ARTIKEL BARU

Penulis MyKMU Marah Salleh Sebab Salah Faham.

Dr Salleh Said


Marah sungguh MyKMU.net  kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sehingga keluar kata-kata kesat menteri akal senget. Dalam posting terbaru "FFM Salleh Hina Filem Bahasa Kebangsaan".  

Tuduhan tidak berasas dan disulami emosi marah terhadap Salleh berpunca kerana menteri itu dikatakan  bersetuju mewujudkan kategori baharu, dan katefori  khas, iaitu FilemTerbaik Dalam Bahasa Kebangsaan di Festival Filem Malaysia September nanti.

Kata penulisnya, langkah itu satu penghinaan kepada BahasaMelayu. Hina apa pulak?
Kita tidaklah rasa pelik dengan reaksi penulis itu dan mereka yang sekutu dengannya. Memang ada specis orang Melayu seperti ini semangatnya bukan main. Pantang diusik sikit, sentap. Pantang disentuh sikit, terus menghina.

Bagaimanapun kalau direnung dengan lebih mendalam, tiada salahnya pun tindakan Salleh. Ia sekadar merungkai kecelaruan daripada isu kewujudan dua kategori berbeza bagi menilai filem di negara ini iaitu - Kategori Filem Dalam Bahasa Malaysia dan Bukan Dalam Bahasa Malaysia.

Dengan langkah yang diambil oleh KKMM, kedua dua kategori itu dimansuhkan dan anugerah dibuka kepada semua penggiat filem tanah air. Susulan itu jugalah kategori khas yang dipertikaikan MyKMU itu diwujudkan.

Hanya orang yang merasa rendah diri, atau yang hidup dalam kepompong prejudis yang berterusan sahaja melihat kewujudan kategori khas itu sebagai menghina BahasaMelayu.Taraf mereka samalah dengan penggiat industri yang cuba menjadi bahasa sebagai pagar untuk mengelak daripada bersaing di pentas yang lebih terbuka.

Filem mempunyai bahasanya sendiri, dan dengan bahasa itu lah berkomunikasi dengan penonton. Bahasa yang lain daripada itu sebenarnya tidak penting. Ia hanya medium sokongan bagi melancarkan  bahasa sebenar filem berkenaan.

Jadi, menjadikan bahasa yang digunakan dalam filem sebagai salah satu kayu pengukur adalah kerja yang kurang  munasabah.Nasib baiklah tidak ada penggiat filem  yang menghasilkan sebuah filem bisu yang betul-betul berkualiti. Jika tidak, di kategori mana agaknya ia hendak dicampakkan?

Salleh tidak menghina Bahasa Melayu dengan mewujudkan kategori khas itu. Malah ia harus dilihat sebagai usaha serampang dua mata :- mengangkat filem Malaysia dan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Soalan yang ditimbulkan oleh pengkritik beremosi itu ialah, bagaimana jika filem bahasa kebangsaan yang menang anugerahFilemTerbaik FFM 28.? Adakah relevan lagi Kategori Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan?


Kan bangang soalan tu. Jawapannya, apa masalahnya? Kalau filem itu bagus dan layak untuk menang kedua-dua kategori, maka menanglah filem itu. Kemenangannya harus diiktiraf. Begitu juga kalau ada filem lain yang bukan berbahasa kebangsaan menang. Akuilah.Iktiraflah kemenangan itu.

0 Response to "Penulis MyKMU Marah Salleh Sebab Salah Faham."