ARTIKEL BARU

UMNO ISTIHAR PERANG DENGAN SIAPA? DENGAN RAKYAT?


Tun Mahathir - 22 tahun sebagai PM, tak pernah anggap pilihan raya umum sebagai peperangan!

Kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dalam perhimpuan agung baru-baru ini mengakhiri ucapan mereka dengan ayat, "semboyan perang telah berbunyi, masanya telah tiba, AYUH, kita sedia menggempur dan berperang!!"

Nak perang dengan siapa? Siapa musuh nak diperangi?? Rakyat Malaysia yang menjadi anggota parti pembangkangkah? Atau kaum bukan Melayu....?

Pilihan raya umum adalah proses biasa dalam sistem demokrasi untuk memilih kerajaan yang popular. Jika parti UMNO dan BN masih popular, kenapa perlu istihar perang? Siapa yang ditakuti sangat sehingga perkataan perang keluar dari mulut kedua-dua pemimpin negara kita?

Lain halnya,  jika pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu banyak melakukan kesalahan. Jika banyak salah, tentulah kekalahan parti,  bukan sahaja bermakna kehilangan kuasa dan kehilangan jawatan tetapi juga mengundang masalah seperti pendakwaan di mahkamah.

Fenomena seperti ini berlaku di Indonesia, Korea dan Jepun. Bekas PM dan pemimpin negara dibawa kemuka pengadilan dan dibicarakan dan didapti bersalah.

Jika tidak melakukan sebarang kesalahan, pecah amanah dan salah guna kuasa,  kenapa mesti desperado? Jika kalah hanya bertukar kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat....kerajaan masih berfungsi seperti biasa.

Raja dan Sultan masih terlindung. Hak Melayu dan bumiputera masih dipelihara dalam peruntukan undang-undang.

Jika ada Melayu yang kehilangan kuasa, Melayu lain akan mengambil tempatnya....

6 Responses to "UMNO ISTIHAR PERANG DENGAN SIAPA? DENGAN RAKYAT?"

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Istihar perang dengan penyokong pembangkang. Ganas ganas bahasa yang digunakan oleh Pemimpin pemimpin kanan UMNO masakini.

Pemimpin seperti Tengku Abd Rahman, Tun Abdullah dan Tun Dr Mahathir,tidak tegak menggunakan bahasa seperti yang dipergunakan oleh pemimpin UMNO hari ini.

Apa hikmahnya pemimpin UMNO dengan lantang mengubah skrip kata kata politik mereka yang condong ke arah keganasan.

Saya fikir rakyat tidak semudah boleh dipengaruhi dengan sikap yang ganas ganas seperti pemimpin kanan UMNO sekarang ini.

Kenapa persikapan pemimpin UMNO masa kini. jauh beza dengan pemimpin masa lalu. Apakah ada firasat bahawa UMNO akan kalah dalam pru ke 13.

Ada kebarangkalian, dengan nada ganas ganas mengistiharkan perang, mungkin takut dengan bayang bayang tidak dicalonkan dalam pru ke 13.

Rakyat sarankan, agar rakyat sejagat tidak diseretkan ke kanca kata kata dengan memerangi rakyat. Istilah perang mesti guna senjata. dan menggunakan tenaga tentera.

Disedari atau tidak, kata kata perang yang dilafazkan oleh pemimpin kanan UMNO itu telah banyak mengguris dan menghiris perasaan rakyat.

Disarankan pemimpin UMNO perlu tunjuk sikap terbuka dan peradaban melayu yang menjadi ikutan rakyat malaysia.

Anonymous said...

Melayu berkias pun memang ya. Perang bukan bererti bunuh lawan macam peperangan, perang pilihan raya maknanya tewaskan lawan.... kali ini perang ini lebih besar jihadnya.... apa yang Tun M tak pernah sebut bukan maknanya tidak boleh sebut....

sabaheco said...

Bagi saya, pengistiharan perang oleh Najib / UMNO ke atas pembangkang sememangnya akan menghasilkan banyak tafsiran dari orang ramai...

Perang apa yg dimaksudkannya?Perang menggunakan senjata? perang dunia ke-3?perang menentang keganasan?perang olok2?

Apa2 pun perang yg dimaksudkan Najib, apa yg nyata adalah semangat anggota2 UMNO pada ketika itu semestinya berkobar2. Ini pasti membantu dalam usaha UMNO menghadapi PRU13...

Boleh kita lihat ucapan Najib sebagai satu contoh "Matlamat Menghalalkan Cara"?

sabaheco

Anonymous said...

perang... perang... perang...

rasuah wajib di perangi, demi kestabilan ekonomi negara

pengkhianat agama wajib di perangi, demi perjuangan agama Islam yang suci

pengkhianat bangsa wajib diperangi, jangan sampai hak kita tergadai

pengkhianat negara wajib diperangi, demi kedaulatan negara kita....

adakah perang ini tidak wajar? jika diawal dahulu saya hanya sebagai pemerhati politik tetapi dengan perkembangan terkini yang semakin haru biru terutamanya dengan kemunculan ambiga yang telah berjaya 'menghalalkan' MURTAD LINA JOY, caci maki anuar sekeluarga terhadap Malaysia dengan kuasa asing, dan dengan DAP yang semakin berani mencemar masjid dan surau dengan ceramah2 dan petikan ayat Al-Quran yang jelas dan nyata bukan atas niat untuk belajar? .... saya sendiri rasa terpanggil untuk menyuarakan kejengkelan saya!

siapapun 'politician' itu, jika niatnya memang ikhlas terhadap bangsa, agama dan negaranya akan tetap saya sokong!

RENUNG-RENUNGKANLAH 5 PRINSIP RUKUN NEGARA...

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Melayu di kenali dengan budi bahasa yang cukup sopan. Melayu cukup dikenali dengan budi pekerti serta kesantunan yang terbilang.

Tetap boleh digunapakai perkataan perang. terpulang mana mana individu kerana hak mereka.

Ahli politik yang berbudaya senang menawan hati rakyat. Di sayangi oleh penyokong. Jika pilihanraya tetap meraihkan undi majoriti yang terbesar.

Ahli politik yang menggunakan perkataan ganas ganas. Dalam pilihanraya dapat undi majoriti cukup cukup makan. Kekadang ada lagi yang rebah kalah.

Sama sama kita hayati demi bangsa, Agama dan negara.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Sewajarnya perkataan PERANG wajib digunapakai. Setuju kepada pendapat Sdr Anonymous.

Harus memerangi rasuah. Harus memerangi dadah. Dan perangilah para pengkhianat bangsa agama dan negara.

Perkataan perang tepat digunasebutan kepada mereka yang sudah berbudaya rasuah, mereka yang sudah terjerumus dengan najis dadah.

Tetap berlainan bila dalam arena politik. Berucap dalam majlis bersama rakyat di perkampungan orang orang asli. Atau majlis makan di luar bandar dengan tujuan kempen.

Bila perkataan perang disebut depan rakyat. Mari kita berperang untuk menyokong parti saya. Mari kita terjun dalam gelanggang peperangan untuk kemenangan calon parti saya.Mari kita raihkan acara peperangan untuk perpaduan.

Ada rakyat rasa kebingungan. Kita perang dengan siapa? Mungkin ada rakyat juga rasa takut mendengar istilah perang.

Mungkin rakyat akan berpindah sokongan kepada parti yang mengelakan sebutan ganas. Sebab dalam kempen selalu kita memujuk rakyat untuk sokong kita. Bukan kita marah rakyat

Turun padang dekati rakyat kerana minta sokongan dengan nada yang lembut. Minta sokongan agar rakyat dokongi parti kita.

Kenapa 5 negeri di semenanjung ditawan oleh pihak pembangkang. Ada kebarangkalian semasa kempen tidak menyebut perkataan yang tidak mengguris perasaan rakyat. Ada kebarangkalian semasa kempen mereka banyak merayu agar diberi peluang untuk mengambilalih pemerintahan dengan nada yang cukup sopan dan berbahasa.

Saya ragu, jika perkataan sebutan perang, diputarbelitkan oleh pihak tertentu, agak sukar bagi UMNO mendapat majoriti 2/3 dalam pru ke 13. Wallahualam.