ARTIKEL BARU

SABAH DAN SARAWAK TIDAK PERLU ADAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAN UNTUK NEGERI.

Sebuah wilayah atau negeri yang telah bersetuju menyertai atau membentuk sebuah Persekutuan atau Federation tidak sepatutnya meraikan kemerdekaan wilayah atau negeri berkenaan. Sebaliknya tarikh kemerdekaan yang telah dipilih secara rasmi sebagai hari kemerdekaan Persekutuan handaklah disambut dan diraikan sebagai hari kemerdekaan untuk semua wilayah atau dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Persekutuan.

Dalam konteks Persekutuan Malaysia, hari kemerdekaan ialah pada 31hb Ogos. Disamping itu Hari Malaysia, atau Malaysia Day iaitu hari terbentuknya Persekutuan Malaysia juga disambut secara rasmi pada setiap16hb September.

Tarikh kemerdekaan Sarawak pada 22 July 1963 dan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 tidak lebih dari sekadar rujukan akademik. Tarikh itu tidak lagi relevan dan tidak perlu disambut sebagai Hari Kemredekaan Negeri setelah negeri Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Persekutuan Malaya bersetuju untuk bergabung membentuk sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tarikh 31 Ogos dipilih sebagai hari kemerdekaan rasmi Persekutuan kerana pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Malaya atau Federation of Malay States telah mendapat kemerdekaan daripada Britian. Secara konvensyen, sejarahwan sependapat, tarikh wilayah dalam sesebuah persekutuan yang terawal merdeka hendaklah dipilih sebagai hari kemerdekaan yang rasmi.

Samada negara Malaysia telah berusia 57 tahun atau 51 tahun bukanlah isu yang harus diperdebat dan dipolemikkan kerana Persekutuan Malaya yang merdeka pada 31hb Ogos 1957 adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

 Mustahil untuk mengistihar Malaysia merdeka 51 tahun sedangkan Malaya telahpun merdeka pada 31 Ogos 1957 iaitu 57 tahun lalu. Golongan yang menghujah bahawa kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 bukan kemerdekaan Malaysia kerana Malaysia hanya terbentuk pada 16 September 1963.

Atas pendapat itu, golongan tersebut yang diwakili beberapa gabung NGO di kedua-dua negeri bercadang menyambut kemerdekaan negeri masing-masing dan tidak menganggap 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia tetapi hari kemerdekaan Malaya. Di Sabah, bagaimanapun  tarikh 31 Ogos juga disambut sebagai Hari Kemerdekaan Negeri. 

Sarawak telah menyambut kemerdekaan negeri pada 22 July lalu yang jatuh pada hari Selasa. Sambutan diadakan lebih awal pada 19 July, bersamaan hari Sabtu. NGO tersebut mengadakan sambutan pada hari Sabtu kerana kerajaan negeri Sarawak tidak mengistihar tarikh 22 July sebagai cuti umum. Turut hadir ialah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solidarity Masyarakat Sabah (SMS) berpendapat, kumpulan NGO yang mempertikai tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia dan mengadakan sambutan kemerdekaan negeri adalah bertujuan untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan. Terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan petition kepada PBB untuk self-determination yang sedang di war-warkan.

Seorang MP dari PKR keluar kenyataan tidak akan menaikkan bendera Malaysia pada 31 Ogos nanti.Dia hanya mengibarkan bendera negeri Sabah.

Jika semua negeri dalam USA meraikan kemerdekaan negeri masing-masing bukan tarikh 4th July, iaitu tarikh rasmi kemerdekaan negeri terawal,  sudah tentu setiap negeri meraikan 52 hari kemerdekaan yang berbeza. Texas mempunyai tarikh kemerdekaan yang berbeza dengnan Florida dan Hawaii dan negeri-negeri lain. Sudah tentu ia tidak baik untuk menyatukan rakyat.

Perkara yang sama bakal terjadi di Malaysia,  jika Sarawak dan Sabah juga meraikan hari kemerdekaan masing-masing.

SMS merayu NGO yang bercadang mengadakan program sambutan kemerdekaan negeri Sabah pada 31 Ogos untuk membatalkan niat mereka demi perpaduan rakyat Sabah dan perpaduan Malaysia, sebaliknya sama-sama meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada 31hb Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

2 Responses to "SABAH DAN SARAWAK TIDAK PERLU ADAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAN UNTUK NEGERI."

Unknown said...

Hakikatnya esok 22 Julai 2016 telah diistihar sebagai cuti umum oleh Ketua Menteri Sarawak.

Anonymous said...

Bagi saya perlu SS meraikan tarikh kemerdekaan negara mereka sebabnya SS adalah sebuah negara yang sama2 membentuk persekutuan malaysia 1963.Saya tidak bersetuju dgn artikel admin yang mengatakan Sabah dan Sarawak itu adalah negeri.Dalam konteks penubuhan negara malaysia,sepatutnya persekutuan malaysia meraikan 'hari malaysia' setiap 16 Sept kerana tarikh itulah negara malaysia ditubuhkan oleh gabungan 4 negara berdaulat iaitu Sabah,Sarawak,Singapura dan Malaya.Sejarawan atau pihak berkuasa harus mengubah kembali tulisan sejarah yg banyak di putar belit terutamanya skop pendidikan.