Soalan diatas ditanya seorang rakan wartawan kepada saya. Jawapan saya mudah.
"Jika itu soalannya, rakyat Sabah sebenarnya tidak berhakpun untuk menjadi ahli UMNO!. Apalagi untuk menjadi pemimpin tertinggi orang Melayu!"
Dia agak terkejut dengan jawapan saya.
"Sejarah UMNO ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Saudara kena faham sikap dan budaya orang Melayu. Bangsa Melayu mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Jepun. Yang membezakan Melayu dengan bangsa Jepun ialah, bangsa Jepun tidak pernah dijajah bangsa asing. Bangsa Melayu tidak mudah menerima bangsa-bangsa lain yang tidak sama budaya dan agama dengan mereka. Apalagi untuk memilih menjadi pemimpin mereka."
Pemimpin Melayu yang menubuhkan UMNO pada tahun 1946 tidak pernah terfikir parti itu keluar dari Tanah Melayu sehingga merentasi Laut China Selatan. Falsafah dan perlembagaan UMNO adalah khusus untuk kepentingan politik bangsa Melayu. Sungguhpun beberapa kali perlembagaan di pinda namun prinsip dan falsafah parti itu kekal seperti matlamat asalnya, mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan agama Islam.
Jika ada bangsa asing menjadi pemimpin dikalangan orang Melayu, mereka mesti setia pada raja Melayu, bersikap seperti orang Melayu dan beragama Islam. Bangsa Arab, India dan Pakistan yang berhijrah awal diterima dengan baik kerana mereka datang sebagai pendakwah dan penyibar syiar Islam.
Bukankah pada tahun 1961,Tun Mustapha pernah mencadangkan UMNO masuk ke Sabah? Sedangkan matlamat Tun Mustapha adalah untuk menyatukan orang-orang bumiputera Islam menyokong penubuhan Gagasan Malaysia. Tetapi bila Tunku Abdul Rahman bawa cadangan itu, ia mendapat tentangan keras daripada seluruh anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Begitulah sikap orang Melayu. Hakikatnya UMNO adalah pertubuhan khusus untuk bangsa Melayu dan Islam. Berbeza dengan Semenanjung, di Sabah, bangsa-bangsa bumiputera tidak semua beragama Islam.
Setelah 22 tahun berada di bumi Sabah, UMNO Sabah yang ketiga terbesar selepas Johor dan Perak. Keahliannya bukan sahaja dikalangan bumiputera Islam tetapi juga bumiputera bukan Islam. Kemasukan UMNO ke Sabah barangkali sedikit sebanyak mengubah sikap dan sentimen bangsa Melayu dalam UMNO.
Pada pemilihan tahun 2008, buat pertama kali dalam sejarah, seorang pemimpin Sabah telah terpilih sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO.
"Kenapa Shafie Apdal boleh menang pada 2008 sedangkan Datuk Osu sebagai Ketua Menteri kalah pada pemilihan 2000? Bukankah itu bukti Shafie, pemimpin yang berpengaruh." Soalan kawan itu. Soalan itu dia sendiri menjawapnya.
Saya tidak nafikan Shafie Apdal berpengaruh di Semenanjung.Dia telah lama berkhidmat sebagai setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri penuh peringkat Persekutuan. Kebetulan isteri dia pula berasal dari Kedah.
"Pada pemilihan 2008, saya adalah perwakilan 7 dari Kota Belud. Saya turut berkempen untuk Shafie Apdal. Sentimen perwakilan dari Semenanjung pada ketika itu ialah memberi satu tempat kepada pemimpin Sabah kerana Sabah dan Sarawak telah selamatkan ketuanan Melayu pada PRU 2008!." Saya menghujah.
"Pendapat tuan MO saya terima, jika demikian, saya fikir pada 2008, yang layak bertanding sebagai naib presiden ialah Ketua Perhubungan UMNO Sabah. Tapi kenapa Musa tanding MKT saja?"
Soalan kawan itu saya tidak jawap.
Senario pemilihan kali ini tidak sama seperti 2008. Walaupun kerusi BN merosot pada PRU 2013, tetapi sokongan orang Melayu kepada UMNO di Semenanjung sedikit pulih. Kedah dan Perak telah berjaya di tawan semula daripada PR. Sudah tentu sentimen perwakilan UMNO tahun 2008 dan 2013 juga berbeza. .
Persoalannya sekarang kenapa ada cadangan dari pemimpin UMNO dari Sabah untuk mencalonkan Datuk Musa Aman sebagai naib presiden? Apakah imej Shafie Apdal tidak mewakili Sabah?
Jawapannya esok......
4 Responses to "VP UMNO - SIAPA LEBIH BERHAK MEWAKILI SABAH?"
haha...supaya anak mahathir dpt bertanding sebagai naib presedin dpt dpt menang antara 3 tempat tersebut..musa aman tidak kuat dan ini adalah percubaan pertama musa aman dan sudah tentu kalah dan anak mahathir ada harapan boleh menang jika musa aman bertanding...
zahid hamidi,hishamuddin,shafie afdal adalah penyadang..dan ada kekuaatan sendiri..dan jika anak mahathir bertanding sudah tentu kalah...serta mahathir pernah menunjukkan sikap tidak suka shafie afdal dlm perhimpunan umno lepas dan dpt dilihat ditv semasa siaran lansung...
Musa aman adalah macai mahathir dan menyokong mahathir untuk cantas shafie afdal...mahathir akan porak perandakan umno...tungguuuu
Setelah 2 thn komen saudara Anonymous di siarkan... terbukti kebenaranya pada tahun ini
Setelah 2 thn konen Anonymous di siarkan, skrg terbukti kebenaranya.
Setelah 2 thn komen saudara Anonymous di siarkan... terbukti kebenaranya pada tahun ini
Post a Comment