ARTIKEL BARU

VIDEO SEKS DAN SUKARNO


SUKARNO

Walaupun karier saya adalah penulis politik, saya kurang berminat beri komen mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang. Dalam buku terbaru, "Bermula atau Berakhir 1Legasi saya mengelak membicarakan isu tersebut.

Saya menilai seseorang berdasar hasil kerjanya bukan peribadinya. Ini prinsip saya. Jika seorang itu berkerja sebagai guru, hasil kerjanya ialah jumlah muridnya yang lulus peperiksaan bukan peribadi atau latar belakang seorang guru. Peribadi guru itu memang plus factor tetapi tidaklah dijadikan sebagai ukuran kejayaan. Seorang guru yang moralnya baik tetapi muridnya GAGAL bukanlah seorang guru yang berjaya.

Dalam politik juga begitu. Pemimpin adalah cermin rakyat. Seeloknya biar perangai dan budi pekertinya baik sebagai teladan kepada rakyat. Namun, ini jarang berlaku dalam dunia sebenar. Pemimpin hari ini ramai yang hidup dalam alam fantasi, ada yang mengamalkan hidup "dua alam". Depan rakyat seperti malaikat, tetapi belakang rakyat mengalah perangai setan dan iblis!

Ramai pemimpin negara peralat agama untuk bermain dengan sentimen rakyat. Islam dijadikan permainan emosi. Al Quran dan Hadis dijadikan seperti buku Machiavelli.

Presiden Sukarno tidak pernah meragakan imej sebagai seorang alim. Dia mengakui dirinya seorang "playboy" tetapi imej tersebut tidak jejaskan sokongan rakyat Indonesia terhadapnya. Sukarno bukan seorang yang hipokrit seperti kebanyakan pemimpin Melayu di Malaysia!

Saya pernah menonton video seks beberapa kali, saya kenal pelakunya tetapi saya simpan dalam hati. Bila orang tanya saya beritahu hanya pelaku itu sahaja boleh mengesahkan dirinya kerana seorang pemimpin sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya!




   

4 Responses to "VIDEO SEKS DAN SUKARNO"

Silent Observer said...

Saya setuju dgn sdr. Sy menilai seorang pemimpin dgn melihat hasil
kepimpinannya. Tetapi hasil kepimpinan anwar?? Oleh itu sy rasa
beliau tidak layak memimpin negara ini!

Ron Jeremy said...

Saya setuju!

Alim ulamak sepatutnya diukur dari dakwahnya dan berapa ramai yang dibawa kejalan kebenaran. Walaupun dia kaki perempuan dan berzina, dia tetap berjaya sebagai ulamak.

Juaga seorang polis, kejayaannya bergantung kepada jenayah-jenayah yang dapat ditumpaskan. Walaupun dia selalu ke spa dan melanggani pelacur, itu adalah hak peribadi dan tidak sama dengan tugas.

Jika seorang isteri menjalankan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak sehingga berjaya tidak perlu dipersoalkan jika dia ada boyfriend diluar.

"menilai hasil kerja"? Amat bijak sekali!

kamsani said...

Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
7. Tidak membunuh.
8. Tidak Berzina.
9. Sentiasa Bertaubat.
10. Sentiasa Beriman.
11. Sentiasa Beramal Saleh.
12. Tidak memberi persaksian palsu.
13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
Menjadi Pemimpin yang bertakwa

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Isteri yang penuh tanggungjawab kepada suami. Sebaliknya anak anak tidak sama warna kulit, ada yang macam bangla,dan ada warna matsaleh. Ini kerana asyik bertukar tukar meniduri boy friend.

Ada kah para suami setuju, isteri demikian dikekalkan sebagai isteri soleha. Dan anak anak yang berbagai warna kulit itu adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Lantaran kerjanya dianggap beres. Saya rujuk pendapat Sdr Ron.

Jika Alim Ulamak, segala kerjanya sebagai Ulama berkesan. Walhal dia kaki perempuan dan penzina. Lazimnya tiada kemustahilan yang kita dengar. Umpamanya jika ada, tentu dakwahnya condong ke jalan yang tidak benar. Tentu segala tanggungjawabnya sebagai ulamak dianggap terpesong.

Jika seorang Ketua Pemimpin, suka perpoya poya, termasuk keterlibatan dalam kelakuan tidak senonoh, umpamanya terlibat video sex.Lesbian jika seorang perempuan, amalan sex di luar tabii sesama jenis. Lelaki dengan lelaki. Tapi kerjanya sebagai Ketua berkesan. Kemungkinan peratusan yang setuju agak tinggi. Dan hanya sebilangan kecil yang setuju.