ARTIKEL BARU

KEMBARA SAYA DALAM PKR BERAKHIR HARI INI



Hari ini saya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti PKR yang saya sertai secara tidak rasmi pada November 2011. Saya kata tidak rasmi kerana saya tidak pernah menjadi ahli PKR. Namun perlantikan sebagai Timbalan Ketua Penerangan Negeri dan anggota MPN Sabah oleh Pengerusi MPN Encik Thamrin Hj Zaini, mengesahkan status saya sebagai ahli PKR

Saya sertai PKR kerana isu politik negeri Sabah. Faktor yang menarik saya adalah  BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011. Buku Jingga merupakan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah untuk mengembalikan beberapa perkara yang saya anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.


Namun kepincangan PKR mula terserlah menjelang PRU 13. Pucuk pimpinan Pusat tidak menghormati pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan dilantik diperingkat negeri. PKR Sabah dipaksa akur terhadap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Kuala Lumpur sehingga berlaku krisis semasa pemilihan calun dan beberapa orang anggota MPN Sabah merangkap anggota MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang telah lama berjuang seperti Hj Ansari Abdullah disingkirkan. Enam orang ketua cabang yang tidak disenaraikan juga keluar parti.

Saya tidak pernah melobi untuk jadi calun dalam PRU. Saya juga tidak berminat untuk menjadi ketua cabang walaupun saya ditawarkan Datuk James Ghani (Setiausaha Perhubungan MPN) untuk memangku jawatan itu setelah ketua cabang Kota Belud keluar parti.

Semasa berlangsung kempen, PKR Sabah seperti anak ayam kehilangan ibu. PKR tidak ada general perang dan  tiada command center diperingkat negeri. Ibu pejabat PKR di Penampang sentiasa kosong. Pengerusi MPN, Thamrin Zaini bertanding di Sandakan, manakala Setiausaha, Dr Roland Chia bertanding di DUN Inananm. Masing-masing membawa jentera dari ibupejabat. 


Di satu kumpulan lain, Datuk Lajim Ukin dengan kumpulan PPPS dan Datuk Wilfred Bumburing dengan kumpulan APS. Jentera pilihan raya di setiap kawasan bercelaru kerana masalah jentera yang tidak teratur akibat masalah logistik dan kewangan.

Pengalaman pilihan raya dalam PKR merupakan satu pengalaman yang amat pahit. Terutama bila berhadapan dengan para penyokong yang serba kekurangan dan berjuang dengan berbekalkan semangat semata-mata. Bila saya imbas kembali, menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamatkan pengembaraan saya dalam PKR. Yang jelas, PKR dipenuhi pemimpin-pemimpin kecewa dan keras hati sehingga tidak ada sifat "kepedulian" jauh sekali sifat kasih sayang dan prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.


Saya masih dengan prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga, namun saya mengambil pendekatan perundingan bukan secara konfrantasi. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat. Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada  20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy.

Saya belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi saya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu. Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi.

Sekian dan terima kasih.

6 Responses to "KEMBARA SAYA DALAM PKR BERAKHIR HARI INI"

Anonymous said...

Bagus tuan tersedar dr terus hanyut bersama anwar...kehebatan anwar berucap mmg tdk dinafikan tp syg tak seiring dgn tindakannya...beliau berjaya menanamkan benci dlm jiwa anak muda pd umn bn tp apa yg dia ckpkan buruk pada umno bn itulah sebenarnya yg dia buat dlm hidupnya...kroni, nepotisme sukar utk nembuktikan anwar xmelakukannya...janjinya mmg manis tp tunai atau tidak itu xpenting yg penting berjanji asalkan dpt undi...itulah pemimpin kaguman anak muda skrg....harap tuan dpt perbetulkan persepsi ini memandangkan tuan lg memahami pimpinan pkr berbanding org lain...konfrontasi mmg kesukaan anwar tp pernahkah terpikir berapa lamakah anwar berada dijalanan bersama mereka yg merperjuangkannya...tunjuk muka sekejap slps tu lari ntah kemana...itulah kehebatannya...

Anonymous said...

Salam pak.
Tahniah setinggi-tingginya atas keputusan yang dibuat. Saya cukup terharu(biru) apabila bapak membuat keputusan menyertai PKR dahulu. Saya dapat merasakan ia keputusan yang silap. Tetapi kerana menghormati keputusan bapak dan meyakini bapak lebih tahu apa yang bapa buat, saya memilih untuk mendiamkan diri.

Sekarang saya terharu lagi (tanpa biru) dgn keputusan bapak meninggalkan PKR. Sebagai penulis barangkali ada baiknya bapak tidak terjebak dengan politik kepartian. Dalam keadaan di mana nilai perunding luar lebih tinggi drp orang dalam, maka ada baiknya jangan masuk ke dalam...hehe.

Apa-apa pun terserah pada kebijaksanaan bapak.

Wassalam

Kawan Lama

The World of Islam said...

syabas , moh tinggalkan anwar! Pohon tuan pautkan blog ini www.myhomesoil.blogspot.com

Unknown said...

terima kasih Pak Adi....ada masa kita berjumpa di KL. Saya akan kekal bebas sebagai non partisan writer..

Anonymous said...

Pak,

Sedang ternanti-nanti posting tentang snap election...

*pls check inbox FB bapak.


Kawan Lama

Unknown said...

Salam Saudara.... mengapa tidak terus berjuang bersama USNO... USNO masih ada lagi hari ini yang di pimpin oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha... Jangan katakan USNO tidak lagi releven.. ia bergantung kepada bagaimana ahli-ahlinya membentuk corak kepimpinan untuk menempuh politik hari ini... yang mustahak adalah roh dan semangat perjuangan parti itu yang tidak boleh dipadam sampai bila-bila selagi negeri ini masih bernama SABAH... kita harus ingat, tidak pernah wujud SABAH tanpa USNO kecuali digantikan dengan nama NORTH BORNEO atau nama lain... SELAMAT MEMBERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH...