ARTIKEL BARU

DOUBLE SIX - KENAPA TUN FUAD TERBUNUH?


Tarikh 6.6.1976 akan saya kenang sampai bila-bila. Saya baru berusia 16 tahun 4 bulan ketika itu. Masih menuntut dalam tingkatan lima di SMK Sanzac, Sembulan Kota Kinabalu. Petang itu kami sedang bermain sepak takraw. Sebuah kapal terbang berpusing beberapa kali di atas kepala kami sebelum menjunam jatuh kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah.

Mungkin jam 3 atau 4 petang. Suasana agak panik. Bunyi siren kecemasan kedengaran menuju ke kawasan perumahan Kampong Air Sembulan. Kebetulan sekolah Sanzac berhadapan dengan sebuah balai bomba. Kereta bomba juga bergegas ke situ. Saya dan beberapa rakan berlari dibelakang kereta bomba.

Pesawat terjatuh tidak jauh dari pantai. Mungkin lebih kurang 10 atau 15 kaki. Dalam air hanya dalam paras dada. Kelihatan ekor pesawat diantara dua buah rumah.  Saya nampak tiga atau empat anggota penyelamat sedang menarik dan mengeluarkan mayat. Saya sempat melihat satu mayat tanpa kepala.

Suasana ngeri dan menyedihkan.Saya cuba turun membantu, tapi dilarang mendekati bangkai pesawat kerana dikhuatiri akan berlaku letupan.

Pada ketika itu, kami  tidak  tahu kemalangan yang kami saksikan  itu telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah dan 10 orang lagi termasuk 4 menteri kabinet!

Selepas peristiwa itu, sehingga hari ini, 36 tahun berlalu, saya terus dihantui beberapa persoalan yang tidak pernah mendapat jawapan yang jelas daripada sesiapa pun. Berdasarkan laporan, pesawat yang terlibat dalam nahas tidak menghadapi sebarang masalah mekanikal dan cuaca amat baik sewaktu pesawat berlepas dari Pulau Labuan. Cuaca di Kota Kinabalu juga amat baik.

Apakah kemalangan itu merupakan sabotaj yang telah dirancang? Apakah tragedi yang menyebabkan  Tun Mohd Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Chong Thien Vun, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Darius Binion dan lain-lain terbunuh merupakan  satu konspirasi politik?

Mungkinkah sikap "keras dan degil" Tun Mohd Fuad dalam perundingan royalti minyak petroleum dengan kerajaan Pusat adalah punca utama jika ada dalil menyokong teori konspirasi tersebut?. Ramai tahu sikap Tun Fuad dalam isu royalti minyak peroleum.

Seperti Tun Mustapha, Tun Mohd Fuad juga berpendirian tegas dalam isu royalti dan tidak bersetuju dengan kadar 5% royalti yang diberikan kepada negeri Sabah. Kedua-dua tokoh itu berpendapat 5% adalah kadar yang terlalu rendah dan tidak adil kepada rakyat dan negeri Sabah.

Hari ini rakyat Sabah tahu kenapaTun Mustapha didesak berundur dari jawatan Ketua Menteri Sabah pada 1975. Ianya semata-mata berpunca daripada enggan bersetuju dengan royalti 5%. Bila Tun Mustapha enggan menerima lantikannya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan melepaskan jawatan Ketua Menteri, sebuah parti politik baru ditubuhkan oleh PM Tun Razak di Kuala Lumpur.

Parti BERJAYA  dengan sokongan Kuala Lumpur dan Tun Razak akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan USNO.

Dua tokoh politik yang hebat dan berkaliber, yang berperanan besar menyokong gagasan Malaysia akhirnya "terbunuh" gara-gara mempertahankan hak rakyat dan negeri Sabah!!

Tanggal 14 June 1976, seminggu selepas tragedi sedih menimpa pemimpin-pemimpin Sabah, termeterai lah perjanjian antara kerajaan negeri Sabah yang diwakili Tan Sri Harris Salleh dengan Petronas.





2 Responses to "DOUBLE SIX - KENAPA TUN FUAD TERBUNUH?"

Anonymous said...

Saya pun amat bersedih sgt kejadian yg menimpa sabah ketika tu.. Saya minta ALLAH kumukakan jalan sebenar itu smula.. Apa yg syg tau sabah dulu tarik diri dari malaysia bgtu jgk dgn brunai.. Tp gagal d sbb kan tun fuad dlm kecelekaan ketika tu..

Anonymous said...

sya yakin nma pnjenayah sdh ada dlm kpala sesiapa saja yg mgkaji kes ini..bkti sja tdk ada..