ARTIKEL BARU

PALING RAMAI KM, PALING MISKIN DAN PALING RAMAI PENGANGGUR...


Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah Presiden UPKO, Donald Stephens pada 1963. Pada 1965 Kerajaan Pusat arah Stephens meletakkan jawatan kerana tindakannya mendesak kedudukan Sabah dan Malaysia Agreement 1963 dikaji semula setelah Singapura keluar dari Persekutuan.

Stephens menggantikan tempat Peter Lo sebagai Minister Of Sabah Affair di peringkat Pusat. Peter Lo dari SCA dilantik sebagai KM Sabah yang ke -2  dalam interim government sebelum pilihan raya umum negeri yang pertama 1967.

Tun Mustapha adalah KM Sabah yang ketiga setelah USNO mengatasi jumlah kerusi UPKO. Tapi pada  1975, kerana Tun Mustapha enggan setuju royalti minyak 5%, KL tubuhkan parti baru jatuhkan kerajaan Tun Mustapha.

Tun Razak meminta Tunku memujuk Tun Mustapha berundur dan meletakkan jawatan sebagai KM Sabah. Dan berjanji akan membubar BERJAYA dan mengekalkan kerajaan USNO.

Timbalan Presiden USNO, Tun Mohd Said dilantik KM Sabah yang keempat, kira-kira 8 bulan sebelum pilihan raya negeri 1976. BERJAYA tidak dibubarkan KL.

USNO kalah kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Mohd Fuad (Donald Stephens) dan TunStephens kali kedua dilantik sebagai KM Sabah yang ke 5.

Pada 6-6-1976, Tun Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang. Timbalan Presiden BERJAYA, Tan Sri Harris Salleh dilantik sebagai KM Sabah yang ke-6.

Pilihan raya negeri 1985, BERJAYA kalah kepada parti PBS dan Datuk Pairin Kitingan dilantik KM Sabah yang ke 7.

Pada pilihanraya 1994, PBS  menang tipis tetapi kerajaan Pairin tumbang setelah beberapa orang wakil rakyatnya menyertai BN.

Tun Sakaran Dandai dilantik KM Sabah yang ke lapan. Beliau memegang jawatan itu tak sampai 8 bulan untuk dilantik sebagai TYT Sabah.

Datuk Seri Salleh Said dilantik sebagai KM yang kesembilan menyambung tempuh Tun Sakaran. Selepas 16 bulan Salleh diarah KL untuk memberi laluan kepada presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebagai KM Sabah yang ke-10.

Selepas dua tahun, tempat Teck Lee diambil alih Tan Sri Bernard Dompok mewakili parti UPKO. Dompok adalah KM Sabah yang ke-11. Malangnya, Dompok, hanya menjadi KM selama 8 bulan kerana tewas pada pilihanraya negeri 1999 di kawasan DUN Moyog.

Datuk Osu Sukam menggantikan Dompok sebagai KM Sabah yang ke-12. Selepas 2 tahun tempat Osu diambil alih presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2001.

Pada 2003, Datuk Musa Aman menjadi KM Sabah yang ke - 13 hingga sekarang.... 

Sejumlah 13 KM Sabah. Jumlah yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.  Dua orang hilang jawatan KM kerana kerajaan pimpinan kalah, Tun Said (USNO) 1976 dan Harris Salleh (BERJAYA).

Manakala dua KM hilang jawatan kerana kalah walaupun parti menang dan kerajaan mereka menang. Peter Lo (SCA-Perikatan) 1967 dan Dompok (UPKO-BN) 1999.

Hanya seorang mati dalam jawatan, Tun Fuad Stephens.

Manakala 8 KM Sabah yang lain hilang jawatan kerana arahan Kuala Lumpur! 

0 Response to "PALING RAMAI KM, PALING MISKIN DAN PALING RAMAI PENGANGGUR..."