ARTIKEL BARU

KENAPA SHAFIE APDAL DIANGGAP ANCAMAN?


Datuk Sri Shafie Apdal - ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya!

Kami tiba di KKIA sekitar jam 10pm. Saya dimaklum, Menteri KKLW merangkap Naib Presiden, Datuk Shafie Apdal dijangka tiba pada jam 10.30pm. Saya dan Musram Rakunman, jarang sekali sambut pemimpin di airport.

"Kali terakhir saya sambut pemimpin Sabah ialah semasa Tun Mustapha membawa UMNO masuk ke Sabah" kata blogger "Apa Yang Tersirat" itu. "Masa tu airport ni penuh sesak dengan lautan manusia yang inginkan perubahan politik".

Kelihatan kawasan KKIA mula dipenuhi orang ramai. Kebanyakannya pemimpin pemuda UMNO. Disamping itu kelihatan beberapa orang timbalan dan naib ketua UMNO Bahagian. "Dalam ramai-ramai penyokong  ini tentu ada tukang lapor" saya bisikkan kepada Musram.

Kerja tukang lapor ialah mencatat nama-nama pemimpin UMNO yang hadir disetiap program Datuk Shafie Apdal dan laporan diserahkan kepada Datuk Musa Aman. Satu kerja bodoh yang ramai juga yang sanggup lakukan sebagai sumber rezeki politik. Sekurang-kurangnya Musa Aman mencipta peluang pekerjaan baru di Sabah!

Tepat jam 11.50pm, Datuk Shafie mula kelihatan bersalam dengan penyokong-penyokong UMNO. Saya jangkakan lebih daripada 100 orang yang hadir. Saya juga bersalam. Satu yang suka dengan Shafie ini, kita tak perlu "cium tangan" sebagai tanda sokongan. Cukup sekadar bersalam dan tanya khabar.

Saya kena bertolak awal pagi jam 7 ke Sandakan, maaflah saya tidak dapat minum dengan tuan-tuan semua. Kata Shafie. "Ramai lagi tunggu Datuk di Sandakan" Saya mencelah. "Mereka mau ikut ke Kinabatangan sekali?" Tanya Shafie. "Sudah tentu Datuk. Tadi pun ramai yang mau datang ke sini tapi saya tidak suruh". Saya berseloroh, disambut gelak ketawa.

Datuk akan rasmi persidangan UMNO bahagian Kinabatangan esok (Khamis). Ramai dikalangan penyokong yang hadir tengah malam ini akan sanggup bersengkang mata tidak tidur dan  terus memandu melalui jalan darat ke Sandakan, perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk menyambut Datuk Shafie Apdal di Sandakan keesokkan pagi.   

4 Responses to "KENAPA SHAFIE APDAL DIANGGAP ANCAMAN?"

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.

Satu laporan yg positif, bermatlamat positif untuk membina masa depan yg positif.

Laporkan apa sahaja yg membawa kepada perpaduan, kekuatan dan menuju ke arah kemenangan.

Syabas bro...perjuangan kita menuntut keikhlasan, strategi yg mantap dan sokongan yang padu.

Elakkan pertentangan dan pertembungan kerana musuh sentiasa menunggu kita lemah.

Shafie sangat disayangi di semenanjung dan sabah. Musa Aman juga dikasihi kerana beliau sebahagian dari pemimin.

DAP sedang memarangkap untuk memisahkan antara bumiputera Islam dan bukan Islam di malaysia Timur sebagaimana mereka lakukan dengan jayanya memisahkan China dari BN di Semenanjung.

Shafie bukan ancaman. Beliau adalah elemen kukuatan dan kemantapan UMNo-BN untuk kita terus kekalkan Perlembagaan Persekutuan dari diganti oleh Perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan China DAP dengan sokongan Pas dan Nuar Berahim.

Teruskan perjuangan.

Sapdal said...

Seperti biasa sdr. sentiasa menggunakan bhs yg baik wlupun mengutarakan pendapat bertentangan dgn ramai orang.

Minta kebenaran utk re-post di sini.
http://sapdalkrew.blogspot.com/2011/06/shafie-bukan-ancaman.html

Diharap sdr sudi membuat kemaskini url RSS kami ke
http://sapdalkrew.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

kelapa mawar said...

Salam ayahanda MO..


RESPONSE KEPADA PENULISAN MUSLI OLI : KENAPA SHAFIE APDAL DIANGGAP ANCAMAN?

http://kelapamawar.blogspot.com/

Unknown said...

terima kasih atas komen Penditakain singkat, Sapdal krew dan kelapa mawar. semua tulisan saya juga disiarkan dalam portal baru www.rontog.daily.com

salam perjuangan..