ARTIKEL BARU

BERKHIDMAT JANGAN BERBUDI

Gambar Najib bersalam dengan seorang pekerja lori di kawasan Briekfield amat menyentuh perasaan saya sebagai rakyat negara ini. Apakah Najib akan memenuhi kriteria yang dikehendaki rakyat Malaysia dan memulihkan imej UMNO, BN dan kerajaan? Apakah wawasannya, konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan akan memulihkan keyakinan rakyat? Atau mungkinkah parti UMNO yang diketuai Najib sudah terlalu parah sehingga apa juga perubahan, rakyat menerimanya secara kritikal dan sinis?

Sebagai sebuah parti politik, UMNO tidak boleh terasing daripada persekitarannya. Perubahan persekitan telah memberi kesan kepada parti itu. Baik kesan yang positif mahupun gejala negative seperti mengutamakan kebendaan, wang ringgit, kontrak, projek dan lesen. UMNO akhirnya menerima kesan yang buruk. Kehadiran parti pembangkang yang kuat dan dan pemimpin-pemimpinnya yang bijak manipulasikan kelemahan UMNO, maka bertambah parahlah keadaan UMNO.

Sikap rakyat rakyat hari ini berbeza dengan rakyat dulu. Rakyat sekarang terutama golongan muda yang lahir selepas Mei 1969 melihat bahawa apa juga yang diterima adalah hak mereka atau atas kelayakan mereka sendiri dan menjadi kewajipan pemimpin UMNO dan kerajaan membantu mereka. Prinsip terhutang budi tidak lagi ada. Jika ada sekalipun ingatan sudah pendek. Dato Seri Najib pernah berkata dalam politik jangan mengharap sangat kepada budi orang. Kalau kita mengharap kita akan kecewa.

Politik of patronage yang menjadi amalan UMNO menjadi akar umbi masalah. Bila ada jawatan kita dikerumuni tetapi bila tiada jawatan kita tidak lagi dikerumuni. Penyokong seperti langau yang bijak. Tidak ada ikatan sokongan dan perjuangan itu kerana soal ideology atau idealism tidak penting dalam perjuangan. Politik of patronage inilah telah menjadi akar tunjang politik orang Melayu. Jika kita berbudi kita akan mendapat sokongan. Tetapi hari ini sampai kepada peringkat berbudi sekalipun mereka tidak lagi memberi sokongan malah mencemuh kita.

Perlu diakui bangsa Melayu terutamanya masih memerlukan pemimpin yang berjawatan untuk mendapat peluang perniagaan, lesen, pinjaman dan sebagainya. Tetapi jika membantu bangsa sendiri tidak perlu satu dunia nak didendangkan.

Perpecahan orang Melayu khususnya antara UMNO dan PKR bukan kerana idologi dan idealime tetapi kerana ada kumpulan yang kecewa kerana tidak mendapat sesuatu. Barangkali dalam konteks PAS dan Melayu yang menyokong DAP jelas sekali mereka dipandu dan dipengaruhi idealism parti yang mereka sokong. Tetapi dalam konteks PKR adalah perpecahan untuk mendapatkan kuasa semata-mata, bukan soal ideology. Bukan soal alternative. Fikir-fikirkanlah

2 Responses to "BERKHIDMAT JANGAN BERBUDI"

SABAHKITA said...

Berkhidmat mengharap balasan, berbudi mengharap pahala. Kalo berkhidmat dan berbudi sekaligus ada advanrage pokoknya ikhlas.

Salam Perjuangan.

Unknown said...

maksudnya "advantages" bukan "advanrage". Ok understood. simple typing error bro.