ARTIKEL BARU

UMNO JOHOR SOKONG SIASATAN DIRAJA






Datuk Ghani Othman: Pemimpin yang merasakan denyutan nadi rakyat Malaysia.








Ekoran posting saya semalam, berhubungan dengan kematian mencurigakan Teo Beng Hock, UMNO Johor hari ini meminta supaya sisatan diraja perlu dibentuk menyiasat kematian tersebut.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat perhubungan negeri, Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan bahawa kematian Teo adalah perkara yang membabitkan public concern.

“Sungguhpun UMNO Johor tidak ada kena mengena dengan perkara itu, adalah lebih baik satu bukti segera diperolehi daripada siasatan itu."

Sekalung tahniah kepada Datuk Ghani yang prihatin kepada rakyat Malaysia. Kenyataan pemimpin UMNO yang dinantikan sebagai bukti UMNO bukanlah sebuah parti yang hanya membela rakyat yang mendokong perjuangannya sahaja. Sebaliknya membela semua rakyat berbilang kaum di negara ini.

Atas dasar kemanusiaan semua pemimpin dan anggota UMNO harus menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa Teo Beng Hock..

4 Responses to "UMNO JOHOR SOKONG SIASATAN DIRAJA"

Raja Kesang said...

berapa banyak agaknya elaun & kos setiap pesuruhjaya yang kita kena bayar kalau bentuk suruhanjaya? adakah RM1,000 sebulan? kalau 5 orang, baru RM5,000 sebulan.

bertuahlah kalau RM5,000 sebulan untuk 5 orang. mesti kurang-kurang RM5,000 sebulan seorang.

kan ke elok duit tu jimatkan untuk orang miskin. encik musli pun boleh guna duit tu bersama sang kelembai sewa hotel lain kali, tak payah minta2 sana sini.

tubuh suruhanjaya tu membazir duit rakyat je. polis ada, mereka dibayar untuk siasat selama ni. selain polis yang pandai siasat, sapa lagi? suruhanjaya?

siapa nak jadi suruhanjaya? mesti bekas polis, bekas askar, konon nak nampak adil masuk pulak orang politik campur bn & pkr. apa benda dia orang tau fasal siasat? nanti orang politik tu juga sibuk bercakap buat publisiti.

jangan ikut tekanan politik sebab memang itu pun tujuan orang politik tu. polis mesti tegas, rakyat mesti tegas. ini kes mati atau jenayah. itu je. sapa penjenayah? sama ada orang dendam atau orang nak tutup mulut teoh. kebenaran itu polis kena tegakkan, untuk keluarga dia, untuk negara.

ada akal ke? jangan hanya kerana risau tekanan politik, oh sokong tubuh suruhanjaya.

dulu suruhanjaya kes lingam sapa untung? ahli suruhanjaya la dapat elaun, pencetak laporan. lingam yang mabuk disiasat oleh suruhanjaya di raja? apa nak jadi, mana akal kita buat suruhanjaya hanya nak siasat orang mabuk!

KES SEBENAR IALAH RASUAH YANG DISIASAT, tak kiralah sapa... dap ke, pkr ke, umno ke, kakitangan awam ke, pelobi projek swasta ke, jurutera ke, salesman ke, guru ke, drebar treler ke, despatch ke... kalau rasuah kena tangkap.

rojokobog said...

Salam,
Jgn lah dikira berapa kos elaun pesurujaya yang dilantik, apa yg mustahak ialah ketelusan dlm penyiasatan, kerajaan tidak akan memberi elaun menjangkau angka yg keterlaluan ianya mesti munasabah dgn kerja dan keberkesanan sesuatu pesurujaya tersebut...kesan siasatan mesti didedahkan dgn awam itu yang paling penting, Polis boleh menjalankan siasatan tapi untuk memuaskan hati sebahagian besar rakyat, kena tubuh lah suruhanjaya siasatan di raja..Den tungu aje apo keputusannye.

musli oli said...

salam Raja Kesang,

terima kasih atas komen tuan. Namun janganlah kita berkira sangat hal duit ni. imej kerajaan dah teruk. parti apa lagi...

kematian itu mencurigakan..kalau suruhanjaya bebas semua puashati. kalau polis siasat nak di kata lagi tidak telus..

rojokobog said...

Salam,
Den setuju sangat dongan Sdra Musli, bue apo nak kiro sangat pasai duit, bilo nak bayo suruhanjaya siasatan , janji siasatan berkualiti dan berkosan..Den raso ianya berbaloi lah dongan bayaran yg kojaan fikirkan polu..imej kojaan kito nak bosihkan dulu, jgn ado yg cakap main sindir2, kojaan tak tolos..tu lah perlunya adokan suruhanjaya siasatan bebas...tima ci