ARTIKEL BARU

HEBAT ANWAR:GAJI SERINGGIT TAPI ISTIHAR PERANG!


Ada satu kisah yang menarik perhatian saya sepanjang minggu ini. Jumaat lepas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor dengan gaji nominal RM1.00 sebulan.

Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar juga pernah diiktiraf sebagai antara Menteri Kewangan Asia yang terbaik pada ketika itu. Berapa gaji Menteri Kewangan? Dalam lingkungan RM12-18K.

Tetapi ramai juga tertanya-tanya, kenapa kerajaan Selangor tawar gaji seringgit sahaja sebulan kepada Anwar Ibrahim? Mungkin elaun lebih dari RM10K untuk mengelak daripada income tax. Apa yang menarik perhatian ialah sebaik sahaja dilantik penasihat dengan gaji seringgit, Anwar tiba-tiba pula bersemangat istihar perang menentang UMNO dan BN di Selangor.

Takkan dengan gaji seringgit sebulan, anwar boleh tiba-tiba begitu bersemangat?

14 Responses to "HEBAT ANWAR:GAJI SERINGGIT TAPI ISTIHAR PERANG!"

CCZ said...

A'kum sdra musli..RM1 tu gaji kat Malaysia saja..kat luar lagi lumayan..Bukankah Anwar sudah ada satu kerusi di White House? Baru-baru ni pun dalam blog Kumbang,Anwar salah seorang penceramah antarabangsa sekali dengan rakan-rakan karibnya. Itu pun dah dapat berpuluh ribu sekali cakap..

Anonymous said...

Salam MO!
You must really hate Dato' Sri Anwar, to come up with this provocation. Or you are an UMNO lover. You sounded like an UMNO. Because only a real UMNO can think the way you do. Twisting every little thing. I am sure he has the right to accept or decline any compensation offered to him. Be it a dollar or 12K. Maybe in UMNO, everything must be accompanied by dollar sign. That's why you question Anwar's motive, because you love MR. DOLLAR BIN RINGGIT. That's UMNO way of living, not in PKR. Pemimpin UMNO sudah sesat oleh RM.
Danika, Kota Belud

Senjaliza said...

Salam Adik Musli,

Itu bagus lagi dapat RM1.00. Tapi dia berhabis-habisan mempertahankan selangor dan istyihar Perang Ngan Najib FOR FREE..

Rasanya siapapun jadi PM pasti DSAT tentang habis-habisan. Belum tentu pula siapa yang habis!!

YANG GAMBI said...

Salam bro, memang pun gaji RM1, tetapi Yahudi saport banyak mana untuk hampuskan kuasa Melayu Islam.....

Anonymous said...

Dear Danika,
Naper Anwar tak leh dikomen atau dikritik..
Naper sesapa komen dikatakan benci bebenau atau UMNO lover.

takkan ko ni Anwar Lover lak..and don't tell me Anwar and his cronies, allies, and your good self, do not like money very much.

btw..apa hal lak jadi penasihat ekonomi terus declare perang ngan UMNO dan BN..

Anwar..penasihat ekonomi je ma, bukan suruh jadi penasihat perang.

Anonymous said...

Amende le singgit tu, dapat dari luar lagi manyak.

jojo said...

Ypu pay peanut..you get monkey...You pay RM 1..you get ANwar....

Anwar tu dah menipu masa election yang lepas...Itu kali terakhir saya vote PKR....coz hanya orang bodoh tertipu dua kali...Anwar u can lie to me once only but you can keep continue lie to PKR supporters,,,..

Hah..hah...old Man TDM will make you in hot seat....ANWAR LIAR

musli oli said...

salam dan terima kasih kepada rakan2 yang telah yg beri komen.

Saya beritahu danika saya tidak pernah bernci Anwar Ibrahim. saya masih sanjung kehebatan beliau dalam dunia politik. tidak pernah beri komen negatif mengenai hal-hal peribadi Anwar.

pada saya penilaian politik bukan kepada pelaku atau pemain tetapi kepimpinan dan kebolehan.

semuga terus memberi respon dan kita terus dapat berinterkasi.

salam MO

watasikadi said...

salam uncle, gaji rm 1 mungkin menjimatkan kos pentadbiran. ramai bagi komen anwar banyak sumber lain, so tak payah tamak lah nak minta gaji lagi. menunjukkan DSAI tidak tamak. kalo orang UMNO mesti mau lebih dari 18k disamping rasuah berjuta-juta. isytihar perang kepada UMNO atas kapasiti sebagai pemimpin pembangang. pada saya perkara biasa dalam politik. cuba kita lihat ianya dalam konteks berbeza, bukan kerana seringgit DSAI isytihar perang tetapi kerana beliau pemimpin PR.

Anonymous said...

apa khabar kekawan,

Janganlah gaduh pasal menteri2 ni. Baru minggu ni Anwar dan Najib sembang2 sambil pekena teh tarik. Kita sini, berSamurai lidah. Ada baiknya kita bincang yg positif. Yg negatif tu akan timbul satu masa nanti.

Roslan,

Anonymous said...

RM1 pun dijadikan isu oleh mana-mana pihak yang tidak menyenangi kelibat DSAI. Ditambah pula ada orang yang terus menerus menuduh beliau sebagai pelobi amerika, agen yahudi, pengkhianat bangsa. Akhbar NSTP pun diarahkan oleh mahkamah tinggi untuk membayar gantirugi RM100,000 atas penerbitan artikel yang berbaur fitnah. fikir-fikirkan lah.

Anonymous said...

Komisyen kapal selam yang penuh dengan seribu satu makna kalau dibandingkan dengan RM1 itu. Yang mana lebih hebat, renung-renungkanlah.Satu undi RM50 ditolak dengan RM10(Gaji kroni2 )= RM40 pun hebat juga ka?. dulu2 punya ceritalh..

BulanMengembang

Anonymous said...

RM1 VS RM10Juta-Isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang rm10j 'melanggar undang undang ke luar negara.maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008.

BulanMengembang

DAHPENCEN said...

GAJI SERINGGIT
DIBAWAH PARAS KEMISKINAN !!!

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KWSP
PERKESO
JABATAN BUROH
CUPEC dll

JANGANLAH MENDIAMKAN DIRI...!!!