ARTIKEL BARU

KEPIMPINAN POLITIK SUKU BAJAU SABAH DIPERSIMPANGAN JALAN


Hajiji Haji Noor


Sejarah kepimpinan politik bumiputera Sabah sejak awal merdeka diterajui dua suku kaum utama: kaum Kadazandusun Murut dan Suku kaum Bajau. Perebutan kuasa politik yang berlaku juga adalah antara dua kelompok yang diwakili dua kepimpinan kaum tersebut.

Pada mulanya KDM diwakili Donald Stephens atau Tun Mohd Fuad Stephens daripada UPKO. Selepas itu kepimpinan KDM diteruskan Tan Sri Pairin Kitingan dalam PBS, Tan Sri Dompok UPKO dan Tan Sri Kurup PBRS.

Kepimpinan politik Bajau dipelopori Tun Datu Mustapha dengan barisan kepimpinan Bajau lain  termasuk Tun Said Keruak dan Tun Sakaran Dandai. Selepas itu kepimpinan Bajau diteruskan Datuk Yahaya Lampong dalam BERJAYA, Tun Sakaran, Datuk Salleh Said Keruak dan  Datuk Osu Sukam dalam UMNO.

KM Sabah yang pertama ialah Donald Stephens. Yang kedua ialah Peter Lo. Tun Mustapha adalah KM Sabah yang ketiga selepas pilihan raya negeri pertama 1967.

Pada tahun 1975, Tun Mustapha telah didesak meletakkan jawatan sebagai KM Sabah dan jawatannya disandang timbalan presiden USNO, seorang pemimpin Bajau dari Kota Belud, Tun Mohd Said Keruak menjadi Ketua Menteri selama 8 bulan sebelum USNO kalah kepada parti BERJAYA dalam Pilihan raya 1976.
Kepimpinan politik Bajau mulai malap sewaktu parti BERJAYA menerajui kerajaan negeri selama 9 tahun di bawah Tan Sri Harris Salleh. Walaupun ada
Dr Salleh Keruak
tokoh-tokoh muda seperti Dato Yahaya Lampong dan Datuk Hamid Tun Mustapha namun  ketokohan Harris Salleh telah menenggelamkan tokoh-tokoh politik muda termasuk daripada suku KDM yang merupakan backbone parti BERJAYA.

Parti USNO terus menjadi tarikan pemimpin-pemimpin Bajau walaupun USNO sebuah parti pembangkang.

Pemimpin Bajau dari Tuaran, Datuk Hajiji Haji Noor mula sertai politik bila bertanding dan menang atas tikit USNO pada pilihan raya negeri 1990.

Bila UMNO mengembangkan sayap ke Sabah pada 21 Februari 1991,masyarakat Bajau adalah tumpuan utama untuk menarik sokongan rakyat Sabah. Sokongan kaum Bajau pada parti USNO yang bertahan sebagai parti pembangkang selama 19 tahun membuktikan tahap kesetiaan yang luar biasa.

Oleh kerana itu, walaupun Tun Mustapha yang menjemput UMNO disingkirkan KL, namun kepimpinan Bajau lain diberi keutamaan mengetuai UMNO di Sabah.

Bermula dengan Tun Sakaran pada 1994, selepas itu Datuk Salleh Said Keruak dan terakhir ialah Datuk Seri Osu Sukam. Malangnya tempuh kepimpinan Bajau mengetuai UMNO dan pentadbiran kerajaan Sabah terlalu singkat walaupun disandang tiga pemimpin Bajau. Tempoh yang tidak sampai 5 tahun berbanding dengan 10 tahun tempuh Datuk Musa Aman sebagai Ketua UMNO dan Ketua Menteri Sabah.

Suku kaum Bajau adalah pendokong utama USNO dan kemudiannya  UMNO di Sabah, namun tempoh kepimpinan Bajau mengetuai parti itu di negeri Sabah tak sampai 5 tahun (Tun Sakaran 8 bulan, Salleh Said - 18 bulan dan Osu Sukam - 24 bulan).

Datuk Musa Aman telah mengetuai UMNO dan kerajaan negeri Sabah selama 10 tahun (sejak 2003). Pada tahun 2008, beberapa orang tokoh Bajau termasuk Datuk Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin dan Datu Amir Kahar Tun  Mustapha telah disingkirkan daripada senarai calon-calon UMNO di Sabah.

Persoalannya sekarang, apakah kepimpinan politik Bajau masih lagi relevan dalam UMNO? Apakah insiden 2008 mungkin akan berulang bila Musa Aman melihat kepimpinan Bajau sebagai saingannya menerajui UMNO di Sabah?

Saya suka bertanya kepada kaum Bajau secara umum, apakah berbaloi pengorbanan bangsa Bajau mempertahankan USNO sebagai parti pembangkang selama 19 tahun tapi diberi peluang berkuasa hanya tak sampai 5 tahun?

Fikir-fikirkanlah.....


Gadis-gadis Bajau Kota Belud

1 Response to "KEPIMPINAN POLITIK SUKU BAJAU SABAH DIPERSIMPANGAN JALAN "

UMNO PARTI PENJARA said...


Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6