ARTIKEL BARU

DEBAT MUSLI OLI VS DARD -PART 1



Saya mulakan perdebatan petang tadi dengan mukaddimah “Kerajaan yang baik akan tunjuk kejayaan. Kerajaan yang gagal akan beri 1001 alasan”.

Parti UMNO ditubuhkan  dalam sebuah istana dan diterajui para teknokrat dan golongan bangsawan. Sudah dasar-dasar dan perancangan UMNO  mengutamakan  kepentingan golongan bangsawan dan teknokrat Melayu.

PKR tertubuh daripada darah dan airmata rakyat yang mahu menuntut keadilan sejati! Maka itu dasar dan falsafah PKR adalah untuk menuntut keadilan untuk rakyat.

Apapun kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memenangi hati rakyat. Yang berbeza ialah soal keutamaan dan pendekatan.

Sebelum saya mulakan hujah mengenai Bajet BN dan bajet PR yang dibentangkan  baru-baru ini, saya membawa pendengar mengimbas kembali dasar-dasar ekonomi  parti pemerintah BN sejak memerintah selama 55 tahun.

Yang paling penting ialah DEB kerana DEB adalah satu dasar jangka panjang yang pertama sebelum WAWASAN 2020. DEB diperkenalkan Tun Abdul Razak pada 1971 sempena pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (RMK). DEB merangkumi empat (4) RMK bermula dari RMK 2 hingga RMK 5 (1971-1990) menjangkaui masa selama 20 tahun. 

DEB – matlamat serampang dua mata: 1. Menghapuskan kemiskinan secara menyeluruh tanpa mengira kaum. 2. Menyusun semula masyarakat supaya tidak dikenali mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Matlamat akhir ialah pengagihan kekayaan negara dimana pada tahun 1990, sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti kekayaan negara ditangan bumiputera.

Tercapaikah matlamat serampang dua mata BN? Pada 19 November 2007 (NST 30 November) TPM, Dato Sri Najib,  mengumumkan usaha sedang ditumpukan untuk meningkatkan equity bumiputera daripada 2.4% kepada 30% yang disasarkan pada 2020.

Tidak dinafikan DEB berjaya mencipta sekumpulan orang Melayu, termasuk pemimpin UMNO, keluarga mereka dan beberapa cronies dan nominee yang KAYA RAYA tapi majority bangsa Melayu dan bumiputera masih miskin dan papa kedana.

Bila golongan ini menghadapi masalah, kerajaan akan ‘bail out’. Contoh hutang Tan Sri Tajuddin Ramli 500 juta. Begitu juga sebelum ini kerajaan bail out MAS sebanyak 8 bilion. Negara berhutang untuk selamatkan kroni dan hutang negara ditanggung semua rakyat terutama rakyat biasa spt kita.

HUTANG NEGARA pada dua hari lalu 16 November 2012 untuk third quarter of the year stands at RM484 bilion daripada 476 bilion sebelum ini. (Economics and Financial Data daripada BNM) www.bnm.gov.my/index. atau 55% daripada GDP. Kita sebenarnya telah melebihi 55% of DEBT CEILING legal limit.

Kegagalan DEB dan dasar-dasar sebelumnya tidak pernah dijadikan pengajaran. Idea-idea itu dikitar semula dengan Model Ekonomi Baru dan akronim2 yang sukar difahami rakyat spt GTP,ETP, NKRA, DLL…

Laporan Ekonomi 2011/2012. Economic Reports dari Kementerian kewangan Malaysia “ bottom 40% penduduk Malaysia iaitu sector rumahtanga  pendapatan dibawah RM2300 sebulan (m.s 21)”

Manakala di Sabah angka-angka lebih menyedihkan, berdasarkan data daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2011: sejumlah  68% pendapat penduduk Sabah dibawah PGK atau Paras Garis Kemiskinan(PGK -RM1,100 Sabah dan 950 di SM)

Dalam perancangan kerajaan melalui ETP negara akan menjadi ‘high income nation’ dengan percapita income rm48,000. Ada tinggal 8 tahun lagi kita sampai ke 2020. Tapi kata Datuk Idris Jala, menteri yang jaga PEMANDU, yang bertanggungjawab merealisasikan wawasan 2020 berkata negara akan bankrap pada 2019 jika terus memberi subsidi kepada rakyat!

Kerajaan telah merancang melalui PEMANDU untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat termasuk memperkenal GST tetapi telah ditangguhkan kerana PRU13. Hanya subsidi gula dikurangkan 20 sen. Gula ni di monopoli MSM Malaysia Holding anak FGVH milik FELDA sejak 2009.

Dari pandangan EKONOMI - Bajet yang baik adalah bajet yang memberi kesan pangganda yang tinggi atau multyflying effect kepada golongan rakyat terbanyak iaitu golongan rakyat yang berpendapat rendah. Ini yang sering disebut sebagai ketirisan atau ‘trickling effect” dalam ekonomi.

Dalam satu jurnal yang diterbitkan Universiti Utara Malaysia tajuk “Government Expenditure and National Income” ditimbulkan persoalan samada “government expenditure (dasar fiscal) lead to economic growth or economic growth triggers expansion of govt expenditure”. Dalam negara membangun sudah tentu sector awam mengambil sebahagian besar daripada perbelanjaan ekonomi negara. Sebagai contoh daripada 251.6bil  bajet BN, 201.9 bil adalah belanja mengurus…

Daripada jurnal itu juga dibuat perbandingan Malaysia Government Expenditure dengan GDP berbanding dgn negara2 ASEAN:
Malaysia punya kadar  tertinggi 26.8%. Singapore 18.9%, Indonesia 18.6%, Thailand 15.7% dan Filipina 14.3%.

Akan tetapi kadar ini tidak diterjemahkan dalam kadar pertumbuhan ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi pada 2010: Filipina 8.7%, Korea 8%, India 7.8%, Vietnam 7.3%, Indonesia 5.1% , singapura 4.9% dan Malaysia 4.3%. pada bajet 2013 kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka 4.5-5.5%.

Pada bulan December 2007, Ketua pengarah EPU, Datuk Dr Sulaiman Mahbob dalam satu seminar 3 hari POVERTY AND INCOME INEQUALITY IN THE 21ST CENTURY  mengeluarkan statistic menarik mengenai insiden kemiskinan diantara negeri-negeri di Malaysia dan jurang ketidakseimbangan pendapatan antara rakyat dirantau ini. ketidakseimbangan di ukur dengan ukur Gini Coefficient) pada kadar 0.46 iaitu lebih tinggi daripada negeri-negeri miskin spt Indonesia, Laos dan Vietnam.

Matlamat Bajet PR untuk menambahkan wang dalam poket rakyat atau istilah “disposable income” dalam ekonomi. Ini dilakukan dengan  menurunkan harga barang2 dan keperluan. Untuk menambahkan pendapatan rakyat, harga minyak akan diturunkan yang akan mengurangkan kos pengangkutan secara purata akan menurunkan harga barang dan makanan 5-10%.

Penurunan harga kereta yang menjadi bebanan kepada rakyat (hutang 9 tahun) dengan pengurangan excise sebanyak 20% dan bidaan AP sebelum dihapuskan pada 2015. Ramai anak muda muflis kerana 1. Kad Kredit, 2. Kerana kereta yang tidak dapat bayar.
Kos pemilikan rumah juga memakan banyak perbelanjaan dan bajet PR memberi keutamaan kepada perkara ini berbanding dengan Bajet BN.

Bajet BN hanya memperuntuk 1.9 bilion (PRIMA dapat 1 bilion, SPNB 320 juta, jabatan Perumahan Negara 543 juta, Kemeterian Perumahan 100 juta rumah terbengkalai) untuk perumahan rakyat atau 0.76% sahaja daripada jumlah keseluruhan Bajet 251.6 bilion. Tidak sampai 1% peruntukan yang disalurkan seolah-olah masalah harga rumah adalah masalah kecil di mata pemerintah. Bukan masalah yang dikatakan mendengar keluh kesah dan denyutan nadi rakyat!

0 Response to "DEBAT MUSLI OLI VS DARD -PART 1"