Obama
Tengah hari tadi, Dr Kassim Kapiting dan Aziz Hamid makan satay kajang dengan saya di Medan MARA bersebelahan dengan kompleks Pertama. Setiap kali berada di sini saya teringat sahabat saya, Jamawi Jaafar yang pernah bekerja sebagai Pegawai Khas MARA. Setiap kali saya makan satay akan sms dia. Jika kebetulan ada, dia akan turun dan ikut makan dan sembang-sembang. Sekarang Ketua Penerangan Pemuda Umno itu tidak lagi bertugas di sini setelah Datuk Shafie Apdal digugurkan dari kabinet.
Begitulah nasib orang politik di negara kita. Tidak tahu bila akan hilang jawatan. Sebelum itu, saya merayau dan meninjau bangunan milik GLC bumiputera yang kelihatan moden dan cantik itu. Bangunan yang terletak di tengah-tengah business centre, dilengkapi kemudahan terkini dengan lif see through seperti bangunan KLCC. Escalator dibina hingga tingkat 5. Masih banyak ruang kosong. Suasana suram dan sunyi. Tidak sibuk seperti kompleks milik bangsa asing seperti SOGO, Sunway Putra Mall atau KLCC. Ketika berada ditingkat 5, terdapat beberapa kedai kain dan kedai borong dan sebuah pusat urut kaki.
"Boleh urut kaki?"
"Kami tidak urut kaki lelaki" Jawap dua pekerja wanita bertudung.
"Abang datang petang sikit, baru ada tukang urut lelaki".
Hmmm patutpun sunyi, bisik hati saya. Kalau takut halal haram janganlah berniaga kedai urut..
"Berapa harga satay ni?" Aziz tanya.
"80 sen" Jawap Dr Kassim sambil mengunyah secucuk satay perut.
"Dulu berapa harganya?" Tanya Aziz yang berasal dari Semporna. Dia pernah meninggalkan negara selama 27 tahun di Ohio, Amerika Syarikat.
"Dulu 30 sen saja satu cucuk" Saya dan Dr Kassim menjawap serentak.
"almost 200% increase" Kata Aziz dengan bahasa Inggeris slang Amerikanya.
Aziz yang saya panggil Obama adalah antara kawan yang punya karakter dan perwatakan yang menarik. Bijak berhujah dan mengupas isu-isu politik daripada perspektif yang berbeza daripada orang lain. Sikap terbukanya menyebabkan dia mudah didekati dan walaupun kadang-kadang ayatnya agak blunt dan direct. Tapi begitulah tabii orang Amerika.
Bayangkan berapa banyak pembangunan kita boleh buat dengan duit 42 bilion. Saya monolog. Tun Mahathir buat macam-macam dengan jumlah yang kurang dari 42 bilion. LRT, monorail, KLCC, Putrajaya, KLIA.
"Tidak juga Bro. 42 bilion sekarang tidak sama dengan 42 bilion dulu. Tenguklah harga satay ni. dulu 30 sen, sekarang 80 sen."
Saya ketawa mendengar jawapan Aziz. Dia penyokong tegar DS Najib dan Umno. Tapi bukan penyokong membuta. Jawapannya spontan dan bersahaja tetapi hujah yang make sense. Tidak ramai orang Umno yang boleh berhujah seperti Obama. Dia tidak pernah emosi menjawap hujah walaupun diserang pendapatnya. Dia kerap bersetuju dulu baru kemudiannya memberi rasional kenapa dia tidak bersetuju.
Begitulah dengan politik negara kita. Banyak isu-isu politik yang kita ingin dan cuba melihat dari sudut benar dan salahnya. Tetapi politik bukan tentang siapa benar dan siapa salah. Tetapi apa yang orang percaya. Dalam demokrasi, yang benar itu siapa yang menang dan berkuasa. Jika majoriti rakyat percaya sesuatu yang tidak benar atau bohong, maka menanglah pihak yang menjaja pembohongan. Umno perlu lebih ramai orang seperti Obama dalam negara ini kerana bijak memberi hujah yang meyakinkan..
1 Response to "BOHONG MENANG JIKA MAJORITI PERCAYA!"
Kalau lah kita berbaik sangka. dan duit sebayak itu dibahagikan ke semua bahagian. alangkah cantik nya.dibelanja kan serentak kepada tujuan meraih kepercayaan semula kepada UMNO.. ape cite nya.... apa akan jadi....
Post a Comment