ARTIKEL BARU

PRU 13: DARI MANA BN DAPAT KERUSI?



PM Najib. Mampukah konsep dan slogan 1Malaysia menarik sokongan kaum Cina dan India?

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak, BN menang 55 kerusi tapi popular votes hanya 53.9%. "Jika peratusan 46.1% yang tidak mengundi BN diterjemahkan kepada undi kawasan parlimen, Sarawak akan kehilangan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen" Kata seorang AJK Pemuda Umno Malaysia yang telah mengadakan post mortem PRN Sarawak

Penganalisis politik juga meramalkan Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Pensiangan, Tawau, dan Sandakan. Jumlah kerusi-kerusi parlimen yang boleh ditawan pembangkang di Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional menang 140 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya BN. UMNO menang 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan PPP tidak menang sebarang kerusi.

Secara keseluruhan popular votes BN 51.2% sahaja dan gagal dapat majority 2/3 dalam parlimen. Parti pembangkang menang 83 kerusi. PKR 31, DAP 28 dan PAS 24 kerusi. Untuk memperolehi majoriti 2/3, BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 kerusi tambahan.

Bagaimanapun keputusan 4 pilihan raya kecil parlimen, BN mempertahan Batu Sapi dan menawan Hulu Selangor tetapi gagal pertahankan Kuala Terengganu dan Sibu.

Persoalannya,  mampukah Barisan Nasional memperolehi kemenangan 2/3 pada PRU akan datang? Jika jawapannya YA dan mampu, parti mana yang boleh menyumbang kerusi itu kepada BN? Bolehkah MCA menambah bilangan kerusinya daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2008? Mampukah MIC tambah 4 kerusinya (termasuk Hulu Selangor)?Bolehkah Gerakan menambah daripada 2 kerusinya? PPP mungkin tiada kawasan yang boleh ditandingi.

Jawapan kepada persoalan-persoalan diatas bukan sahaja “diragui” tapi hampir mustahil parti MCA, MIC, dan Gerakan merampas kerusi yang telah ditawan DAP dan PKR. Kini hanya parti UMNO sahaja harapan BN boleh merampas kerusi PAS dan PKR. Persoalannya juga, mampukah UMNO?

Jika sentiment rakyat tidak berubah cateris paribus, sekurang-kurangnya 18 kerusi dari Sarawak dan Sabah jatuh kepada pembangkang menjadikan jumlah kerusi BN sekarang 139 - 2 (SAPP) - 18=119. Manakala PR 84 + 2 +18 = 104

Dengan kiraan itu, BN masih boleh memerintah dengan simple majority. Dalam sebuah negara yang matured democracy, kemenangan dua pertiga tidaklah perlu. Saya yakin secara psikologinya kaum Cina yang menjadi “king maker” di Malaysia lebih suka keadaan kerajaan yang memerintah tidak memperolehi majority 2/3. Mereka selsa dengan keadaan sekarang.  Terbukti kerajaan hari ini terutama by election yang diadakan dengan mudah tunduk terhadap setiap tuntutan dan desakan mereka.

Jika ditakdir PR menang sekalipun, kaum Cina dan India lebih suka  kemenangan yang simple majority untuk teruskan kuasa mereka sebagai “king maker”.

Sungguhpun begitu, jumlah kerusi BN 119 dan Pakatan Rakyat 104 itu hanya mengambil kira perubahan sentiment di dua negeri yang diwar-warkan sebagai Fixed Deposit, semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya Sarawak dan krisis kepimpinan yang berlaku di Sabah.

Namun ramai penganalisis bersetuju keadaan akan menjadi genting kepada BN, jika pada PRU akan datang, Sarawak masih diketuai Tan Sri Taib Mahmud dan Sabah terus diketuai Mr Pac Man.









1 Response to "PRU 13: DARI MANA BN DAPAT KERUSI?"

Wake UP! said...

Salam Bro. Kalau BN kalah pun tak boleh buat apa la.