Datuk Chin Su Phin
Semalam rakan-rakan minta saya komen kenyataan akhbar menggemparkan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) yang disiarkan dalam sebuah akhbar di Kota Kinabalu (Khamis). Dalam kenyataannya, Datuk Chin Su Phin berkata, ia sanggup berkerjasama dengan Umno tetapi tidak dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Umum melihat kenyataan akhbar Timbalan Presiden LDP itu sebagai kenyataan yang mencabar kewibawaan Ketua Menteri Sabah, atau ayat politiknya, “menempelak” pengerusi BN Sabah!! Chin Su Phin menegaskan, parti LDP tidak bermasalah dengan UMNO dan pimpinan negara, katanya,“Kami juga menyokong penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan visi 1Malaysianya”.
Apakah punca sebenar sehingga tercetusnya perang terbuka antara LDP dengan Musa Aman? Apakah impak politiknya kepada BN Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit dalam PRU akan datang?
Pada mulanya saya enggan memberi sebarang ulasan kerana saya tidak tahu apakah isu yang mencetuskan kenyataan akhbar itu. Sudah tentu saya bersikap tidak adil kepada pihak yang terlibat jika saya menulis berdasarkan andaian semata-mata walaupun saya tahu latar belakang persengkitaan antara bekas Presiden LDP Tan Sri Chong Kah Kiat dengan Musa Aman berhubung dengan isu Mazu.
Pada saya, tidak mungkin isu Mazu menjadi punca pertelingkahan kali ini. Saya jangkakan ada isu lain yang lebih mustahak. Barangkali ada isu yang mendesak dan membabitkan kepentingan rakyat Sabah sehingga tercetusnya kenyataan sedemekian. Tak mungkin isu Mazu lagi kerana TS Chong Kah Kiat telah bersara! Dalam masa yang sama mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan negeri Sabah.
Secara kebetulan malam ini saya berpeluang mendapat cerita sebenar daripada Datuk Rahman Dahlan, MP Kota Belud yang juga Setiusaha Barisan Nasional negeri Sabah.
Saya baru balik dari Chow Kit. Pada ketika itu Rahman, Azman (Ketua Pemuda UMNO Sabah) dan Mohd Joh (KP UMNO Sepanggar) sedang minum di coffe house. Di sebelah kawasan tidak merokok, kelihatan Datuk Musa Aman, Tan Sri Bernard Dompok dan beberapa orang lagi. Awal tadi, Musa host majlis berbuka puasa dengan pelajar-pelajar Sabah anjuran Yayasan Sabah.
“Okay, you can quote me on this” Kata Rahman, bila saya tanya mengenai kenyataan akhbar LDP. Menurutnya, LDP tidak diwakili Presidennya Datuk V.K Liew tetapi parti itu menghantar tiga wakil yang diketua Datuk Chin Su Phin.
"Mungkinkah ini pandangan peribadi Datuk Chin bukan LDP kerana V. K Liew berada di luar negara?" Saya minta kepastian. Menurut Rahman, dalam kenyataan akhbarnya, Timbalan Presiden itu berkata, mereka akan memaklumkan kepada Presiden LDP
“Mesyuarat BN Selasa lepas diadakan atas desakan parti-parti komponen BN berhubung dengan beberapa isu mendesak seperti isu PTI, isu pembahagian jawatan dan beberapa isu lain. Walaupun bulan puasa, kita adakan juga sebagai menghormati rakan-rakan kita dalam BN.”
Menurut Rahman, Datuk Musa berucap pendek sahaja, barangkali dua minit dengan mengalu-alu kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin BN Sabah. Beliau kemudiannya menjemput setiap ketua-ketua parti memberi pandangan.
“Datuk Chin Su Phin adalah orang pertama yang bercakap dan membangkitkan isu Dewa Mazu. Datuk Musa beritahu Chin, dia boleh berdebat mengenai isu Mazu tetapi mesyuarat BN kali ini bukan secara khusus membincang isu tersebut kerana banyak isu-isu lain yang lebih penting dan meminta Chin jangan memanjangkan isu berkenaan. Bagaimanapun pemimpin LDP itu tetap berdegil dan terus juga bangkitkannya .” Jelas Rahman.
Pada satu ketika, Datuk Musa Aman meminta pandangan pemimpin BN lain samada isu tersebut perlu dibincang atau tidak. Majoriti setuju agar isu Mazu yang dianggap “selesai” tidak dibincang dalam mesyuarat BN kerana masing-masing membawa isu yang perlu ditangani dalam mesyuarat kali ini.
Malangnya, menurut Rahman, pemimpin LDP itu tidak berpuas hati dan meninggalkan mesyuarat sewaktu Musa Aman mengadakan sidang akhbar.
Saya akan meminta pandangan Datuk Chin Phin selepas ini. Selamat Berpuasa.
23 Responses to "PARTI LDP CABAR MUSA AMAN??!!"
bila pula jadi wartawan sepenuh masa ni
Salam saudara Musli Oli,
Terima kasih kerana membongkar kejadian sebenar mengenai isu ini. Pada pendapat saya, sebagai parti komponen BN, mereka haruslah bersatu dan bekerjasama untuk memastikan pencapaian matlamat bersama serta berjuang dengan baik demi kebaikan rakyat dan negeri. Mengenai isu Mazu tersebut, seharusnya masalah ini dah selesai, LDP tidak ada sebarang alasan untuk membangkit isu ini, lagipun, kerajaan Sabah telah setuju membenarkan patung tersebut dibina tapi lokasi kenalah ditukar.
Tapi apa-apa pun, masalah ini dah mendapat penjelasan yang baik, diharapkan tiada lagi pihak yang akan membesarkan isu ini.
cubalah LDP dan UMNO terus bersatu dan bukan untuk berselisih faham. Dalam apa-apa masalah dapat dibawa dalam perbincangan untuk menyelesaikan.
Chin Su Phin tak seharusnya bersikap sedemikian, isu berkaitan patung Mazu itu tak harus lagi ditimbulkan kerana ia sepatutnya dah selesai. bagaimanapun sya percaya bahawa ini bukannya pendirian LDP tetapi adalah pendirian peribadi beliau.
LDP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian. Pada 26 Julai lepas, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga bekas Presiden LDP, untuk merayu terhadap keputusan kerajaan negeri menarik balik keputusan membenarkan patung Mazu (dewa laut) setinggi 36 meter dibina di Kudat.
bukannya Datuk Musa Aman yang tidak mahu perkara itu dibincangkan, tetapi atas pandangan pemimpin BN yang lain. malah kes itu sudah selesai dan mesyuarat tersebut patut memberi keutamaan kepada masalah2 yang belum selesai dan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
bagi saya, tindakan Datuk Musa adalah tepat dan sesuai pada waktunya bagi memberi laluan kepada isu2 yang lebih penting untuk rakyat.
Well LDP, this is not the time for melodramatic moment.
Sepatutnya LDP haruslah menyokong Datuk Musa Aman dan UMNO. LDP haruslah lebih profesional dalam kompenan BN ini. Cuba untuk memahami satu sama yang lain dan sekiranya ada masalah cuba untuk selesaikannya.
Hurm. I guess so already. It's impossible about the Mazu case. How in the world could this matter come up while it was said the meeting is about discussion on big matters has made everybody guess.
aishhh entahlah... bagi saya kalau mahu selesaikan sesuatu hal oatut sanggup berdepan dengan sebarang keputusan dan bukannya mahu suara sendiri saja yg didengar..
Saya yakin, jika sanggup berbincang dengan baik semua masalah pasti selesai bah...
terima kasih atas respons dan komen pembaca...saya akan mengulas pandangan LDP jika berpeluang bertemu dengan pemimpin tertinggi parti itu.
Jadi maksudnya di cni pihak LDP sengaja perbesarkan isu ini, padahal keadaan yang diceritakan tidak menunjukkan perkara yang sebenar. Inilah pentingnya mendapat kenyataan kedua2 pihak.
kami mmg ingin tahu perkembangan lanjut bagi hal ini. bagaimanapun saya berharap LDP akan bersikap lebih rasional kerana tindakannya boleh memecahbelah kepimpinan BN Sabah. lagipun Kes Mazu ini tak perlu lagi nak dibangkitkan.
Jangan terbawa2 dengan emosi kerana ini hanya akan menyebabkan persengketaan yang sepatutnya tidak berlaku. Lihat apa yang terjadi, mereka sendiri yang mencipta persengketaan ini.
LDP seharusnya lebih rasional,hal ini boleh diselesaikan dgn cara baik, tak perlulah hingga nak bertindak sedemikian, ia akan melemahkan jentera BN Sabah. lagipun byk lagi isu lain lebih penting berbanding isu Mazu seperti isu PATI, kemiskinan dan sebagainya.
harap LDP dan Musa akan terus bekerjasama.
walauapapun persengketaan diantara mereka tidak patut diputarbelitkan kerana ini menyebabkan penyokong2 akan beralih arah dan menyebabkan undi pecah nanti. apa salahnya bersatu, bak kata pepatah...bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
apapun perkara yang ditimbulkan adalah diharapkan tidak menganggu mana-mana pihak. kan lebih baik jika rakyat dan menteri bersatupadu bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kesatupaduan dikalangan rakyat dan para pemimpin membolehkan sesebuah negeri tersebut maju ke hadapan.
apapun perkara yang ditimbulkan adalah diharapkan tidak menganggu mana-mana pihak. kan lebih baik jika rakyat dan menteri bersatupadu bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kesatupaduan dikalangan rakyat dan para pemimpin membolehkan sesebuah negeri tersebut maju ke hadapan.
Saya yakin Musa sbg pengerusi masih perlu mendengar dan membincangkan apa jua permasalahan rakan2 komponen lain walaupun ianya sekadar bersifat setempat (isu yg cuba dibangkitkan oleh si teo) dan juga isu central board oleh si chin dgn mengambil contoh kes mazu. Malangnya, mazu cuba diperbesar2kan walhal isu sebenarnya adalah berkenaan penubuhan central board yg mungkin bagi chin amat menyusahkan rakyat.
Sebagai pengerusi Umno yg mau umno dihormati, dia perlu menghormati jua rakan2 yg lain walaupun tidak sebulu dgnnya. Jangan kita bodoh2 fikir jadi pemimpin ini mesti betul 100% setiap masa. Dengarkanlah rintihan rakyat..
Apa2 isu pun nak dibincangkan, bincang secara 'private' atau close door' saja...hasilnya nnt bru dibagi tau kepada rakyat...kalau perselisihan begini ditayangkan kepada seluruh rakyat, apa pandangan mereka nnt? LDP jg patut berhenti berbincang melalui media kerana ini akan menyebabkan kekeliruan di antara penyokong BN & LDP sendiri...my 2 cents...
Post a Comment