ARTIKEL BARU

PENAGGUHAN PEMILIHAN UMNO - PRU DI AWALKAN. SO WHAT??


Gagasan 1Malaysia telah diterima baik setiap lapisan rakyat!

Spekulasi pilihan raya umum ke 13 akan diadakan lebih awal  bertiup kencang setelah Majlis tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya semalam mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu selama 18 bulan.

Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan selewatnya pada November tahun 2011 kini boleh diadakan sebelum bulan Mei 2013.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada 1999, 2003 dan 2007, dalam tempuh 18 bulan penangguhan itu  pilihan raya umum diadakan. Oleh itu berdasarkan pengalaman lalu, pilihan raya umum ke 13 akan diadakan antara bulan November 2011 hingga bulan Mac 2013.

Mac 2013 adalah tempuh berakhirnya penggal pemerintahan kerajaan yang memerintah hari ini kerana pilihan raya terakhir ialah pada mac 2008.

Setelah menang besar di parlimen Batu Sapi dan menawan DUN Galas daripada parti PAS, BN kelihatan lebih yakin menghadapi rakyat untuk mendapat mandat baru. 

Apakah perlu Najib mengadakan snap election?

Saya tidak nampak ada keperluan untuk  BN mengadakan PRU 13 diadakan lebih awal.  Sebagai pemimpin yang berpengalaman,  Dato Seri Najib sudah tentu tidak mudah terpengaruh dengan pendapat yang mencadangkan  PRU perlu diadakan serentak dengan Sarawak  mengambil kesempatan kemelut yang melanda parti-parti Pakatan Rakyat terutama PKR.

Namun harus juga diingat, kekuatan PKR bukan pada organisasi atau ahlinya tetapi golongan rakyat biasa yang bersimpati dengan perjuangan parti itu. Majoritinya bukan ahli PKR atau mana-mana parti politik! 

Kekuatan BN pada hari ini terletak pada  imej Perdana Menteri,  Dato Seri Mohd Najib Tun Razak serta dasar-dasar baru yang diperkenalkannya.   

Amat malang sekali, jika BN mengharapkan kemenangan dalam PRU semata-mata kerana kelemahan lawan bukan kerana diatas keyakinan bahawa BN adalah pilihan terbaik rakyat melalui dasar-dasar pemerintahannya.  


16 Responses to "PENAGGUHAN PEMILIHAN UMNO - PRU DI AWALKAN. SO WHAT??"

Fizal said...

Harap-harap PM Najib Razak akan membuat keputusan dengan baik.

tombolo said...

pemilihan UMNO ditangguhkan bermakna PRU13 tidak akan diawalkan. apapun, persediaan kena ada bagi menghadapi PRU13.

ben said...

rasanya, pemilihan UMNO ditangguhkan adalah bukan bertujuan untuk pilihan raya tetapi untuk menjadikan parti lebih kukuh supaya setiap ahli parti tidak lagi berfikir hendak bertanding untuk jawatan.

ben said...

tidak kira bila PRU akan diadakan yang penting setiap pemimpin perlu fokus untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Unknown said...

Pemilihan UMNO ditangguh tapi PRU 13 diawalkan??rasa tidak ada guna sudah Pemilihan UMNO jika demikian.

Unknown said...

Tidak pasti PRU 13 bila akan dilakukan.Betul kata penulis ini. Jika 18 bulan penangguhan maka pemilihan UMNO itu selepas PRU13, ini tidak bermakna lagi Pemilihan UMNO dilakukan. Sepatutnya pemilihan UMNO sebelum PRU 13 berlangsung.

Mohd Ishak said...

Saya rasa tiada perbezaan sama ada pemilihan ini diadakan awal ataupun ditangguhkan.

Anonymous said...

tidak perlu terburu2 mengadakan PRU walaupun kedudukan BN semakin kukuh dan stabil. konflik yang berlaku dalam komponen Pakatan rakyat belum tentu mampu mempengaruhi minda rakyat dalam membuat pertimbangan. oleh itu, biarlah setelah BN benar2 stabil atau segala tuntutan rakyat dapat dipenuhi barulah BN memutuskan untuk mengadakan PRU.

Unknown said...

saya secara peribadi tidak bersetuju pemilihan ditangguh..penangguhan juga dibuat sebelum PRU 12, kesannya tidak seperti diharapkan.

sepatutnya selepas pindaan perlembagaan UMNO yang memberi lebih kuasa memilih kepada ahli-ahli diperingkat akar umbi, amat baik jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU.

pemimpin-pemimpin UMNO yang terpilih adalah pemimpin yg benar2 berpengaruh dikalangan anggota parti. jika pemimpin itu dipilih tidak timbul isu "winnable candidate".

apapun keputusan MT harus dipatuhi..

Salam MO

Paquin said...

Apalah nak disibukkan sangat dengan PRU??? Tunggu ja la..

Paquin said...

Jika t/jawab dah dijalankan sebaik mungkin tak perlulah risau. Rakyat pasti akan bagi sokongan padu juga tu nanti.

Paquin said...

Appaun saya harap PM dapat buat keputusan yg terbaik :)

Jonny said...

Diharapkan Umno akan membuat keputusan yang terbaik mengenai perkara ini. Bukan juga kita boleh membuat apa-apa lepas keputusan itu diputuskan. Tunggulah dan lihat.

Unknown said...

Semua parti kenalah bersedia dan sentiasa fokus untuk melaksanakan tanggungjawab. Apa-apapun, selamat berjuang!

Cherrybloom said...

Memang diterima baik tapi ada juga segelintir yang tidak pernah @ cuba untuk melahirkan perasaan 1Malaysia.

azam said...

Itu keputusan kerajaan, suka atau tidak terpaksalah kita terima.