Dasar migrasi dan membandarkan orang Melayu GAGAL…
Orang Melayu secara semula jadi sesuai tinggal di kampong. Naluri Melayu sinonim dengan suasana kampong. Suka dengar deruan ombak, kicauan burung, kehijauan bendang. Sebab itu bila tiba Hari Raya, orang Melayu tak sabar nak balik kampong. Mereka sebenarnya bahagia duduk di kampong. Kampong adalah seperti syurga kepada orang Melayu.
Majoriti orang Melayu dalam bandar sekarang adalah generasi pertama migrasi “minah karan” tahun 80an. Berkerja di Kilang-kilang elektronik di kawasan perindutrian Sungei Way, Shah Alam, PJ dan kawasan perindustrian sekitar yang lain.
Semasa masih bujang minah karan menyewa bilik dan tinggal sampai 4 orang satu bilik untuk menjimat perbelanjaan. Bila dah kawin, selalu jodoh dengan pekerja kilang juga, atau pemandu teksi, atau kerani atau penjual burger. Selepas itu berpindah ke Flat Bandaraya atau membeli rumah murah flat 2 bilik. Sesuai dengan kelayakan pinjaman bank.
Tidak semua orang Melayu tinggal dalam flat. Ada juga yang bernasib baik. Berjaya dalam perniagaan. Membeli rumah besar atau bungalow dalam bandar. Ada yang menyertai politik. Ada berjaya sebagai kontraktor. Tetapi jumlah yang kaya tidak ramai berbanding dengan yang sekadar survive tinggal dalam flat dan rumah pangsa.
Dapat anak pertama amat bahagia. Dapat 2 anak masih ok. Tetapi kalau dah sampai 7 anak tinggal dalam flat 2 bilik. Masalah besar. Bila anak-anak semakin membesar. Perbelanjaan makan-pakai, sekolah, bas, buku, dan sebagainya bertambah. Gaji kilang tak sampai kemana. Emak dan ayah terpaksa kerja shift malam untuk menambah pendapatan.
Rumah yang sempit, hanya mampu satu TV dan satu astro. Adik kecil nak nonton kartun. Kakak mau tenguk drama Korea. Abang nak tenguk bola MU. Gaduh. Berebut remote control. Tension. Stress. Anak lelaki turun flat. Jumpa kawan-kawan di tangga. Ada ajak main gitar. Okey juga. Ada harapan jadi artis AF atau One In a Million.
Tapi bagaimana jika hisap rokok? Ganja? Syabu? Ada pula kawan ajak merempit. Emak dan ayah hanya balik jauh malam. Letih dan terus tidur. Kemana anak remaja perempuan? Masih lepak gerai mamak. Pengaruh kawan-kawan ajak kerja GRO part time. Nak beli hanfon canggih, perlu ada duit. Jadi pelacur?
Orang Cina pun ramai juga tinggal dalam flat. Tetapi jarang orang Cina yang tinggl flat ada anak lebih dari dua. Mereka merancang masa depan mereka dan anak-anak mereka. Tapi orang Melayu tidak suka merancang keluarga. Membesar keluarga dengan menambah isteri perkara biasa. Tapi bukan merancang jumlah anak.
Orang Melayu di bandar, marah dengan kerajaan kerana mereka miskin dan hidup susah. Mereka balik kampong masa hari mengundi dan memangkah parti pembangkang. Tapi orang Melayu yang duduk di kampong, hidup bahagia dapat subsidi padi majoriti masih menyokong kerajaan.

Apa kata kalau orang Melayu yang tinggal di bandar berpendapatan kurang RM3000, kerajaan buka tanah-tanah baru seperti rancangan FELDA, FELCRA dan minta orang Melayu duduk semula di kampong? Fikir-fikirkanlah!
4 Responses to "MELAYU BANDAR DAN MELAYU KAMPUNG.."
salam ziarah,
Satu cadangan yang amat baik demi suvival "Melayu" itu. Namun yang menjadi persoalan adakah mereka-mereka ini sanggup balik ke kampung???
teruskan penulisan saudara..
salam.. ada yang hendak ke? da biasa dengan lampu-lampu neon di bandar.. kecuali kampong-kampong serba lengkap..
Salam Sdr Musli..
Tulisan sdr nampak bersahaja tetapi membawa mesej yg jelas...
Apakah penghijrahan orang melayu ke bandar-bandar besar menyebabkan tekanan kepada mereka?
Bagaimanakah orang cina dapat bertahan dengan ekosistem kehidupan bandar?
-Antara persoalan yang berkait dengan tulisan sdr...Secara lebih tuntas saya berpandangan bahawa 'penghijrahan' ini semacam menjadi satu tuntutan hidup kerana kota dilihat lebih menjanjikan kehidupan yg baik..sedangkan hanya kilauan neon kota yg indah...selebihnya...'jauh panggang dari api"..itupun masih ramai yg terpedaya..
-Orang Cina memang hidup di kota kerana mereka tidak ada tempat di Kg2.Tambahan lagi dasar penjajah dulu memisahkan penempatan masyarakat..'pecah dan perintah' ..
sekian terima kasih..
Ia berbalik kepada kekuatan MENTAL dan MENTALITI yang ada pada Melayu itu sendiri....adakah secara keseluruhan Melayu mempunyai mentaliti yang maju???
Timbang-timbang dan nilaikanlah..
Banyak yang boleh dilakukan oleh Melayu...cuma kekuatan mentaliti sahaja yang masih belum kuat dan perlu diperkuatkan melalui perpaduan sesama Melayu dan individu Melayu itu sendiri bak kata Pendita Za'ba, "Perangai bergantung Kepada Diri Sendiri"
Wallahu'alam
Post a Comment