Daif dan miskin rakyat bumiputera Batu Sapi
Saya memandu sendirian ke Batu Sapi melalui jalan Pitas, Kanibongan, Paitan terus ke Sandakan. Kereta Nissan X Trail saya memang tahan lasak dan sesuai untuk adventure. Sambil itu saya ingin melihat sendiri keadaan pekan-pekan kecil di kawasan Pedalaman Sabah yang belum pernah saya kunjungi.
Ternyata kawasan pekan kecil masih dalam keadaan amat daif dan miskin. Ketika singgah di Kanibongan, saya berbual dengan penduduk Ubian dan Suluk sedang menjual hasil laut. Menurut mereka di sebelah darat kebanyakannya orang Rungus dan Dusun, tetapi kawasan pantai kaum Ubian, Bajau dan Suluk.
Kanibongan yang satu ketika kaya dengan balak, hanya terdapat 3 atau 4 kedai runcit yang diperbuat dari papan. Manakala pekan kecil Paitan hanya sebuah kedai runcit sahaja. Disamping tersedia tapak tamu (pasar minggu) yang sunyi sepi sewaktu saya singgah pada petang itu.
Kanibongan yang satu ketika kaya dengan balak, hanya terdapat 3 atau 4 kedai runcit yang diperbuat dari papan. Manakala pekan kecil Paitan hanya sebuah kedai runcit sahaja. Disamping tersedia tapak tamu (pasar minggu) yang sunyi sepi sewaktu saya singgah pada petang itu.
Saya seolah-olah menonton filem "Back to the Future". Seperti saya kembali 50 tahun yang lalu. Beginikah keadaan Sabah sewaktu pemerintahan British?
Tetapi airmata saya hanya menitis bila melihat kemiskinan rakyat di kampung Lupak Maluas, Kg Gas, Kg Istimewa, Kg Bahagia dan kawasan-kawasan perkampungan Bumiputera Islam di sekitar persisiran pantai parlimen Batu Sapi.
Bunyi musik dan nyanyian Karaoke dari markas BN di perkarangan MPS hanya seperti lagu-lagu dari filem Hindustan yang menyebabkan rakyat lupa kesusahan hidup mereka buat seketika. Filem Hindustan sentiasa menggambarkan kekayaan tetapi selepas menonton filem, rakyat kembali ke rumah mereka yang hampir roboh!
Begitulah nasib penduduk miskin di kawasan Batu Sapi!
Bunyi musik dan nyanyian Karaoke dari markas BN di perkarangan MPS hanya seperti lagu-lagu dari filem Hindustan yang menyebabkan rakyat lupa kesusahan hidup mereka buat seketika. Filem Hindustan sentiasa menggambarkan kekayaan tetapi selepas menonton filem, rakyat kembali ke rumah mereka yang hampir roboh!
Begitulah nasib penduduk miskin di kawasan Batu Sapi!
Saya juga diberitahu, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansoor gagal menahan sebak bila memasuki sebuah rumah rakyat miskin yang lumpuh dalam siri lawatan ke kawasan itu. Barangkali keadaan hidup rakyat di kawasan Lupak Maluas tidak pernah dilihat di mana-mana dalam negara ini.
Seumur hidup, saya tidak pernah nampak minyak makan dan kicap dijual dalam peket plastik dengan harga 20 sen sepeket!!
Untuk menggoreng ikan, 5 peket minyak makan diperlukan. Jika tidak ada duit seringgit, ikan hanya direbus bersama garam dan kunyit. Bayangkan betapa daifnya hidup rakyat di kawasan ini..MasyAllah!
"Keadaan seperti itu hanya berlaku di setengah negara Afrika yang amat miskin!" Kata Tan Sri Majid Khan yang kebetulan bertemu dengannya selepas makan seafood di Ocean King.
"Yang peliknya, kemiskinan ini berlaku dalam bandar, tak sampai 5 batu dari bandar Sandakan" Begitu nada kesal yang diluahkan Datuk Akhbar Khan, bekas MP Libaran yang bersama dengan Tan Sri Majid.
Seperti kawasan filem "Slumdog Millionare" tegas Akbar lagi.
Sungguhpun begitu, rakyat bumiputera Islam yang terdiri dari Bajau dan Suluk merupakan penyokong hardcore UMNO dan BN. Walau sekian lama nasib mereka tidak terbela dan kerap dijanjikan bulan dan bintang setiap kali pilihan raya, namun kesetiaan mereka tidak pernah berbelah bahagi! Apakah kemiskinan menjadi punca mereka tiada pilihan dan terus menyokong kerajaan?
Rakyat bumiputera Islam di kawasan Batu Sapi telah terlepas pandang sekian lama. Satu ketika dulu ketika industry balak menjadi penyumbang utama aktiviti ekonomi bandar Sandakan, golongan ini tidaklah miskin seperti keadaan sekarang.
Rakyat bumiputera Islam di kawasan Batu Sapi telah terlepas pandang sekian lama. Satu ketika dulu ketika industry balak menjadi penyumbang utama aktiviti ekonomi bandar Sandakan, golongan ini tidaklah miskin seperti keadaan sekarang.
Golongan pengundi bumiputera Islam yang merupakan 42% daripada jumlah pengundi adalah penyokong setia BN di Batu Sapi. Jika golongan ini masih setia pada BN dalam PRK kali ini, Batu Sapi akan dipertahankan BN. Jika tidak?
sama-sama kita renungkan....
sama-sama kita renungkan....
6 Responses to "BATU SAPI KEKAL MILIK BN. JIKA.....?"
Saya sudah beberapa kali melalui jln tersebut. Sabah memang negeri kedua miskin di malaysia. Ironinya, BN/UMNO sudah mmerintah sabah sekian lama dan sabah juga mempunyai sumber ekonomi yg sangat banyak.Masalahnya para pemimpin ini turun padang hanya ketika perlukan undi dari rakyat.Masa inilah segala peruntukan kilat diberi. Org sakit dan miskin dilawat, dipeluk. Mana mereka sebelum ini? Nak menghadiri kenduri kahwin org miskin pun tak ada masa.BN/UMNO tak salah, yg salah adalah pemimpinnya yg arrogant. Are they really sincere in serving the need of the rakyat?Kesian org kampung yg setia, walau di peduli secara bermusim, mereka tetap mengundi BN.Berubahlah sebelum generasi yg berumur 40 tahun kebawah mengubah undi mereka...
Wahai orang-orang yang beriman,baca dan renungkan "Agama Islam dan Kebenaran-Bahagian I, Bahagian II" disini: http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html
Membaca blog sdr Musli Oli - selain dari membuat saya sedih, menimbulkan kemarahan saya yang amat sangat. Apakah yang dibuat oleh UMNO/BN Batu Sapi selama hari ini? 42% penduduknya adalah bumiputra Islam - dan mereka terdiri dari Melayu Bajau dan Suluk. Beginikah layanan yang diberi kpd penyokong-penyokong BN yang setia mengundi kepimpinan sejak bertahun? Saya amat berharap pemimpin UMNO di pusat memantau pemimpin UMNO di peringkat negeri Sabah dan khususnya bahagian Batu Sapi ini. Jangan bila habis Pilihanraya, semua mereka ni hilang meninggalkan pengundi/penyokong ini kembali menderita dalam serba kemiskinan...dan janji hanya tinggal janji...
Baguslah, YAB Dato Sri Presiden memutuskan untuk membuat perubahan kepada kepimpinan parti. Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin negeri Sabah (dan negeri-negeri lain) mengambil tanggungjawab dan menjawab akan amanah yang dipikul ketika berebut-rebut mengejar jawatan dalam parti. Tanya pada Shafie Apdal dan Musa Aman, siapa kah yang kini menikmati kesenangan akibat sokongan dan undi yang diberi oleh penduduk-penduduk kawasan Batu Sapi ini pada p/raya yang lalu? Apakah balasan dan ganjaran yang diberikan kepada pengundi-pengundi yang meletakkan mereka di kedudukan yang mereka nikmati sekarang?
Syukurlah Tan Sri Mahyudin, Timbalan Presiden turun sendiri untuk menjenguk keadaan dan serta merta memberi kelegaan kepada penduduk di Batu Sapi dengan membina masjid. Kalau Batu Sapi menang, Tan Sri Timbalan Presiden yang juga Timbalan Pengerusi Pilihan Raya dapat mempastikan agar pembangunan segera dalam bentuk:
1)Bantuan rumah PPRT orang miskin
2)Bekalan api dan air yang bersih
3)Kemudahan jalanraya
4)Kemudahan pengangkutan (bas)
yang semuanya merupakan kemudahan asas - dapat segera diberikan kepada penduduk-penduduk di Batu Sapi ini. Balaslah budi mereka dengan menepati janji yang kita buat.
Saya harap Tan Sri Timbalan Presiden pantau serapat-rapatnya Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi (siapa dia???) dan suruh dia buat kerja mempastikan Ahli Parlimen BN yang menang memelihara kebajikan anak-anak buahnya. YB Tan Sri juga patut syorkan perubahan kepada YAB Dato Sri Presiden (apabila beliau membuat rombakan nanti) sekiranya Ketua Bahagian tersebut jelas gagal menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang prihatin. Naib Presiden Dato Shafie Apdal kena turun berkerja keras membetulkan keadaan dan memperbaiki reputasi UMNO yang sepatutnya menjaga kawasan itu. Setakat ini sungguh memalukan bahawa Batu Sapi yang tidak langsung jauh dari Sandakan (kawasan Shafie Apdal sendiri)berada dalam keadaan yang begitu melarat sekali-sedangkan Sandakan begitu mewah dan selesa.
Inikah nasib Melayu apabila di bawah bukan Melayu? Segeralah Dato Sri Presiden dan Tan Sri Timbalan Presiden memberi perhatian kepada perkara ini. Kesianlah kepada ahli-ahli kita di Batu Sapi, mereka masih belum putus harapan dan tidak akan menghampa dgn sokongan yg akan terus menyelamatkan parti kita!
-UMNO Semenanjung yg bersimpati
salam uncle,
baru sahaja BN diumum mengekalkan batu sapi. dan BN menambah majoriti. dan rakyat miskin baru shaja menyimpan beratus ringgit wang pemberian tambang kononnya. maka dengan kemenangan BN inilah BN sekali lagi membuktikan sabah akan terus ditimpa masalah dan orang miskin bakal menemui jalan yang lebih sukar, hajat YTL yang diharap menang dan diharapkan mewakili suara sabah di parlimen dengan lantang tidak kesampaian, anak sabah bakal terus melihat orang seberang berkuasa, graduan sabah bakal terus sukar mencari pekerjaan dan ramai akan terus bekerja2 di kedai runcit dan makan seperti sekarang, anak sabah yang layak assessment akan terus pergi dan balik tambang sendiri ke semenanjung dan akan terus mendapat keputusan gagal kerana suara yang diharapkan tidak berkumandang. selepas R1 kontrak kementerian pelajaran mendapat surat ditamatkan hujung tahun ini, kini giliran pembantu tadbir sementara majlis peperiksaan pulak mendapat surat penamatan kontrak hujung november ini seterusnya bakal menghadapi masalah menanggung keluarga kerana ada yg sudah 10-11tahun bekerja. selepas ini kita mungkin mendengar surat untuk GSTT dan pgawai tadbir kontrak jabatan pelajaran mendapat surat penamatan kontrak. namun syukurlah mungkin semua ini ada hikmahnya. hikmahnya batu sapi dapat MRSM, dapat lagi rumah pprt, dipulau2 dapt wang seratus dan plywood 30 keping. walaupun ikan rebus kadang2 sedap dari ikan goreng namun di sembulan pun sudah sekian lam ada jual peket2 20 sen tersebut walaupun sudah sekian lama kita merdeka. dan di pitas perlu pergi ke KM untuk dapat surat khabar sejauh 51KM. BSN pitas buka isnin sampai rabu sahaja iaitu BSN bergerak sahaja. akhir kata kemenangan BN ini menunujukkan rakyat sabah terus sukar menjalankan hidup dan kroni terus kaya...dunia hanya sementara akhirat kekal selamanya. ndak juga rugi duit DMA berjuta habis, manang jugak ba.
bie1. Salam.PM dan TPM sering mengingatkan golongan politik dan pejawat awam supaya memfokuskan pembangunan di Sabah dan Sarawak.Ke dua-dua negeri masih jauh ketinggalan anberbanding dengan negeri2 yang terdapat di Semanjung Malaysia.Seharusnya peringkatan perlu disambut dengan tindakan oleh mereka yang berkenaan.
2. 47 tahun Sabah telah merdeka mealalui gagasan Malaysia.Wahai para pemimpin bertindak secara proaktif.Jauhilah kemudiankan kepentingan diri dan dahulukan keperluan rakyat.
1. ADALAH DIHARAPKAN PEMIMIPIN YANG TELAH DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT MELALUI PROSES DEMOKRASI TERUS MENUNAIKAN JANJI2 SEMASA PILIHANRAYA.JANGAN SAMPAI JANJI YANG DIBUAT MENJADI SEKADAR "JANJI TERANG BULAN".
2. HARAPN RAKYAT SETINGGI GUNUNG KINBALAU UNTUK KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN MEREKA DAN DEMI MASA DEPAN ANAK2 MEREKA.RAKYAT SEMEMANGNYA INGI MENIKMATI ERTI KERMERDEKAN SETELAH SABAH MERDEKA MELALUI MALAYSIA 47 TAHUN NAN LALU.SEMOGA BN AKAN TERUS UTUH DAN MANTAP DALAM MEMBELA RAKYAT.HARAPAN DAN IMPIAN RAKYAT JANGAN MUDAH DIPERSIAKAN.JIKA PEMIMPIN GAGAL SUDAH PASTI RAKYAT AKAN MENILAIKAN PRESTASI MEREKA DI PRU13 AKAN DATANG.
3. PEMIMPIN YANG GAGAL DAN YANG HANYA PANDAI MEMPERALATKAN MANDAT RAKYAT UNTUK DIRINYA SENDIRI BUKAN UNTUK RAKYAT....DI DUNIA MEREKA BERJAYA TAPI DI AKHIRAT MEREKA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI PEMBALASANNYA.
Post a Comment