ARTIKEL BARU

MUHYIDDIN TEGUR KERANA RAKYAT ATAU KERANA MAHATHIR?


Seperti dijanjikan, saya sambung tulisan semalam, kenapa pertahan Najib?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mngkritik dan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir, setelah dia berada diluar kerajaan. Semasa dalam kerajaan, Anwar tidak pernah mengkritik polisi Tun Mahathir secara terbuka atau dalam majlis parti. Setelah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilucut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO,  barulah Anwar mencabar Tun Mahathir.

Berbeza dengan Anwar, Tan Sri Muhyiddin mengkritik pentadbiran Dato Sri Najib sewaktu beliau masih Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor dua dalam UMNO. Dua insiden kritikan terbukanya terhadap polisi kerajaan terutama isu 1MDB telah menjadi viral dalam laman sosial. Pertama semasa program KRIS di Janda Baik. Kedua semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Cheras.

Dalam politik, kita hanya ada dua pilihan. Menyokong atau menentang kerajaan. Menyokong kerajaan bermakna menyokong keseluruhan organisasi termasuk menyokong ketua kerajaan dan polisi-polisinya. 

Tindakan Muhyiddin tidak pernah dilakukan TPM sebelum ini. Tun Musa Hitam pernah tegur dasar Tun Mahahtir dan pernah berkata, gandingan 2M tidak lagi cocok, tetapi teguran itu berlaku setelah dia meletakkan jawatannya bukan semasa dalam jawatan TPM. Demikian halnya dengan Tun Ghaffar Baba. Malah dalam karier politiknya, Pak Ghaffar tidak pernah menegur dasar Tun Mahathir, baik semasa dalam kerajaan maupun selepas meninggalkan kerajaan.

Setelah PRU 2008, terdapat suara-suara pemimpin UMNO mahu Tun Abdullah Badawi berundur kerana BN hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Prestasi UMNO juga merudum dan kehilangan banyak kerusi parlimen. Kritikan agak keras daripada Tun Mahathir sudah dilemparkan sebelum PRU lagi. Ia bertambah keras dan pedas setelah UMNO hilang banyak kerusi dan kalah di Selangor dan Perak. 

Desakan Tun Mahathir supaya Pak Lah berundur disokong beberapa orang lagi pemimpin UMNO termasuk Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi yang mengejutkan ialah sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Tun Mahathir.   Muhyiddin menteri kanan dan Naib Presiden UMNO. Tambahan pula Muhyiddin dianggap orang Pak Lah. Dia tidak pernah menegur dan mengkritik pentadbiran Pak Lah. Malah ada yang berpendapat, Muhyiddin adalah pilihan Pak Lah sebagai timbalannya jika bukan kerana 'package' peralihan kuasa Tun Mahathir yang mahu Najib dilantik sebagai TPM.

  


0 Response to "MUHYIDDIN TEGUR KERANA RAKYAT ATAU KERANA MAHATHIR?"