ARTIKEL BARU

Sabahkini.net BENARKAH DIUPAH UNTUK FITNAH SHAFIE APDAL???




Sabahkini merupakan websites yang popular for a wrong reasons diSabah kerana kerap menyiarkan artikel dan berita-berita politik yang bersifat sensasi. Hanya akhir-akhir web itu mengorak satu langkah lagi kerana banyak menyiarkan artikel yang berunsur fitnah yang melampau. Terbaru ialah dua artikel serangan peribadi keatas naib presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal.

Tidak ramai penulis politik di Sabah. Sebagai penulis veteran, hampir semua saya kenal dan mereka mengenali saya. Bila nama seperti “Yatim Suhaili” menggunakan ayat seperti “Bapa beruk”, “bapa ayam atau father of all chickens” dan “bapa estacy” sebagai merujuk kepada seorang pemimpin UMNO Sabah, orang ramai bertanya, siapa pulak Yatim Suhaili?

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina. Setiap penulis ada gaya yang tersendiri. Saya pernah bertemu dengan penulis yang menggunakan ayat yang sama keluar dari mulutnya sewaktu berhujah kerana hatinya dipenuhi rasa dendam, marah dan penuh kebencian. Bila menulis, dia menjadi seorang penulis yang tidak beretika dan bertanggungjawab terhadap tulisannya maka itu dia menggunakan nama samaran.

Pengendali web Sabahkini,net adalah seorang "gentleman"  saya telah kenal lama dan termasuk dalam senarai "close friend" atau kenalan rapat. Saya pasti bukan dia orangnya kerana saya tahu dia seorang yang berani dan bertangguungjawab. Saya hormati beliau sebagai seorang yang berprinsip dan mempunyai kredibiliti sebagai penulis politik.

Atas alasan itu saya tidak percaya apabila seorang pemimpin kanan UMNO Sabah memberitahu saya, “Sabahkini under Musa’s payroll, satu syarikat (nama diberitahu) membayar sekurang-kurangnnya 25k sebulan untuk serang Shafie dan penyokongnya!!”.

Haaaaa? Saya agak terkejut. Biar betul!! Terlalu sukar saya percaya maklumat itu walaupun memang ada perubahan ketara kerana kebelakangan ini tiada lagi artikel sabahkini yang mengkritik Ketua Menteri Sabah. Sebelum ini bukan main banyak serangan keatas Datuk Musa Aman berhubung dengan isu balak, isu 16 juta dari Hongkong dan lain-lain.

Satu ketika dulu saya pernah dituduh sebagai salah seorang penulis dalam Sabahkini apabila beberapa artikel muncul dalam web itu mendedahkan beberapa penyelewengan dalam kerajaan negeri Sabah. Saya secara peribadi pernah ditanya oleh Datuk Musa Aman dalam satu pertemuan ditingkat 30 Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Sudah tentu saya tidak mengaku bertanggungjawab kerana saya tidak pernah menulis dalam sabahkini. Walaupun begitu saya mengakui beberapa artikel saya dipetik dan disiarkan web itu daripada blog SEKALI KETUK.

Namun saya masih sukar percaya Sabahkini diupah untuk menyerang Naib Presiden UMNO merangkap seorang menteri di kerajaan Persekutuan. Agak tidak masuk akal seorang yang gentleman menerima upah untuk memburuk-burukkan peribadi dan menyibar fitnah keatas seorang pemimpin negara. Sama-sama kita fikirkan.



3 Responses to "Sabahkini.net BENARKAH DIUPAH UNTUK FITNAH SHAFIE APDAL???"

SUARA RAKYAT said...

Salam Sekali Ketuk. Memang ada perubahan ketera tulisan sabahkini sejak akhir-akhir ini. Musa Aman bukan lagi serangan mereka, sebaliknya beralih kepada Safie. AYT juga tertanya-tanya kenapa.

Antara para bloger memang telah menjadi buah bibir - Sabahkini telah under payroll Musa Aman dan diperkuat pula oleh pengakuan seorang Pemimpin kanan Umno, maka ini merupakan set back kepada kenyataan Musa Aman di Kota Marudu semasa merasmikan persidangan Bahagian itu. Semasa persidangan itu MA berkata, jangan ada puak2 dalam Umno, jangan ada unsur tikam belakang antara para pemimpin; adakah ini semuanya sandiwara; agar tidak terkait dengan agenda tersembunyi?.

Kalaupun bersaing untuk merebut kepimpinan Negeri-jangan lah melalui cara ini? gentleman lah!!

Unknown said...

macam ada kebenarannya. Kalau mutalib md. menafikannya, minta dia melakukan sumpah laknat.

i-Care said...

......selalunya berudu akan menjadi katak... kalo merujuk 'berudu2' di kebanyakan paya di Sabah!! Boleh rujuk Tan Sri Ghani Gilong!!! Boleh rujuk 'puluhan berudu' yang masih bergayutan di pokok2 bakau di kepulauan borneo....Tq.