangkang demi kebaikan negara.

Hakikatnya kepimpinan PAS hari ini dah bercelaru kerana seorang tokoh yang bernama TG Nik Aziz. Beliau ingin tunjuk hebat bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Rakyat sekarang sudah faham politik PAS ekoran isu kerajaan perpaduan yang parti PAS sendiri ilhamkan. fikir-fikirkanlah...

1 Response to "NIK AZIZ HALANGAN UTAMA PERPADUAN MELAYU!"

SUARA RAKYAT said...

Jangan lupa Anwar juga peghalang prpaduan Melayu. Nik Aziz lebih condong kepada asal-usul Kelantan.