ARTIKEL BARU

TAHNIAH!! ANIFAH AMAN KEBAL DARI SERANGAN SABAHKINI


Task Force KDM ditubuhkan Tun Mustapha

Semalam saya menerima banyak sms dan panggilan telefon ekoran posting saya dalam blog ini. Seperti saya katakan saudara Mutalib MD adalah seorang gentleman dan picked artikel saya untuk disiarkan dalam web site yang dikenadalikannya. Tahniah saudara. Saya rasa saudara tidak perlu lakukan "sumpah laknat" kerana saya telah menafikan tuduhan yang dibuat seorang pemimpin kanan itu!!

Hari ini saya baca satu lagi artikel sabahkini dengan gambar seorang menteri kabinet  menyerupai hantu jerangkung. Tulisan ini  meminta Naib Presien UMNO supaya meminta ampun dan sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Perhubungan UMNO kerana telah menang jawatan Naib Presiden disebabkan sokongan Datuk Musa Aman.

Secara kebetulan saya adalah perwakilan UMNO pada pemilihan 2008. Nama ketua cawangan UMNO Tanjung Labian, bernama KUNSUL NAHUL yang buat kenyataan itu tiada pulak nama dalam senarai perwakilan UMNO Sabah 2008. Begitu juga nama penulis Abd Majid Hamid juga tiada dalam senarai perwakilan 2008 sewaktu pemilihan UMNO. Maknanya kedua-dua orang pembuat fitnah itu tidak tahu apa yang berlaku pada pemilihan UMNO 2008.

Rasanya  saya  tidak perlu mengulas disini permainan politik semasa pemilihan 2008. Tidak perlu didedahkan tipu muslihat dan arahan-arahan dari atas meminta jangan undi calon-calon tertentu kerana bukan niat saya untuk membongkar perkara-perkara lalu yang tidak memberi menfaat kepada perjuangan parti. Hanya saya ingin beritahu, Naib Presiden UMNO hanya perlu berterima kasih kepada perwakilan UMNO Sabah 2008 yang telah mengundinya walaupun diarah jangan berbuat demikian!!!

Janganlah bercakap mengenai Task Force KDM tanpa mengkaji latarbelakang sejarah penubuhannya. Task Force ini telah ujud sejak USNO kerana menjadi hasrat Tun Mustapha mengekalkan sokongn KDM setelah BERJAYA ditubuhkan dan kebanyakan pemimpin KDM meninggalkan USNO. Terbukti mendapat sokongan kerana Datuk John Ghani pernah menang kerusi atas tikit USNO walaupun dia dari KDM. Task Force itu kekal dalam USNO semasa pemerintahan PBS.

Apabila Tun Mustapha menjemput UMNO, dia telah memberi syarat kepada Tun Ghaffar untuk mengekalkan Task Force KDM dalam UMNO. Pengerusinya Tan Sri Kasitah Gadam yang pada masa itu menteri kabinet Perseketuan dan Datuk John Ghani adalah timbalan dan pernah dilantik mewakili KDM dari UMNO.

Semasa Tun Ghaffr, Tun Sakran Dandai, Datuk Salleh Said dan Datuk Osu Sukam menjadi Pengerusi UMNO Sabah mereka menyokong Task Force KDM, kenapa pula sekarang dipersoal?

Dalam UMNO hari ini lebih ramai ketua bahagian dari kalangan KDM yang menyokong Task Force ini kerana secara umumnya pemimpin-pemimpin KDM dari UMNO ingin dilihat sumbangan mereka sebagai pemimpin UMNO walaupun ada pemimpin dari parti-parti komponen yang mewakili KDM!

Siapa tahu parti komponen yang mewakili KDM akan sekali lagi berpaling tadah seperti tahun 1990? Sekarang UPKO dan PBRS kerap ugut BN jika tuntutan mereka gagal dipenuhi. Sampai bila UMNO harus tunduk? 
Oleh itu amat tidak masuk akal tuduhan mengatakan Datuk Shafie Apdal terlibat dengan penubuhan Task Force KDM!!

Saya cadangkan kepada pemimpin-pemimpin di Sabah ikutlah cara Datuk Anifah Aman....siapa ada syarikat-syarikat yang boleh beli iklan atau bayar saguhati hubungi Sabahkini. Sama-sama kita fikirkan.

4 Responses to "TAHNIAH!! ANIFAH AMAN KEBAL DARI SERANGAN SABAHKINI"

sabahnews said...

Bagaimana Mutalib M.D. belot kepada Datu Akjan

http://sabahnews.co.be

MARI BERTUKAR LINK JIK SUDI

Unknown said...

sabahnews. saya akan link sabahnews dengan sekali ketuk. terima kasih.

abidin tawau said...

bro, linkan blogku http://abidintawau.blogspot.com/ saya sudak linkan blogmu dalam blogku tq

abidin tawau said...

bro, linkan blogku http://abidintawau.blogspot.com/ saya sudak linkan blogmu dalam blogku tq