ARTIKEL BARU

PEMIMPIN UMNO TAK TAHU AYAT "TERIMA KASIH"-SANG KELEMBAI



Kenapa Sang Kelembai tak menulis lagi?

Gambar: Sang kelembai. Blogger pertama dipecat dari UMNO di zaman Pak Lah. Sebenarnya, Zaharin di pecat dua kali dari UMNO tapi telah diterima semula.
“Apasal Blog Sang Kelembai sunyi sekarang? Tak ada balun?” Tanya Dato Mohd Nazri Aziz secara berseloroh kepada Zaharin Mohd Yasin. “Dah masuk UMNO Cif, nak tulis apa lagi” saya mencelah.

Zaharin atau lebih popular dengan nama blognya Sang Kelembai seperti biasa senyum dan bangun “perjuangan dah selesai Cif. Saya terlibat menjatuhkan kerajaan Dollah Bodowi. Nak balun apa lagi” katanya sambil tergelak besar. Gelak Sang Kelembai adalah trade mark beliau. Kalau dia tergelak di parlimen, orang yang minum di Mall pun tahu itu gelak Sang kelembai.

Perbualan diatas berlaku beberapa minggu lepas dalam ruang rihat MP di dewan Parlimen. Siang tadi bila saya minum dengan Zaharin di Seri Pacific Hotel. secara serius saya bertanya kepada Zaharin kenapa tak update blog.
“Musli, aku nak bagi tau engkau, bangsa UMNO ini bangsa yang tak tahu mengenang budi. Pernah kah menteri UMNO, pegawai-pegawai dia atau sesiapa sahaja yang hantar sms atau telepon engkau kata TERIMA KASIH selepas engkau menulis membantu UMNO?”

“You bukan blogger elit. Mereka tenguk orang. You pergi Manek Urai siapa peduli?. Mereka tak tenguk engkau. Menteri ni ingat mereka dah hebat. Mereka dah kaya. Mereka bukan ada niat nak membantu. Kita kena kejar meminta dari mereka. Kita pula kena samun mereka selepas mereka dah menyamun negara! Kita dianggap pencacai yang terpaksa terhegeh-hegeh nak minta tolong. Tapi mereka? Mereka tak akan berubah”

Saya agak tergamam dengan ayat Zaharin. Tetapi memang ada kebenarannya. “Di Indonesia, 3 hari sebelum hari membuang undi PEMILU Presiden SBY panggil semua blogger. Mereka dihormati. Di sini, siapa mustahakkan blogger macam kita?” Tegas Zaharin.
Petangnya sewaktu dengan seorang lagi rakan blogger Zabidi Hj Saidi (memo belakang)Sang Kelembai mengulangi kata-kata diatas. Fikir-fikirkanlah.....

3 Responses to "PEMIMPIN UMNO TAK TAHU AYAT "TERIMA KASIH"-SANG KELEMBAI"

rojokobog said...

Salam 1 m'sia utk semua..
siapa yg tak kenal sang kelembai mulut celupar, semua org termasuk penipu,pembohong,penyanyak,pembelit, putar alam, dan segala kerengkung urat manusia pasti akan kenal Zahrin bibir tebal, bila bercakap air liur tersembur...ketua bhg, ketua pemuda, ketua puteri, timbalan ketua bhg,naib-naib bhg akan kenang Zahrain bila dia dipecat dahulu dan akan datang, kecelupara mulutnya mengalahkan perempuan,,,saya masih ingat sang kelembai kena tampar di Hyatt hotek KK sebeb mulut tak ada insuran..

Unknown said...

terima kasih rojokobog..rojokobog adalah dalam bahasa Bajau. dalam bahasa Melayu maksudnya Raja Keluang atau Kelawar.

Bangsa Yahudi 3 juta mati bukan setakat ditampar kerana mempertahankan maruah bangsa mereka. Bangsa Jepun juga 2 juta mati dalam perang dunia kedua. 9 juta bangsa eropah mati dalam 2 perang dunia.

jadi kalau setakat ditampar disepak terajang perkara biasa dalam perjuangan. Saya juga pernah dipukul mempertahankan bangsa saya, kerana ada orang yang kalah berhujah menggunakan "kekerasan" untuk menangkan dirinya.

terima kasih atas komen sdra rojo kobog..Maha Kaya Tuhan menjadi manusia berbagai sifat, ada yang celupar, pendiam, pemarah dll. terpulanglah kepada umatnya untuk mencari sahabat bukan mencari musuh..

Seliu Liu said...

Terkenang nasib rakyat Usukan, anak sulung Umno Sabah yang tidak lagi dihormati dan disegani.