ARTIKEL BARU

ANTARA HJ AMAD FUAD DAN MAT SABU. BERJUANG ATAS PRINSIP!!


Tahniah kepada Mat Sabu terpilih jawatan kedua tertinggi parti PAS. Mat Sabu yang saya kenal bukan puak mana-mana. Jauh sekali digembar-gemburkan sebagai puak yang menyokong Anwar atau puak Erdogan. Mat Sabu adalah Mat Sabu, dulu dan selamanya yang saya kenal berjuang atas prinsip nya sendiri.

Semasa menjadi MP, Tun Mahahtir pernah berjumpa empat mata dengan Mat Sabu di menara Petronas KLCC. Apa Tun Mahathir tawarkan kepada Mat Sabu? kita tak tahu kerana Mat Sabu kata, itu antara dia dan Tun. Tapi yang pasti semua tawaran dan cadangan Tun Mahathir ditolak mentah-mentah Mat Sabu. Sebaliknya Mat Sabu yang membuat tawaran kepada Tun Mahathir.

Itulah kehebatan Mat Sabu. Dia bukanlah seperti pemimpin-pemimpin PKR yang dengan mudah tukar kiblat dan tukar kem. Ramai pemimpin PAS yang mempunyai prinsip yang jelas seperti Mat Sabu. Boleh dikatakan sebilangan besar pemimpin tertinggi PAS yang saya kenal seperti Sallahudin dan Husam. Mahfuz saya tak pasti kerana dia pun banyak masalah. 

Mimggu lepas saya jumpa Haji Tawfik Hj Ahmad Fuad, anak Presiden PAS yang pertama. Sifatnya yang suka merendah diri menarik perhatian saya. Barangkali mewarisi sifat ayahnya. Saya tak jumpa ayahnya namun saya gembira jumpa anaknya. 

Dalam buku terbaru "Bermula atau Berakhir 1Legasi", saya memberi sebab, Hj Ahmad Fuad keluar dari UMNO dan menubuh PAS kerana tidak senang dengan pengaruh Barat meresap dalam UMNO. Pemimpin hisap cigar dan minum wine semasa mesyuarat MKT.

Tun Mahathir memberi alasan, Ahmad Fuad keluar kerana kalah jawatan presdien UMNO.

"Tun Mahathir bersikap tidak adil melempar tuduhan kepada orang yang telah meninggal dunia dan tak berpeluang membela dirinya" Kata Hj Tawfik yang telah 30 tahun menetap di Mekah. Siapa tahu isi  hati Hj Ahmad Fuad pada masa itu?

Sebenarnya kata Hj Tawfik, antara sebab utama penubuhan PAS ialah kerana Ahmad Fuad tahu UMNO akan bergabung dengan MCA dan MIC. Hari ini gabungan itu telah menghantui UMNO.

Sama-sama kita renungkan....

1 Response to "ANTARA HJ AMAD FUAD DAN MAT SABU. BERJUANG ATAS PRINSIP!!"

Mohd said...

Utk membalas jasa Lim Guan Eng dan DAP, Mat Sabu akan menggerakkan tunjuk perasaan anti kerajaan scara besar2an dlm sedikit masa nanti!
Orang2 PAS akan dikerahkan utk berkumpul beramai2. Ini adalah bidang kepakaran Mat Sabu.
Kaum Cina DAP akan membiayai perhimpunan dan melihat dpd jauh.
Bila berlaku rusuhan besar2an, armada tentera Amerika sudah siap sedia di perairan Singapore utk masuk campur menentang Kerajaan dan membela puak2 pemberontak spt yg berlaku di negara2 Arab di Timur Tengah.
Kaum Melayu sedang dibuai mimpi2 yg indah. Ada lebai2 PAS yg sedang memasang cita2 utk ke Putrajaya. Ada puak UMNO yg sudah sedia utk menjadi Pembangkang. Bagi UMNO yg penting dapat jadi Ketua Bahagian dgn imbuhan 1.5 juta setahun - tak payah buat kerja. Rakyat marhean sedang sibuk menonton video seks Anwar dar 4 sudut dan mengkagumi betapa besarnya senjata Anwar.
Melayu mudah lupa ?????