Keputusan PRU 13 telah pun diketahui. Populariti BN yang diwakili PM Najib (berasaskan kempen slogan I Love PM) diterjemah daripada undi yang diperolehi pada 47% berbanding dengan undi populariti Pakatan Rakyat pada 53%. Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot.
Amat ketara, parti PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk.
Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan.
Saya menyertai PKR pada November 2011, kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga. Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20. Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama "vicious cirle of poverty" di Sabah. Disamping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.
Atas sebab-sebab itu saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat NEW DEAL daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.
Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist walaupun saya seorang penulis politik. Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah.
Kemenangnan tipis BN berbanding dengan PRU12, sebenarnya merupakan peluang terbuka kepada Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat bahawa dia layak dan paling layak mengetuai kerajaan alternatif jika berlaku undi tidak percaya terhadap Najib dan BN. Selepas pengumuman kabinet baru Malaysia perasaan tidak puas hati dikalangan komponen BN amat ketara.
Presiden PRS dari Sarawak Datuk James Masing secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya. Parti-parti dari Sarawak terutama PRS dan SPDP menyumbang 10 kerusi tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemilihan anggota kabinet. SUPP yang menang satu kerusi dapat menteri penuh. Begitu juga PBRS di Sabah yang hanya bertanding dan menang satu kerusi juga mendapat menteri penuh.
MCA, Gerakan dan MIC tentu sekali tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet Najib. Pemilihan pemimpin Hindraf telah mengecilkan peranan MIC dan PPP. Ramai MP dari UMNO yang lebih senior yang telah terlepas pandang juga tidak berpuas hati. Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi dimana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan road show black out membantah keputusan PRU...
0 Response to "JIKA ANWAR TIDAK GELABAH, PAKATAN RAKYAT DAH MEMERINTAH.."
Post a Comment