ARTIKEL BARU

TAHNIAH ABE UJI! TAHNIAH UMNO!



Adios Manek Urai. Tahniah kepada semua yang memeriahkan demokrasi…

Gambar: Dato Hj Rauf, Suk UMNO.

Selasa, jam 10.30pagi saya bertolak dari Destiny Hotel, saya dan Wak Din masing-masing ada kereta. Mulanya, cadang memandu ke KL sebelum jam 6am, mengelak kesesakan lalu lintas. Tapi lambat bangun. Di Kelantan, pilihan raya seperti festival. Mereka membawa satu keluarga keluar mengundi sambil membeli belah. Tambahan pula kerajaan negeri Kelantan umum cuti peristiwa sempena PRK Manek Urai.

Tak jauh dari budget hotel tempat saya menginap ada dua buah kedai emas. Tertulis “Kedai Emas Daud Yusof” dan Kedai Emas “Wan Hussin Wan Omar”. Pastinya nama Melayu kerana ejaannya “Daud” bukan “Dawood”. Dan hanya orang Melayu sahaja menggunakan nama “Wan”.

Di Kota Kinabalu, saya tidak pernah jumpa kedai emas milik orang Melayu atau bumiputra. Begitu juga di Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain. Barangkali bandar Tawau yang ramai penduduk Bugis ada kedai emas milik Melayu. Saya kurang pasti.

Tetapi di Kota Bharu hampir semua perniagaan yang biasanya dimonopoli kaum Tionghua, juga dimiliki orang Melayu. Timbul rasa bangga saya melihat kejayaan orang Melayu Kelantan.

Melayu Kelantan memang tersohor dengan kebolehan mereka berniaga. Di Kuala Lumpur dan Bandar-bandar besar lain, kebanyak peniaga yang berjaya adalah dari Kelantan. Hakikatnya lebih ramai orang Melayu Kelantan yang berjaya di luar negeri Kelantan daripada yang menetap di negeri itu.

Selepas 15 minit perjalanan ke Manek Urai, jalan mulai sesak. Untuk sampai ke Bandar Kuala Krai lebih satu jam. Masuk sahaja kawasan pilihan raya, keadaan semakin teruk. Ada ketikanya kenderaan tak bergerak langsung. Kereta yang membawa bendera PAS semakin banyak. Saya terpegun melihat kanak-kanak dalam lingkungan umur 6-11 tahun juga mengibar bendera PAS di tepi jalan.

Selepas hampir 3 jam terseksa di jalan raya, saya sampai kampong Peria, kawasan kubu dan markas parti PAS. Bila turunkan cermin kereta, kedengaran jeritan “Hidup, Hidup,..Hidup Isleh… (Islam). Saya tergamam seketika. Apakah BN musuh Islam? Para penyokong PAS tidak pun ambil pusing kehadiran sekumpulan FRU diseberang jalan.

Kira-kira 3jam setengah saya sampai ke Command Center BN. Pujian seharusnya diberikan kepada BN, soal kalah dan menang itu adat demokrasi.BN telah melakukan yang terbaik. Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin, Tok Pa, Ahmad Maslan, Tengku Adnan dan commanding figure SUK UMNO, Dato Rauf yang begitu effektif mengendalikan Command Center BN.

Kepada semua petugas BN, tahniah! Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri kesungguhan saudara-saudari untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

Kepada calon PAS saya juga ucap tahniah. Saya dapat sms dari anak saya “pemborong ikan menang nyawa-nyawa ikan”. Saya tiba Kuala lumpur kira-kira jam 8.50pm selepas 11 jam dari Kota Bharu. Malam tadi terlalu letih menulis. Adios Manek Urai. Satu pengalaman yang banyak mengajar saya tentang politik dan sentimen agama.

4 Responses to "TAHNIAH ABE UJI! TAHNIAH UMNO!"

Anonymous said...

salam untuk saudara musli

terasa nostalgia tika baca catatan dari kelantan

bukan apa rasa bangga dgn bangsa melayu di kelantan masih saya terasa walaupun dah hampir setahun saya menjejak kaki di kelantan, walaupun begitu singkat perjalanan waktu itu tapi rasanya bagai masih ada lagi tika ini

kenapa tidaknya bila melihat bangsa melayu boleh buat segalnya dan kita boleh lihat hanya di kelantan berbandingkan dengan negeri-negeri lain, walaupun dlm arena politik semacam tidak seindah mana

waktu di kelantan seolah-olah saya berada di kampung sendiri, tdk takut dgn ragut, tdk takut dgn putar alam dan tdk tkut dgn resepi makanan walau makan dimana saja

berbanding di sabah kita selalu dengar (kepala kucing atau seluar dalam )tersimpan dalam periuk sup

dan untuk BN tahniah kerana merasa menang walaupun dalam kekalahan dan pada PAS, gitulah dunia dan semacam merasa kalah dalam kemenangan

rojokobog said...

Salam semua,
Walaupun majoriti PAS 65 saja, mereka anggap itu adalah tanggungjawap yg telah diamanahkan oleh pengundi Manek Urai, bagi BN ia adalah satu detik permulaan yg baik untuk menawan Kelantan pada PRU akan dtg, apakah pengundi2 kelantan akan bersepakat utk membuat perubahan dari segi pembangunan demi masa depan anak bangsa mereka sendiri, semuanua ini terletak ditangan para pengundi org2 Kelate...BN harus kota kan janji di Manek Urai jika ingin melangkau lebih jauh lagi kedalam politik org2 Kelate, BN tidak mungkir janji, lihat di Manek Urai mereka telah kotakan janji mereka, jambatan. jalanraya.kilang2 dibina, peluang pekerjaan diberi kpd anak tempatan..itu kata2 yang akan kedengaran satu hari nanti bila tiba PRU khususnya di Negeri si siti wan kembang...betapa manusia itu boleh berfikir seluas-luasnya, bukan nya seperti binatang yang hanya tahu makan dan tidur...apakah org2 Kelantan tidak boleh berfikir dgn lebih matang bila mereka nampak dgn kepala mereka sendiri yang harus pembangunan telah melanggar kampong. desa pekan dan bandar......
Pengalaman mengatasi segala-galanya.

DEPU-DEPU said...

Salam sdr Musli..

terima kasih kerana turut berkongsi pengalaman dgn kami di Sabah ni terutama semasa pilhanraya manik urai di kelantan..

Memang benar apa yg sdr katakan itu..kejayaan orang melayu di kelantan sepatutnyamjadi inspirasi kepada kita di sabah ni untuk maju dlm lapangan perniagan..saya juga pernah ke kelantan tapi sudah lama tahun 1998 lagi..ertinya sudah 10 tahun..dan saya juga mengakui bahawa tauke emas di kelantan adalah orang melayu..Di Tawau ni biarpun banyakorang bugis..tetapi majoriti tauke emas masih lagi orang cina..

Satu yg sdr lupa barangkali catitkan tentang negeri cik siti wan kembang ini..iaitu di kota bahru tidak ada anjing liar yg berkeliaran....Di Kota kinabalu ni...masyallah!..macam haiwan ternakan!

Wassalam..semoga sdr sukses dlm perjalanan.

SAMBAL BELACAN said...

Salam...

Sdra Musli sila baca komen saya di blog Si Rengit...