ARTIKEL BARU

BETULKAH MUSA AMAN MENGHINA PARTI LDP DI SABAH!!??




PATUNG MAZU - PATUNG DEWA YANG MENJADIKAN BN SABAH BERANTAKAN!!

Saya telah berjanji untuk mendapatkan pandangan LDP. Kali ini saya berikan versi LDP daripada kenyataan YB Datuk Teo Chee Kang, ADUN Tanjung Kapor, Ahli Majlis Tertinggi LDP yang turut hadir dalam mesyuarat BN pada 24 Ogos 2010 lalu.

Menurut Teo, parti LDP tidak membangkitkan  isu patung dewa Mazu. Apa yang dibangkitkan wakil LDP dalam mesyuarat BN itu ialah berkenaan  projek pembangunan di Sabah secara umum yang perlu mendapat kelulusan awal daripada Lembaga Pusat, Central Board (CB)*. 

Isu tersebut menurut LDP melibatkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Sebelum April 2008, semua pembangunan tidak perlu dapat kelulusan CB kecuali membabitkan perubahan zoning. Hari ini semua projek pembangunan,  sedang atau telah siap,  termasuk pembinaan rumah di tanah persendirian perlu kelulusan CB.

Dalam hujah pembelaan, ketika perbicaraan kes Mazu di mahkamah tinggi, kerajaan negeri jadikan alasan kegagalan mendapat kelulusan awal CB sebagai hujah membatalkan pembinaan patung dewa di Kudat.

Dalam hubungan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang tahu hubungan kes Mazu dengan isu yang dibangkitkan,  secara tiba-tiba mengarahkan wakil LDP Datuk Chin Su Phin berhenti bercakap. Parti LDP menganggap perbuatan Musa Aman tidak wajar kerana tidak menghormati pandangan dan kedudukan LDP sebagai anggota komponen BN negeri.

LDP sesungguhnya menganggap tindakan Musa Aman sebagai satu penghinaan kepada pemimpin LDP terutama bila satu lagi isu yang dibangkitkan  Datuk Teo juga tidak dibenarkan untuk dibincangkan. Musa anggap isu yang dibawa Teo merupakan isu tempatan bukan isu negeri dan rakyat Sabah secara umum.

ADUN Tanjung Kapor itu membawa isu pemecatan 8 Ketua Kampong (KK) oleh Ketua Daerah Kudat (dipil;ih UMNO)  tanpa merujuk kepadanya sebagai wakil rakyat. Secara praktisnya, perlantikan dan pemecatan jawatan KK adalah bidang kuasa wakil rakyat kecuali wakil rakyat dari parti pembangkang.

Teo berhujah, isu yang dibangkit bukan isu tempatan kerana fenomena itu berlaku ditempat-tempat lain membabitkan semua wakil rakyat di seluruh Sabah terutama YB dari parti komponen BN. Teo juga dedahkan dengan bukti CD kejadian "tikam belakang" oleh Ketua Daerah Kudat (UMNO) yang sabotaj LDP  pada pilihan raya 2008.

Kedua-dua isu itu pada pandangan LDP adalah isu yang membabitkan kepentingan rakyat Sabah kerana ianya berlaku bukan sahaja terjadi di Kudat tetapi di lain-lain kawasan. Perbuatan Musa Aman menolak dan menempelak pemimpin LDP dalam mesyuarat BN amatlah tidak wajar pada pandangan LDP.

Maka itu,  menurut Teo, ada kewajarannya Timbalan Presiden LDP mengeluarkan kenyataan parti itu enggan berkerjasama dengan Datuk Seri Musa Aman. Kenyataan itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada pucuk pimpinan LDP negeri Sabah.


* Ahli-ahli Central Board terdiri dari wakil-wakil dari JKR, Jabatan Tanah,  dan jabatan-jabatan berkenaan  yang dipengerusi  pegawai kanan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

25 Responses to "BETULKAH MUSA AMAN MENGHINA PARTI LDP DI SABAH!!??"

Jonny said...

Tapi akhirnya, kerajaan Sabah pun dah membenarkan pembinaan patung Mazu itu, hanya dengan syarat menukar lokasi. Kerajaan Sabah juga bersetuju membayar pampasan.

d said...

I don't think so. Some of the leaders are over-reacted.

mandau said...

mmg tak salah LDP nak isu projek pembangunan tersebut, namun ia dibangkitkan pada masa yang tidak sesuai, labih byk lebih isu lain yang perlu diperbincangkan seperti isu PATI, kemiskinan, pendidikan dan sebagainya. LDP juga seharusnya bersikap lebih profesional dan rasional. tak perlulah nak bertindak seperti itu.

eika said...

pada pendapat saya, adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih penting seperti isu PATI.
Ini hanyalah pendapat saya, kerana pada saya isu yang sering dibincangkan oleh rakyat patut menjadi keutamaan para pemimpin kita. TQ

lafizah said...

Datuk Musa tidak bermaksud untuk menghina mana-mana parti komponen BN. tapi Datuk Musa mungkin tidak mahu mengaitkan isu Mazu yang berlaku di Kudat dan yang tidak mendapat kelulusan dari mahkamah pusat. Oleh itu, LDP memang tidak bermaksud untuk membuka cerita tetang Mazu tapi cara Presiden LDP itu bercakap seolah-olah mengaikan tetang patung Mazu.

villager said...

ketika dalam mesyuarat, pemimpin2 lain juga bersetuju dengan Datuk Musa Aman. jadi ini bukanlah soal menghina tetapi soal persetujuan semua pemimpin yang hadir. tumpuan patut kepada objektif sebenar mesyuarat.

villager said...

sepatutnya LDP menghulurkan kerjasama dengan KM Sabah dan semua parti komponen bagi menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat untuk kepentingan rakyat, bukannya menimbulkan isu2 yang sudah selesai untuk kepentingan parti sendiri.. LDP bergabung dengan komponen BN adalah atas dasar kerjasama dan untuk kepentingan bersama. oleh itu, lakukan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat bersama2.

supra said...

walaupun LDP tak lagi menyokong Musa Aman, namun pemimpin2 lain akan terus menyokong beliau. LDP tak seharusnya bersikap lebih profesional. Musa Aman tak berniat nk menghina LDP, tetapi LDP kena ingat bahawa mesyuarat trsebut diadakan untuk membincangkan mengenai masalah2 yang timbul di negeri Sabah. isu yang dibangkitkan oleh LDP mungkin kurang penting bagi Musa Aman.

aku bah said...

S/ada betul atau tak, Tuhan saja yang tahu. Setiap individu pasti ada pandangan sendiri terhadap cerita ni, so pandai2 lah kita buat penilaian

aku bah said...

Secara logiknya pasti sukar untuk menerima apapun pandangan orang lain jika mana2 individu enggan berfikiran terbuka. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, so kalau boleh cubalah untuk bersatu bagi memudahkan sebarang jalan penyelesaian dicapai.

aku bah said...

Tambahan pula, bagi saya bekerjasama/bersatu tu kan lagi baik. Tak perlu keruhkan suasana.

aku bah said...

Masing2 ada cerita versi sendiri untuk mempertahankan diri masing, jadi saya cuma harap agar rakyat membuat penilaian yang betul!

aku bah said...

Tapi mungkin lagi best kalau kedua-dua pihak bersemuka dan kita dengar cerita masing2 secara live. Naa lagi senang kita nilai siapa betul/salah..hehehhee

gunner said...

mungkin apa yang dibangkitkan oleh LDP adalah tidak bersesuaian dgn agenda mensyuarat hari itu, sebab itu, Musa beranggpana ia tak patut dipenbincangkan, lebih baik tumpukan kepada agenda utama mesyuarat tersebut. LDP juga seharusnya lebih bertolak ansur dan rasional.

lucifer said...

LDP patut sedar bahawa tindakan mereka ini akan mengundang situasi huru hara dikalangan parti komponen dan juga boleh menjejaskan imej keseluruhan parti. jangan biarkan konflik seperti ini berlarutan lebih lama kerana masih banyak masalah rakyat yang sangat memerlukan perhatian dan penyelesaian segera.

sadistios said...

Jangan percayakan kata2 orang yang hanya berpandukan mata kiri dan telinga kanan.

musli oli said...

dalam sejarah politik Sabah...tentangan secara terbuka pemimpin Cina terhadap KM Sabah tidak pernah berlaku..sewaktu era USNO dan Tun Mustapha, pemimpin Cina sokong Tun, hanya pengundi cina yg mengundi parti Berjaya...sekarang dua bekas KM Sabah secara terang2an menolak kepimpinan Musa Aman.

Mungkin pemimpin tidak sokong MA tetapi rakyat Cina menyokong beliau dan BN?

sama2 kita renungkan....

Bungabakawali said...

Susah2 sahaja kita memikirkan LDP & SAPP! Lagi elok lah mereka keluar dari komponen BN. Lihat saja pengajaran di Sibu. Suku & kelompok ini hanya setia pada hasil bumi Negeri & Negara Malaysia saja....... Dalam isu ini yang nyata mereka memikirkan kepentingan mereka sahaja. Saya menyokong penuh tindakan Ketua Menteri DSMA.

papamee said...

Sama-sama ada alasan sendiri. Siapa yang betul siapa yang salah, susah diputuskan kerana mempunyai sebab-sebab sendiri.

Anonymous said...

buat apa fikir2 kacang lupa kulit (ldp) ini.3 kerusi semua umno punya lepas tu biadap dgn bos umno. Mcm sapp biadap sama pa lah tapi gantelman keluar bn. ini ldp cakap dlm paper mcm harimau kenyataannya tiada biji. klu ada biji keluar bn lah! Tanding pakai lambang icecream ldp, gerenti hilang deposit! mcm yongtecklee bilang lost deposit party!

Anonymous said...

buat apa fikir2 kacang lupa kulit (ldp) ini.3 kerusi semua umno punya lepas tu biadap dgn bos umno. Mcm sapp biadap sama pa lah tapi gantelman keluar bn. ini ldp cakap dlm paper mcm harimau kenyataannya tiada biji. klu ada biji keluar bn lah! Tanding pakai lambang icecream ldp, gerenti hilang deposit! mcm yongtecklee bilang lost deposit party!

kingking said...

Kalau ada salah faham, duduk dan bincang sampai dapat jalan penyelesaian. Sama-sama dalam satu kapal, kalau ada yang buat kecoh, karam kapal dan semua akan tenggelam.

huda said...

Musa tidak hina mana-mana parti dalam komponen BN. Kerjasamaadalah penting bagi manangkis serangan dari pembangkang.

bbq said...

Dalam sebuah keluarga, perselisihan malah pergaduhan pun kerap terjadi apatah lagi dalam politik.

Anonymous said...

POLITIK!!??/ MEMANG SEMUA PUN TIDAK ADA YANG 100 % JUJUR...MEMANG DAH NAMANYA POLITIK..HUHUHUHU..