DR SSK |
Selamat bersua kembali di blog Sekali Ketuk. Agak lama saya berbulan madu, menghilangkan diri dari blogging. Pada mulanya saya sedikit sibuk siapkan buku "Dari Stephens ke Musa. Cabaran 13 KM Sabah" yang terbit pada Mei lalu. Buku yang mendapat sambutan baik bukan sahaja dari pembaca di Sabah tetapi juga peminat-peminat saya di Semenanjung yang ingin tahu sejarah politik Sabah.
Selepas itu mulai malas menulis, lebih tertumpu menulis dalam laman sosial seperti FB dan twitter kerana boleh terus menulis status walau sedang memandu atau duduk di kedai kopi. Berbeza dengan menulis blog yang perlu lebih perhatian terhadap perkataan dan ayat yang sesuai, menulis di laman sosial boleh belasah apa yang terlintas di otak.
Daripada pengalaman saya itu, membuat saya bersetuju dengan cadangan menteri Komunikasi yang baru untuk mengkaji semula dan meminda Akta Komunikasi kerana ternyata pengguna laman sosial boleh menulis atau berkongsi apa sahaja maklumat dan berita yang diterima tanpa berfikir panjang soal kesahihan dan kebenaran berita yang disiar atau disebarkan kepada umum. Acapkali berita itu tidak benar.
Saya difahamkan pindaan yang dicadangkan menteri itu bukan menutup internet atau laman sosial tapi membuat satu peraturan supaya kemudahan dunia tanpa sempadan tidak disalah guna golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menyebar maklumat salah termasuk fitnah yang boleh menjejaskan negara. Soal bagaimana pindaan itu dilakukan, terpulang kepada kebijaksanaan pembuat dasar.
Seronok untuk kembali. Saya bercadang menulis lebih banyak mengenai isu-isu sosial dan mengurangkan komentar politik yang terlalu sensitif kerana negara ini masih dibelenggui politik partisan. Terlalu sukar untuk menyatakan sesuatu tanpa menyentuh kepentingan pihak yang berkentingan. Sebaiknya saya menulis mengenai isu-isu kepentingan rakyat, isu sosial dan kemasyarakatan dari kaca mata saya sendiri.
1 Response to "Sekali Ketuk Diaktifkan !"
Pinda saja akta tu. Tiap pesalah cyber kena MENDERMA wang ke akaun bank Najib atau akaun Menteri Komunikasi. Tidak salahkan perbuatan menderma wang kepada mereka. Sudah disahkan oleh SPRM. Banakah niak?
Post a Comment