ARTIKEL BARU

Kelantan lebih miskin dari Sabah? BOHONG KERING NAJIB TERBONGKAR DALAM WACANAN MUSLI VS DARD - PART 2



Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia, walaupun fakta sebenar cuba dinafikan Dato Sri Najib Razak. Dalam lawatannya ke Lahad Datu merasmikan projek POIC bulan Mei tahun lalu, Najib mengatakan Kelantan lebih miskin dari Sabah.

Kenapa seorang Perdana menteri harus membohongi rakyatnya?

Berikut adalah statistik rasmi kerajaan Malaysia untuk sama-sama kita sebagai rakyat buat penilaian:

Insiden Kemiskinan mengikut Etnik, Strata dan Negeri 1970 -2009

Pada tahun 2009 kadar kemiskinan negeri-negeri Malaysia seperti berikut:

Johor 1.9%, Kedah 5.3%, Kelantan 4.8%, Melaka 0.5%, NSembilan 0.7%, Pahang 2.1%, Penang 1.2%, Perak 3.5%, 6.0%, Selangor 0.7%, Terengganu 4.0%, Sarawak 5.3% dan Sabah 19.2%.

Pada tahun 1976 kadar kemiskinan Sabah 58.3%  dan kadar kemiskinan negeri  Kelantan 67%, Kedah 61%, Terengganu 60.3%, Perlis 59.8%.

Bila BN memerintah negeri Sabah pada 1995 setelah PBS hilang majority dalam DUN Sabah, kadar kemiskinan negeri itu 22.6%. Setelah 18 tahun, pada 2009, kerajaan BN hanya mampu turunkan 3.4% kadar kemiskinan. Tetapi dalam tempuh sama kerajaan Kelantan mampu turunkan kadar kemiskinan  22.9% pada tahun 1995 4.8% pada 2009. Kerajaan PAS Kelantan berjaya mengurangkan sebanyak 18.1%!!

Adakah kerajaan BN Sabah atau Kerajaan PAS Kelantan  lebih cekap mengurus negeri dan mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya? Jawapannya tentu sekali kerajaan Kelantan lebih bijak mengurus kekayaan negeri walaupun Sabah mempunyai sumber bumi yang lebih banyak dari Kelantan.

KEMISKINAN TEGAR

Data kemiskinan tegar adalah seperti berikut:

Insiden kemiskinan tegar mengikut etnik, strata dan negeri Malaysia 1984-2009

Pada tahun 2009 statistik seperti berikut:

Johor 0.1%, kedah 0.8%, Kelantan 1.0%, Melaka 0.1%, NS 0.1%, Pahang 0.3%, Penang, 0.1%,Perak 0.3%, Perlis 0.8%, Selangor 0.1%, Terengganu 0.5%, Sarawak 1%, Sabah 4.7%.

NAJIB BOHONG KERING DI SABAH

Sekali lagi saya buat perbandingan Sabah dan Kelantan. Pada tahun 1995 kadar miskin tegar di Sabah 4.9% hanya turun 0.2% selepas 18 tahun pemeritahan BN kepada 4.7% pada tahun 2009. Kelantan pada 1995 kadar miskin tegar 7.4%, pada tahun 2009 kadar tersebut turun kepada 1.0% iaitu pengurangan 6.4%.

Kerajaan PAS sekali membuktikan pengurusan adalah  lebih berbanding kerajaan BN di Sabah!
Tahun 2010 Bajet negeri Sabah menyediakan peruntukan RM4 bilion. Tahun ini meningkat kepada  4.088 bilion. Malangnya  kadar kemiskinan Sabah masih juga tidak banyak berubah. Kadar  Pengangguran pada 5.2% adalah tertinggi dalam negara.

Walau bajet sebanyak 4 bilion selama 4 tahun berturut- turut masih juga negeri yang mengalami insiden kemiskinan tertinggi di negara ini. Rakyat Sabah terutama rakyat luar bandar masih tidak mendapat bekalan air bersih sejak 49 tahun merdeka dalam Malaysia. Kemudahan infra terutama jalan raya juga begitu daif.

Bersambung…

2 Responses to "Kelantan lebih miskin dari Sabah? BOHONG KERING NAJIB TERBONGKAR DALAM WACANAN MUSLI VS DARD - PART 2"

Orang Kota Bharu said...

Di kelantan, tidak adil untuk mengatakan pengurangan kemiskinan tegar disebabkan pengurusan kerajaan PAS yang bagus.

Ada dua punca, pertama adalah mentaliti anak kelantan sendiri yang suka bekerja di negeri lain, termasuklah ibu negara dan sabah sarawak. Mereka inilah yang diharapkan dapat menyumbang kepada ibubapa mereka di kampung, dan mengumpul modal untuk perniagaan kecil-kecilan di kampung, seperti kedai mesin fotostat, catering.

Orang Kota Bharu said...

Gaji di kelantan relatifnya tidak lumayan. Pembantu kedai baju di Bachok gaji asasnya RM300, ditambah beberapa komisen maka dapatlah RM500 sebulan. Gaji guru tadika, mahukan diploma tapi bergaji RM700. Saya tidak tahu berapa gaji di sabah, tapi kelebihan di kelantan adalah lebih 'accessible' dengan bandar KL, Shah Alam, JB atau Kuantan yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.