ARTIKEL BARU

BUSANANEKA PERKAHWINAN SUKU BAJAU SABAH DI PROMENADE HOTEL



Ahad lalu, tanggal 14 November 2010 berlangsung perkawinan anak sulung saya, Muhammad Gaddafi Musli dengan Sharmila Mimie Rahayu Bte M. Borhan di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.
Pelamin suku kaum Bajau. Isteri Puan Masturah Jamrah sedang "mandi bedak" pasangan pengantin.
Majlis dimulakan kira-kira jam 11.45 pagi dengan perarakan pengantin lelaki yang menaiki kereta pick-up yang dihias seperti sebuah  "usungan". Kereta pengantin diiringi empat ekor Kuda Bajau yang dihias dengan pakaian tradisi yang berwarna warni.

Mengikut adat istiadat mengusung pengantin lelaki diatas "Usungan" hanya dikhususkan kepada golongan bangsawan Bajau daripada keturunan "Datu-Datu".

Mengikut peraturan nenek moyang  suku kaum Bajau di Pantai Barat terutama di kawasan Kota Belud,  rakyat biasa yang bukan keturuanan "Datu" dilarang menggunakan Usungan.

Sebaik tiba diperkarangan hotel, pengantin lelaki tidak dibenar memijak tanah sebaliknya dua lelaki akan menyilang tangan mengangkat pengantin lelaki menuju ke pelamin yang disediakan di tingkat 1.

Bagi pihak keluarga lelaki saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jemputan yang telah hadir memeriahkan perkawinan anak sulung saya.

Ucapan terima kasih terutama sekali kepada Yang Berbahagia Datuk Hajjah Raya Erom yang terlibat sejak majlis pertunangan anak saya  pada Mei lalu. Datuk Hajjah dan suaminya Datuk Seri Salleh Said turut bersama sewaktu majlis Akad Nikah di Masjid bandaraya pada 5hb November dan seterusnya sewaktu Majlis persandingan di Kg Petagas pada 6hb November.

Setinggi terima kasih juga kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Yahaya Husin, Menteri Pelancongan Datuk Masidi Manjun, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim, Datuk Zainab Ahmad, Datuk VK Liew, Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang, Datuk Arrifin Arif, Datuk Amir Kahar, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Sabah.

Saya juga turut hargai kehadiran sahabat-sahabat saya dari KL yang datang ke KK khusus menghadiri majlis perkawinan anak saya. Antaranya termasuk Zaharin Yasin (Sang Kelembai) Blogger Husin Lempoyang dan isteri, Din Johor dan Mohd Nor serta Dr Kadir Jaafar dan isteri.

Ramai lagi yang tidak dapat saya sebut satu persatu di sini. Kehadiran kalian amat kami hargai dan setinggi-tinggi terima kasih daripada kami sekeluarga.

3 Responses to "BUSANANEKA PERKAHWINAN SUKU BAJAU SABAH DI PROMENADE HOTEL"

bRAVEhEART said...

Salam bro,
Selamat Hari Raya. Semoga persahabatan kita akan tetap berkekalan ~ BH

CUCU TOK WAN said...

tahniah Pak Musli...

kalau kena musimnya, baik bajanya, sistematik corak tanamannya, subur tanahnya... tak lama lagi, dapat pulalah Pak Musli seorang budak kecil yang dipanggil CUCU...

musli oli said...

cucu tok wan dan braveheart, terima kasih. Insyallah, jika di izin Allah saya akan menjadi Atok tak lama lagi.