ARTIKEL BARU

MANEK URAI-GAJAH VS GAJAH, PELANDUK MATI DITENGAH...

"bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati keesokan harinya"
Sekarang jam 3.30 pagi, terjaga dari tidur. 19 miscalled dari kawan-kawan. Apa nak buat dah letih sangat. Mungkin makan sup gearbox siang tadi, mengkibatkan kolesterol naik sehingga saya pening. Dah terlelap dalam kereta tapi nyamuk pula nyanyi di telinga.

Saya menunggu Wak Din dari KL. Pusing satu Kota Bharu mencari tempat tidur murah. Malangnya semua hotel 2 dan 3 bintang penuh. Hotel Renaissance dan Riverview, jangan sebut, setakat duduk lobi bolehlah. Itupun orang lain bayar the tarik.

Dah miskin buatlah cara orang miskin. Kalau malam tadi tumpang bilik Erman Jr. Malam ni sewa bilik budget hotel. Ada katil dan tempat mandi saja. Sabun dan air minuman kena bawa sendiri. Erman Jr pun missed called 9 kali. Mungkin risau kerana saya tak jawap. Sorilah beb, saya dah ‘hilang’ sekejap. letih sangat.

Kira-kira jam 4 petang Sabtu, saya dan kereta sewa Wira ke kampong Laloh. Jalan raya sesak. Macam satu pesta pilihan raya Manek Urai ni. Hampir setiap tepi jalan ada jual air tebu, air kelapa, air tuak, dan bermacam jenis buah-buahan. Terasa dahaga, saya singgah di satu gerai jual kelapa. Kebetulan di gerai itu ada 3 orang pemuda dari Sabah yang terdengar saya bertanya “dimana markas orang Sabah?”.

Mereka ajak saya melawat rumah Sabah. Rumah sewa kecil sahaja, satu ruang tamu, satu bilik dan dapur. Rumah tanpa syiling. Terasa wap panas matahari dan semerbak pula dengan bau durian. Menurut Hasim, pegawai bertugas (mantan setiusaha kerja Pemuda Umno Sabah), setiap kali melawat rumah pengundi, mereka diberi makan atau hadiah durian.

Saya juga sempat berbual dengan Dengan Datuk Kadzim Yahaya. Saya dimaklumkan jumlah pengundi Kg Laloh, 1665 orang pemilih. Peluang BN? Beliau hanya tersenyum. Sebenarnya bukan senang hendak menduga hati dan perasaan pengundi Manek Urai.

Kebanyakan pekerja luar termasuk dari Sabah dan negeri-negeri lain hanya sebagai pembantu dan pekerja. Tugas utama adalah kepada pemimpin tempatan. Merekalah yang mengetuai kempen dari rumah ke rumah. Bahasa orang kampong ini pun bukan senang kita nak faham.

Melihat keadaan kampong-kampung di Manek Urai, dan perbualan dengan orang kampong yang saya sempat saya temui di satu gerai, mereka kata mereka menjadi mangsa politik. Penduduk mahukan perubahan dan tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Tetapi dalam masa yang sama mereka menerima nasib seperti “Pelanduk” ditengah-tengah gajah yang sedang bergaduh.

“Tapi kenapa orang kampong tidak mahu berubah?” saya ajukan soalan dengan Pak Cik yang banyak termenung dari bercakap. “Nak berubah lagu mano?, kito pangkah dacing, mereka undi bule!. Yang orang mudo datang sini marah kita pangkah BN. Kato Umno musuh isleh (Umno musuh Islam)”

Saya terdiam dengan jawapan Pak Cik tu. Saya dapat kesimpulan, orang miskin di Manek Urai sebenarnya mahu keluar dari putaran ganas kemiskinan tetapi apabila isu-isu agama disensasikan maka mereka tunduk dan akur. Barangkali inilah ketentuan Illahi terhadap nasib mereka.

Banyak yang perlu diperjelaskan. Saya nak cakap banyak saya pun miskin juga.

8 Responses to "MANEK URAI-GAJAH VS GAJAH, PELANDUK MATI DITENGAH..."

abd naddin said...

Syabas.Inilah jenis laporan yang paling saya minati. Seolah-olah membaca tulisan karim raslan. saya rasa tulisan denakan boleh dibukukan sebagai rakaman sosial masyarakat kita.kalau balik sabah, jangan lupa beli serunding daging.sabah sukar nak dapat.

budakkualalumpur2 said...

Sdr kata sdr pakar ekonomi. Patitnya sdar ulas tahap kemiskinan rakyat Kelantan selama PAS perintah 20 tahun lalu. Bukan soal manis atau pahit, atau soal lalt hijau atau biru.Yang penting sebagai orang Sbah sdr menulis tahap kemiskinan Kelantan sama tahapnya dengan kemiskinan yang berlaku di luar bandar di Sabah. Justifikasi apa yang sdr gunapakai?

Unknown said...

salam budak kualalumpur, saya tak pernah mendakwa sebagai pakar ekonomi, namun begitu dalam paparan berikut saya akan tulis tentang kemiskinan di kelantan. saya hanya tulis berdasar pandangan mata saya. mata tak bohong, statistik boloeh bohong.

kpd sdra nadin, kalau jumpa serunding insyallah saya akan belikan.

yeh @ idris said...

kat kelate & manek urai sebenarnye dah ade oghe kampong kate dia PSB ... parti sendirian berhad sebab dah tokleh caye denge pas... nafsu demo dah beso...

Senjaliza said...

Adik Musli; Makan "gearbok" kancil kee?. Sebenarnya membantu membentras kimiskinan bukannya dengan menggunakan wang ringgit. Terkadang bantuan wang ringgit sekaligus membantu "memiskinkan" rakyat. Seorang penerima anugerah emas UN khidmat masyarakat juga berkata demikian. Kalo tak percaya berilah wang RM10,000.00 kepada orang yang "miskin". Lepas itu temuilah dia selepas 2 bulan. Apakah dia berjaya membuka rantai kemiskinan yang merantainya dan keluarganya. Paling-paling TV 12 in jadi 36 in. Peti sejuk satu pintu bertukar jadi 3 pintu dan ASRO full channel menggantikan TV1, TV2,TV3, TV7, (TV Pas tak dapatlah pasal ada kat internet sahaja. Paling kurang beli motorsikal dan mungkin beli Kancil atau Viva. Lepas 4 bulan, miskin balik.

Pentingnya orang miskin membantu membasmi "kemiskinan" ialah kerana mereka tak menghulur wang. Mereka memberi idea dan perencanaan untuk membuka rantai kemiskinan. Bila idea dan perencanaan dapat dijayakan maka kunci kepada rantai kemiskinan itu dapat berfungsi mengikut lunas-lunas "ikhlas". Sedangkan pemberian $$$$$$ pada hakikatnya tidak memiliki semua itu. Kemiskinan rakyat kebanyakannya "Kemiskinan relatif" yang sukar dirungkai dengan subsidi dan wang tunai. Mereka hanya akan berjaya bila mereka sendiri "diupayakan" membuka rantai kemiskinan yg merantai mereka sendiri, BUKAN dengan menggunakan wang dari saku/sampul surat/tangan dsb orang lain.

Mudah-mudahan tiada di antara kita dan para sahabat memiliki kemiskinan minda. Sukar diubati.

Senjaliza said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Di Berita Online, gambar calon BN dan PAS duduk bercerita dan minum air kelapa. wajarkah pengikut masing-masing berkempen memburuk-burukkan calon????????? Ada kah ini berlaku di Manek Urai?

feeza said...

Penulis mungkin miskin material tapi kaya dengan pertimbangan dan idea.