Tunku Abdul Rahman
Kira-kira sebulan lalu seorang kenalan diberi ucapan tahniah kerana mendapat PhD daripada sebuah universiti luar negara. Beberapa bulan sebelum itu dia juga mendapat gelaran "Datuk" entah dari mana saya tidak ingat. Setahu saya kenalan ini sekadar lulusan SPM. Mungkin dia mendapat first degree secara pengajian jarak jauh atau secara on line, saya tidak pasti.
Namun akhir-akhir ini sudah menjadi satu kegilaan dikalangan rakyat mengejar pangkat dan gelaran. Nampaknya ramai merasa bangga meletakkan title Dr, Ir atau apa-apa sahaja yang dipangkal nama atau di hujung nama mereka. Ada yang tidak segan silu meletakkan title Datuk atau Datuk Seri atas poket baju atau name tag. Seingat saya bekas Perdana Menteri hanya letak nama "Mahathir" tanpa ada sebarang gelaran atas name tagnya.
Saya juga kerap dipanggil Datuk jika menetap di hotel yang kerap dikunjungi orang politik. Kawan-kawan saya pun ramai yang bergelar Datuk. Adakalanya saya jadi keliru dan tak tahu mana yang betul-betul Datuk.
Penganugerahan pingat kebesaran adalah hak dan kuasa Sultan dan raja-raja Melayu termasuk gabenor dan TYT negeri-negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Penang. Pingat dan kebesaran itu biasanya sebagai mengenang jasa mereka kepada negeri dan negara.
Perdana Menteri pertama, Almahrum Tunku Abdul Rahman tidak pernah diberi anugerah Datuk, Dato, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba hanya dipanggil Encik sehingga dia bersara dan diberi anugerah Datuk. Prof Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh akademik tersohor juga tidak pernah digelar Datuk atau Tan Sri,
Dalam kabinet pertama Tunku, daripada 15 anggota kabinet, hanya 5 orang yang diberi anugerah Datuk. Menteri Kewangan pertama, Tan Siew Sin cuma diberi gelaran Tun setelah bersara dari kerajaan dan politik.
Dua orang Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Pow Nee dan Dr Lim Chong Eu hanya masing-masing dapat gelaran Tan Sri dan Tun setelah mereka bersara.
Tidak apalah jika semua pemimpin yang ada jawatan kerajaan diberi gelaran Datuk kerana sumbangan mereka kepada rakyat dan negara. Begitu juga pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai peranan besar seperti Ketua Bahagian parti politik.
Apakah yang membezakan pemimpin dahulu dan sekarang?
Dulu pemimpin kerajaan dan politik bukan orang berniaga. Samada mereka bergelar Datuk atau Tan Sri tidak memberi sebarang kesan terhadap diri mereka kerana matlamat hanya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Hari ini pemimpin tinggi, menengah atau rendah perlu gelaran dan title kerana ingin bersaing bukan sahaja mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam parti dan kerajaan tetapi untuk berniaga...
0 Response to "ORANG KITA GILA PANGKAT DAN GELARAN!"
Post a Comment