ARTIKEL BARU

SEMUA MANIS-MANIS DI MANEK URAI...


Manis senyum Tok Guru, rakyat suka manis dan tak takut dengan lalat.

Saya ingin mencatat perjalanan saya ke Manek Urai. Pengalaman pertama memandu ke Kelantan. Saya bertolak dari KL kira-kira jam 12 tengah hari. Pesan kereta Waja tapi dapat Wira buruk. Sewa RM130 sehari.

Saya beli peta jalan sewaktu mengisi minyak Shell. Harga rm12. Selepas kira-kira 45 minit saya singgah lagi di satu persimpangan ke Bentong, tempat jual buah durian. Makan sebiji sambil bertanya arah dengan penjual perempuan Cina. “Lu jalan seorangkah? Kenapa tidak naik bas? Manyak jauh, 7 jam baru sampai woo”

Saya kata saya suka jalan seorang. Saya terus memandu ke arah Raub dan Kuala Lipis mengikut panduan dalam peta. Saya pandu perlahan sahaja kerana kereta Wira tidak bergerak lancar. Radio pula rosak. Nyanyi sendiri sambil melihat keindahan negeri Pahang yang kaya dengan hasil hutannya.

Kira-kira 3 jam setengah memandu, perut dah mula nyanyi. Saya singgah satu gerai di kawasan Merapoh. Sebuah bas Express double decker juga menurunkan penumpangnya. Saya melihat makanan. Wah nampak sedap belaka… menyelerakan. Ramai penumpang bas tadi memilih anika lauk pauk.

Tiba-tiba saya terhenti. Beberapa ekor lalat hinggap atas lauk pauk. lalatnya warna hijau, gemuk-gemuk sebesar anak kambing jantan. Perut yang tadi lapar, tiba-tiba jadi kenyang. Saya tak jadi ambil makanan. Minum saja. Mak oii..nescafe O kurang manis dalam cawan plastic harga 1.50?

Selepas minum saya terus memandu ke arah Gua Musang. Tepi jalan beli 2 kilo rambutan untuk alas perut. Kira jam 4.30 petang sampai Gua Musang. Cantik juga pekan atau bandarnya. Tapi tak sehebat Tengku Razaleigh Hamzah yang sinonim dengan nama Gua Musang. Seorang lagi saya kenal rapat dari Gua Musang ialah YB Yusof Ghani ADUN Nenggiri.

114KM lagi akan sampai ke Kuala Krai. Jauhnya.. Perut semakin keroncong. Kira-kira 5km sebelum sampai kampong Laloh di DUN Manek Urai, saya berhentikan kereta di sebuah gerai makanan. Nampak bersih tetapi lalat masih banyak diatas meja. Saya minta menu. Gadis layan saya itu senyum dan kata “ambo tak fahe, mo nak make nasi kerabu ado?”.

Nasi kerabu pun nasi kerabulah. Perut mesti mau makan juga. Nasi kerabu warna biru, mee hon warna oren, cili putih dengan santan kelapa, telur masin dan ayam goreng. Penuh satu pinggan. Tangan kiri halau lalat. Tangan kanan menyuap nasi. Hiss manisnya..nasipun rasa manis..mereka tak takutkah penyakit kencing manis?

Kira-kira 38km sebelum sampai Kuala Krai, saya sudah memasuki DUN Manek Urai. Bendera BN dan PAS terpacak di sepanjang kiri kanan jalan. Tak lama kemudian satu konvoi kira-kira 20 buah kenderaan yang lengkap dengan lambang dan bendera PAS membunyikan hon sepanjang jalan. Sungguh bersemangat nampaknya penyokong PAS Manek Urai.

Saya akan membuat analisa mulai esok. Saya akan temui beberapa orang pengundi dan minta pandangan mereka. Tapi yang jelas nampaknya belum ada kereta penyokong BN yang meletak bendera BN.

5 Responses to "SEMUA MANIS-MANIS DI MANEK URAI..."

Senjaliza said...

issss. Yang hidang nasi Kerbau tu tak manis kee?. Awas! Biar Senyuman manis jangan kencing manis. Manek Urai tu "home ground" PAS, siapa suruh BN "mengayau". I kata dulu beri laluan pada Kerajaan Perpaduan dan usahakan Deklarasi Manek Urai. la ni, orang politik tak kira parti akan mula tabur janji yang bertebaran dan mula cakap tak berapa betul atau 50.000001% menyimpang. Serupa beli ikan pakai tender "berbisik", Org kesedar ada tak skel mcm tu?, jangan jangan dia kena pakai laptop buka excel nak kira untung rugi. Si kawan yang satu dia dah tahu "sekilas IKAN di air dia tahu "jantan dan betina" yang memangkah! Buat report baik-baik Tok Pah tak bayar nanti sewa kerita dan sewa pemandu!

abd naddin said...

Seperti selalu,saya suka dengan catatan perjalanan denakan.Very informatif dan memudahkan saya merancang perjalanan, manalah tahu ditugaskan di Kelantan. Saya pernah melalui jalan yang sama tahun 2002 yang lepas.tentu banyak berubah.kami berkonvoi dari KL, mungkin jam 10 pagi dan sampai di Kota Bharu jam 12.00 tengahmalam.maklum berkonvoi.tapi tak banyak pemandangan dapat lihat kerana kami melaluinya ketika malam.salam.selamat menganalisis dari manik urai.

Unknown said...

salam Kak Liza dan Sdra Nadin, sepanjang jalan dari merapoh ke Manek urai banyak gerai jual durian. saya berhenti sekali sekala bukan tenguk durian tenguk penjual durian..memang manis. kak Liza pun tahu juga yang jual nasi kerabu tu lebih manis dari nasinya..saya masuk ke satu kampung berhampiran dengan parlimen Machang. kampung Alor Melaka, hantar seorang kawan. Tak sangka, kampung tak sampai 32KM dari bandar Kota Bahru(KB), jalan kampungnya macam masuk kampung Kulambai di Kota Belud(KB juga). Kesian nasib rakyat Kelantan. Ingatkan Sabah mundur, sini lagi teruk. sebenarnya kak liza, Tok Pa tak bayar sewa kereta..tambang sendiri dan malam ni tidur dalam kereta..adventure. saja ingin menengok-nengok tapi jelas kekuatan penyokong PAS..

Anonymous said...

Salam Kak Liza dan Sdra Musli, Mengena bah nih kid. Durian disebelah sana murah berbanding di tempat kita ini.

msarbini09 said...

Denakan Musli dan Abd.naddin, manis tu memang manis tetapi yang tidak manisnya dah 5 tahun saya tidak pulang ke Machang tempat asalku. Bila membaca cerita dari catatan perjalanan Saudara Musli dan perjalanan Abd Naddin saya rasa rindu berat pada kampung halaman. Saya dulu pejuang UMNO di Machang walaupun keluarga pendokong PAS. Rindu serindu-rindunya