ARTIKEL BARU

ANTARA HARRIS SALLEH, MUSA AMAN DAN DR JEFFREY KITINGAN

"Siapa lebih hebat Musa atau Harris eeerrk?"

Dalam buku, ‘A Doctor In The House’, Tun Mahathir menyifatkan Dr Jeffrey Kitingan sebagai seorang yang bijak. Berkelulusan Phd daripada Harvard University. Tun juga anggap Jeffrey mempunyai karakter yang menarik dan berkebolehan mempengaruhi rakyat. Baca selanjutnya http://www.rontogdaily.com/wp/?p=1982


18 Responses to "ANTARA HARRIS SALLEH, MUSA AMAN DAN DR JEFFREY KITINGAN"

Anonymous said...

Assalamualaikum Uncle

Bagi saya.. yang sekarang ni langsung tidak berfungsi seperti yang diinginkan.. hanya perut sanak saudara dan machai² diberi keutamaan. masih ada orang sabah tulen yang bercahayakan lilin, berjalan kaki jauh nun di pedalaman walaupun pekan terdekat hanya beberapa kilo sahaja dari jalan besar. apa yang diperjuangkan oleh mereka ni atas nama UMNO? apa?

Perlu diingatkan.. perkara 20 itu penting demi negeri sabah dan perlu dipertahankan walaupun tdapat klausa² yang perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. terlalu extreme jika menggunakan idea si Dr.. tapi lebih baik kuasa pemerintahan dikembalikan kepada parti empunya negeri.. bukan dari semenanjung. contohi sarawak yg tidak mengadai maruah mereka!

MOCK

otaklunyai said...

Tiga2 ekor akan masuk neraka jahannam Insyaallah!!!

GG said...

mungkin setiap orang ada pendapat masing-masing. tapi semua orang tahu Harris yang menyebabkan Pulau Labuan kini merupakan wilayah persekutuan.

Anonymous said...

tak perlulah nak membandingkan pemimpin kita. setiap pemimpin ada sumbangan mereka masing2.

polemic said...

beza Musa Aman dan Harris:

Musa Aman pertahankan Maliau Basin daripada diceroboh oleh kerajaan persekutuan untuk tujuan melombong arang batu berkualiti tinggi di kawasan tersebut.

Musa Aman tidak tunduk kepada desakan kerajaan persekutuan untuk membina coal power plant di Lahad Datu..

Harris pula memberikan Pulau Labuan kepada pentadbiran kerajaan persekutuan.

Harris dengan kapasitinya sebagai Ketua Menteri memberikan hak pengurusan minyak & gas asli di Sabah kepada kerajaan persekutuan & bersetuju menerima bayaran 5% royalti minyak.

Anonymous said...

memang benar diantara haris dan musa aman masing-masing ada keistemewaannya tapi saya masih lagi bersetuju dengan haris berjuang untuk rakyaat yang menjatuhkan nya ada lah ahli-ahlinya yang tamak,manakala musa akan jatuh sebab kroninya.....

Amie said...

Jika dibandingkan Musa Aman yang telah membawa banyak pembangunan di Sabah.

Amie said...

Dr Jefferey, melalui pandangan peribadi saya, hanya satu kelemahan beliau, pendekatan yang beliau ambil untuk memperjuangkan hak rakyat, tidak sesuai......

Amie said...

Harris Salleh pula, tidak lain tidak bukan kesalahan besar yang beliau lakukan adalah menyerah Labuan kepada Federal.

Anonymous said...

Rakyat sendiri kenalah pandai menilai apa yang dibaca.

Azroy said...

semua mempunyai kelebihan sendiri dan masing2 juga mempunyai kelemahan.. tapi lebih baik jika pemimpin2 ini mampu menerima kelemahan dan memperbetulakan kelemahan itu...

Unknown said...

Siapa yang lebih hebat yer?? Rakyat yang tahu siapa yang lebih hebat untuk Sabah.

Paquin said...

Dalam hal ini terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri kerana rakyatlah yang lebih tahu siapa yang terbaik utk Sabah.

Paquin said...

Bagi saya sendiri, mereka punya kelebihan dan juga kelemahan masing2. Biasalah manusia kan takda yang sempurna.

Paquin said...

Apapun, sebagai pemimpin utamakanlah rakyat dan jagalah ekonomi negeri:)

Paquin said...

Daripada membandingkan mereka, pernahkah kita terfikir untuk lihat mereka bersatu... Rasanya, ia pasti membuahkan sesuatu yang positif. hehe

Paquin said...

Kita tunggu dan lihat sajalah nnati. Next GE bakal menjelang juga dan saya percaya rakyat sudah punya pilihan di hati.

Rayner Photography said...

kita uab pilihan . pilihan menjurus kepada kepentingan rakyat Sabah - Hidup Negeri Ku Negeri DI Bawah Bayu !