ARTIKEL BARU

STAR ATAU PBS - SIAPA PEJUANG SEBENAR KDM?

Suasana dan bahang pilihan raya benar-benar terasa jika kita memandu sepanjang jalan dari Ranau ke Telupid.  Majoriti penduduk di sepanjang jalan ini ialah suku kaum Kadazandusun (KDM).

Kaum KDM adalah kaum  yang mempunyai kesedaran politik terawal di Sabah. Parti politik pertama ditubuhkan di Sabah ialah parti UNKO pimpinan Donald Stephens pada tahun 1961. Parti itu mendapat dokongan suku KDM. Selepas itu parti Pasok-Momogun pimpinan dua beradik Sedomon dan G.S. Sundang.

UNKO dan Pasok-Momogun kemudian bergabung menjadi parti UPKO diketuai Donald Stephens yang menjadi KM Sabah yang pertama pada 1963.

Saya perhatikan sepanjang jalan melalui bukit bukau dihiasi dengan bendera parti-parti politik. Yang paling banyak dan menonjol ialah bendera parti STAR.

"Bendera apa itu Pa, gambarnya seperti logo karton Doraemon?"

Tersenyum dengan soalan anak saya.

"Itu bendera parti STAR!" Saya beri penjelasan.

Bendera PKR juga tidak kurang banyaknya, diselang seli dengan bendera BN dan bendera parti PBS. Tapi ketara sekali semakin jauh ke kawasan Pedalaman, bendera STAR mengatasi jumlah bendera parti-parti lain.

Suasana seperti ini pernah berlaku pada tahun 1975-76 setelah tertubuhnya parti BERJAYA. Parti itu  diketuai Tun Mohd Fuad Stephens (Donald Stephens) yang menentang satu lawan satu dengan Perikatan USNO-SCA pada pilihan raya 1976.

Dengan sokongan bulat kaum KDM di kawasan pedalaman, (kecuali DUN Ranau yang dipertahankan calon USNO - Haji Amin Jahali)  parti Berjaya menang  20 kerusi dan 8 kerusi kawasan bandar ditawan dari calon-calon SCA. Dengan jumlah 28 kerusi parti itu telah menumbangkan kerajaan USNO yang hanya menang 20 kerusi.

Senario yang sama berulang pada tahun 1985. Sekali lagi berlaku kebangkitan semangat kaum KDM dibawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dipecat dari parti BERJAYA berikutan isu pribumi.

Pemecatan Pairin menjadikannya seorang  HERO kepada kaum KDM. Pairin dianggap teraniaya kerana mempertahankan hak kaum KDM!

Kemunculan parti PBS kira-kira tiga bulan sebelum pilihan raya negeri 1985 melahirkan satu fenomena yang luar biasa. Bendera dan lambang PBS memenuhi kawasan pedalaman Sabah. Seperti parti BERJAYA pada tahun 1976, parti PBS mendapat sokongan bulat KDM khususnya di kawasan pedalaman.

Keputusan pilihan raya 1985, PBS dapat menawan 25 kerusi, USNO 16 dan BERJAYA hanya dapat mempertahankan 6 kerusi. KM Sabah, Tan Sri Harris Salleh tewas di Tenom, kawasan majoriti pengundi KDM. Satu kerusi lagi dimenangi calon Pasok yang disokong PBS setelah kertas pencalonan calon PBS di tolak.

Persoalan yang ditanya sekarang, mampukah parti STAR membawa impak dan mendapat sokongan kaum KDM pada pilihan raya umum akan datang seperti BERJAYA pada 1976 dan PBS pada 1985?

Pertama sekali kita bandingkan kepimpinan Donald Stephens, Pairin Kitingan dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Kedua-dua Tun Stephens dan Pairin adalah HUGUON SIOU atau pemimpin agong kaum KDM. Gelaran itu hanya diberikan kepada pemimpin yang telah terbukti memperjuangkan kaum KDM.

Apakah perjuangan Dr Jeffrey kepada kaum KDM?

Dr Jeffrey adalah orang yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam parti PBS selepas abangnya Pairin semasa PBS memerintah negeri Sabah selama 9 tahun (1985-1994).

Bersambung esok......

0 Response to "STAR ATAU PBS - SIAPA PEJUANG SEBENAR KDM?"