SPRM bukan alat UMNO dan seharusnya sokong siasatan diraja kematian Teoh...
Saya melihat isu kematian Teoh Beng Hock yang terbunuh dalam kawasan pejabat SPRM menjadi isu politik perkauman kerana pemimpin UMNO kurang bijak menangani isu tersebut. Sepatutnya UMNO sebagai entity parti politik mestilah melihat isu itu sebagai sebuah parti politik bukan sebagai entity kerajaan yang memerintah.
Jika UMNO terasa janggal menyokong parti DAP atau Pakatan Rakyat, barangkali tidak janggal jika pemimpin UMNO menyokong cadangan parti-parti komponen BN supaya diadakan siasatan diraja menyiasat punca kematian setiusaha politik DAP itu.
Sebaliknya, jika pemimpin UMNO mengambil sikap memihak kepada SPRM, seolah-olah tindakan seperti itu mengiyakan presepsi rakyat bahawa SPRM adalah bekerja untuk UMNO.
Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya dilihat lebih membela Teoh dan keluarganya daripada parti-parti politik lain termasuk DAP. Soal dia adalah anggota DAP adalah soal kedua. Soal dia bukan Melayu tidak timbul. Pokoknya, dia terbunuh dalam suasana yang boleh menjejaskan kredibilit kerajaan pimpinan Dato Seri Najib. Dan DS Najib adalah presiden UMNO.
Tak salah jika UMNO juga anjurkan tunjuk perasaan menuntut keadilan terhadap Teoh. Tidak salah jika UMNO menyokong karpal Singh yang mahu saman SPRM. Tidak salah jika pemimpin UMNO dilihat mempertahan kebenaran dan keadilan sejagat, menjadi champion kepada semua rakyat bukan membela pauk-puaknya sahaja.
Persepsi rakyat ialah SPRM hanya mengadakan siasatan terhadap YB dari kaum Cina dan hanya di negeri pembangkang. Kenapa tidak serentak siasatan diadakan di semua negeri? Kenapa YB Dato Khir Toyo tidak disiasat dan fail-fail atau laptopnya juga dirampas berikutan isu bungalow dan lain-lain? Kenapa YB-YB dari negeri-negeri lain tidak disiasat? Bukankah semua negeri ada SPRM?
Untuk menamatkan presepsi bahawa UMNO memihak kepada SPRM ialah dengan cara UMNO sendiri mendesak supaya polis mempercepatkan siasatan terhadap SPRM dan menyokong siasatan bebas. Fikir-fikirkanlah!

8 Responses to "UMNO TUNTUT KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK"
Asalam..
Memang benar, cuba kita buat "homework" berapa ramai pemimpin umno yang sudah jadi mangsa dera, semasa proses siasatan SPRM..
sebagai contoh; lapuran polis kes dera SPRM terhadap Sdra Halimi Kamaruzzman ahli UMNO dari Pahang, di awal tahun yang lalu..
sekian, terima kasih dan wasallam
SPRM baru saja setengah tahun dah timbul masalah yang tidak sepatutnya terjadi.
Tapi saya tidak menafikan kejadian ini adalah angkara pihak DAP sendiri. kerana bangunan SPRM sesiapa saja boleh masuk. Tidak mustahil utk mereka melakukan perbuatan tersebut. tidak perlulah saya menceritakan bagaimanakah kejadian itu mungkin berlaku sudah tentu Musli sendiri boleh fikirkan sendiri.
DAP atau pakatan rakyat seolah-olah tidak boleh ditegur langsung. Tercetusnya masalah dalaman parti serta merta mereka mengambil tindakan. Seperti yang terjadi pada Beng Hock inilah, bila arwah cuba menegakkan kebenaran, apa lagi DAP terus mengupah gangster utk membunuh beliau???
adalah mustahil arwah beng hock boleh jatuh sendiri dari tingkat 14 sedangkan beliau pada keesokan harinya akan mendirikan rumah tangga. Takkan BN plak nak bunuh dia sedangkan dia nak mendedahkan penyalahgunaan wang rakyat oleh pemimpin PR.
Bila beng hock dah meninggal.. DAP terus berlakon buat perhimpunan haram ke halal peduliklah.. motif perhimpunan adalah memburukkan SPRM dan BN .. sedangkan mereka cuba melindungi diri mereka.
Mainan politik PR .. terlalu mudah diduga.. cuma kita perlukan manusia yang benar2 jujur utk memperakui kesemuanya itu.
Salam Semua,
Bila kes kematian Teoh Beng Hock Supol DAP yang disiasat SPRM dan kebetulan ia terbunuh selepas siasatan dilakukan keatas gemulah, banyak pihak yang mengambil kesempatan diatas tragedi ini, samaada org perseorangan dan parti2 politik, bagaikan semut mengerumuni gula mereka lakukan...masing2 dgn hujahnya, sangkal-menyangkal, tuduh menuduh, mempertahankan benda yang belum ada kepastiannya...agaknya bila ada keputusan atas kematian Teoh nanti ianya didapati membunuh diri semua pihak akan berpeluk tubuh dan mendiamkan diri....Lu fikirlah sendiri.
UMNO dididik ikut peraturan dan undang2..bukan dididik, sikit2 demo.
Tapi..jika diikut trend sekarang ni, jalan ni ler yg sangat2 dialu2kan...sikit2 demo..sikit2 tunjuk perasaan..masing2 nak tunjuk garang dan berani.
Tapi..ini kah pembahuruan yg kita inginkan?..ini kah corak masyarakat yg kita inginkan? Ini kah kemajuan yg kita inginkan?
Adakah ngan demo ni nunjukkan kita ni brtindak? Tidakkah ini hanya main2 wayang saja..kita suka ke pempin2 yg suka main wayang..
Polis sedang buat siasatan..bior ler.
Jika polis dan SPRM just tutup case..ni baru ler bising.
Anyway, naper kita perlu brpihak ngan mereka yg hadapi siasatan? Naper PR nampak cam tak nak disiasat?
Kes2 brkaitan ngan UMNO dan BN..UMNO/BN pernah kah brkeras dan menghalang siasatan dijalankan? Pernahkah buat demo jika ada kesilapan dalam siasatan?
siasat
Saya sokong...
memang benar pemimpin BN dan UMNO juga disiasat SPRM. itu bukan isu yang saya ingin timbulkan. kes teo berbeza, kerana saksi itu terbunuh semasa diadakan siasatan dalam keadaan yg amat mencurigakan. saya tidak katakan "mesti" adakan demo atau tunjuk perasaan tapi jika itu yang dilakukan pihak parti pembangkang, janganlah UMNO mempersendakan usaha itu..
Salam sdra MO...
Saya hairan kenapa isu ini menjadi politik! Saya tidak tahu banyak pasal politik... tetapi kenapa tidak kita cuba bertenang!Kita seolah-olah menyediakan satu ruang utk berpolemik,tuding menuding jari...mewujudkan satu suasana tidak selesa!prejudis!...menghambur kenyataan yang bersifat tanda
tanya!!Serah sajalah pada POLIS!!
Kita tunggulah!kita lihatlah!Kalau UMNO dan SPRM ada sabitan dalam kes....maka Kerajaan kena bertanggungjawablah!Kalau tidak! Apa pula kata DAP dan pembangkang!!!Jangan pula api-apikan semangat perkauman!!
Post a Comment