ARTIKEL BARU

PARTI PERKAUMAN Vs PARTI BERBILANG KAUM - SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA


Datuk Harris Salleh pernah mengetuai parti berbilang kaum BERJAYA (diilhamkan Tun Razak) negeri Sabah dari 1976 hingga 1985




Anwar Ibrahim adalah pemimpin Melayu kedua selepas Dato Onn Jaafar yang memperkenalkan konsep parti politik berbilang kaum di negara ini. Sebelum Parti Keadilan Rakyat, telah ada parti-parti politik yang berlandaskan perjuangan berbilang kaum seperti DAP, GERAKAN, PPP.

Disamping itu terdapat parti politik pimpinan Melayu seperti PRM pimpinan Syed Husin Ali, tetapi parti itu kecil yang kemudiannya bergabung dengan Parti KeAdilan pada Ogos 2003, dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Berbeza dengan Dato Onn Jaafar, konsep berbilang kaum yang dipelopori Anwar sejak 1999 telah berjaya mendapat sokongan pada PRU12 Mac lepas. Ternyata konsep berbilang kaum diterima baik rakyat bukan Melayu. Ini dilihat daripada kemerosotan sokongan parti komponen MCA yang tewas 25 kerusi daripada 40 yang ditandingi parti itu. MIC tewas 6 daripada 9 kerusi dan GERAKAN hanya dapat pertahan 2 daripada 12 kerusi.

Ketara daripada keputusan PRU 12, kaum Cina dan India menyokong konsep parti berbilang kaum pimpinan Melayu kerana kaum itu melihat peluang mendapat hak sama rata dengan orang Melayu. Hanya dalam PKR sahaja kaum-kaum itu mendapat peluang hak kesemarataan. Ini tidak berlaku dalam MCA,GERAKAN, MIC dan tentu sekali tidak dalam UMNO.

Parti GERAKAN dan PPP sungguhpun konsepnya parti berbilang kaum tetapi tidak berusaha menarik masyarakat Melayu menyertai parti itu kerana menjaga hubungan baik dengan UMNO.

Ternyata parti pembangkang DAP yang didominasi kaum Cina telah menghargai sokongan kaum India dengan melantik Prof Dr P Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, memilih Speaker DUN Perak dari kaum India dan memilih pemimpin HINDRAFF yang pada ketika itu berada dalam tahanan ISA sebagai calonnya di Selangor.

PKR terutama sekali memberi peluang yang banyak kepada kaum India sebagai calon pada PRU12, sehingga parti itu mendapat jolokan Parti Keling Ramai (PKR). Dalam Dewan Rakyat hari ini PKR diwakili 3 Ahli Parlimen berbangsa India. Serta bilangan yang ramai menjadi ADUN.

Menjelang PRU13, BN dijangka akan terus mempertahankan konsep perkauman menentang konsep berbilang kaum Pakatan Rakyat. Walaupun ada cadangan daripada presiden PPP, Datuk M. Kayveas supaya BN menjadi sebuah parti politik berbilang kaum, namun bukan mudah untuk UMNO, MCA dan MIC menghapuskan imej perkaumnannya yang ternyata teruji sebagai konsep yang mencapai kejayaan sejak merdeka. Kemerosotan sokongan dalam satu pilihan raya bukan asas yang kukuh mengatakan konsep BN gagal dan tidak mendapat sokongan rakyat.

Sambung esok: dipetik dari buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU, Musli Oli, Februari 2008

3 Responses to "PARTI PERKAUMAN Vs PARTI BERBILANG KAUM - SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA"

SUARA RAKYAT said...

Kekangan konsep parti perkauman adalah cerdik pandai. Cerdik pandai dalam naluri mereka, tiada yang paling pandai adalah mereka. Dunia blog misalnya propaganda dibawa dan dikupas oleh cerdik pandai. Apakah UBN punya kaedah agar cerdik pandai ini mengubah haluan mereka kepada konsep parti perkauman.

aura said...

Konsep parti berbilangan kaum seperti anutan Anwar Ibrahim adalah merugikan Melayu.Apa bedza idea Singapura bergabung dengan Malaysia.

Mathematician said...

Mengapa hingga kini PR tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah, tetapi terus menerus memerintah sebagai sebuah pakatan haram?