SIAPA MYSTERY MAN DIBELAKANG Coup d'etat YANG GAGAL?
Coup d'etat merujuk kepada percubaan menggulingkan atau mengambil-alih kuasa kerajaan yang sedang memerintah. Secara spesifik, istilah coup d'etat merujuk kepada kumpulan kecil dalam kerajaan yang mungkin terdiri daripada beberapa orang pemimpin kanan kerajaan, pegawai tentera atau paramilitari cuba mengambil-alih kuasa politik daripada rejim yang sedia. Daripada pengalaman negara-negara lain, coup d'etat yang gagal biasanya akan membawa kepada kekacauan dan mungkin perang saudara akan berlaku. Paling banyak percubaan coup d'etat berlaku di Afrika Barat dan Thailand.
Apakah memang ada percubaan coup d'etat terhadap kerajaan Najib sebelum dia bertindak cepat untuk menghalangnya? Apakah deraf charge terhadap Najib yang disiarkan Sarawak Report satu bukti bahawa percubaan itu benar-benar berlaku? Apakah Tan Sri Muhiddin terlibat dalam konspirasi coup d'etat itu? Apakah empat ketua agensi kerajaan yang sedang menyiasat kes 2.6 bilion turut main peranan? Apakah ada kaitannya dengan perlantikan Peguam Negara yang baru?
Pemerhati boleh membuat dua andaian. Pertama, Muhyiddin tidak tahu dan tidak terlibat langsung. Ucapannya di Janda Baik dan di Cheras, semata-mata melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan parti dan negara berikutan isu 1MDB yang semakin kronik. Teguran dilakukan dengan niat ikhlas kerana parti dan kerajaan BN bukan dengan niat menjatuhkan perdana menteri.
Muhyiddin orang lama dalam Umno dan kerajaan. Dia cukup berpengalaman dengan sepak terajang politik Umno. Politik adalah "power game". If you live by the swords, you will die by the swords. Dia juga bijak dalam percaturan politik sehingga dia berada dalam kedudukannya, dengan sentiasa memilih team yang menang. Takkan Muhyiddin tidak tahu apa yang berlaku kepada tiga timbalan presiden Umno sebelumnya? Takkan Muhyiddin tidak tahu, kuasa prerogatif PM yang boleh melucutkan jawatannya dalam kabinet setelah PM telah mencabarnya letak jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan PM dan kabinet?
Saya turut menyambut Muhyiddin balik dari Australia selepas Najib memberi kata dua kepada anggota kabinetnya. Puluhan pemberita yang menunggu sejak tengah hari di KLIA sehingga jam 9 malam kecewa bila Muhyiddin tidak memberi sebarang kenyataan walau dikejar dari pintu keluar VVIP. Kereta yang membawanya meninggalkan pemberita dan orang ramai terpinga-pinga.
Muhyiddin tidak mempunyai karakter dan kebolehan seperti Anwar Ibrahim yang boleh menggerakkan mass protest. Dia sedar dia tidak mempunyai support base yang kuat dalam Umno dan rakyat secara umum. Jika Muhyiddin bercita-cita ingin menjadi PM, dia mesti memilih cara lain bukan dengan mencabar Najib dalam pemilihan parti. Sebab itu Muhyiddin tidak membantah keputusan MKT menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan walaupun dalam kenyataan awalnya dia mencadangkan agar pemilihan jangan ditunda.
Kenapa tiba-tiba Muhyiddin membuat kritikan terbuka terhadap kerajaan dan pimpinan Najib sewaktu merasmikan Persidangan Umno Cheras, jika benar dia tidak tahu percubaan coup d'etat?.
Lalu kembali ditanya, benarkah Muhyiddin tidak terlibat dalam percubaan menjatuhkan Najib? Ya barangkali Muhyiddin tidak terlibat tetapi dia mungkin tahu dan dia adalah orang yang berkepentingan jika ia berlaku.
Daripada ucapannya di Cheras, Muhyiddin bukan sahaja mengkritik isu 1MDB tetapi juga secara tidak langsung menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap tindakan kerajaan menggantung The Edge dan juga serangan-serangan dan kritikan keatas bekas PM, Tun Mahathir. Kenapa Muhyiddin membela Tun Mahathir ketika Tun Mahathir mengkritik Najib?
Nada ucapan Muhyiddin di Cheras begitu yakin dan berani sehingga saya menulis status di FB dan Twitter, "semboyan perang sudah berbunyi" sebaik sahaja ucapannya tersiar dalam media.
Isu yang saya ingin saya kongsi bukan percubaan coup d'etat yang gagal tetapi siapakah "mystery man" or woman yang telah berjaya meyakinkan Muhyiddin sehingga dia begitu komited untuk terus mengkritik ketuanya ketika ia lemah menangani isu 1MDB secara terbuka, jika tidak ada agenda tersembunyi?
Orang yang saya keluarkan daripada senarai mystery man ialah Tun Mahathir. Saya tidak nampak Tun Mahathir boleh meyakinkan Muhyiddin atau Shafie Apdal untuk menentang Najib. Siapakah gerangannya?
0 Response to "SIAPA MYSTERY MAN DIBELAKANG Coup d'etat YANG GAGAL?"
Post a Comment