BN gagal mendapat sokongan pengundi Cina dalam PRK selepas pengunduran Tun Abdullah Badawi, terbukti Pak Lah bukan faktor penolakan kaum Cina terhadap BN. Apakah punca sebenar pengundi Cina menyokong parti pembangkang?
“Kita tidak boleh simpulkan kaum Cina tidak undi BN. Saya lawat satu kawasan kubu mereka di Sibu, sungguhpun daripada satu saluran DAP dapat seribu undi, tapi BN dapat lebih 700 undi. Ini bukan penolakan total! Tentu ada factor lain yang menjadi punca sokongan kaum Cina kepada BN merosot.” Hujah Datuk Shafie Afdal.
Sambil mengambil ikan kembung goreng, saya mengangguk beri persetujuan.Hari ini Datuk Seri ajak saya makan bersama di pejabatnya. Saya tiada temu janji tapi saya tidak menolak pelawaan makan dengan seorang menteri.
“Saya faham dan setuju dengan pandangan Datuk. Memang bukan penolakan total kerana masih ada 20 hingga 30 peratus pengundi Cina menyokong BN. Tapi persoalan pokok, trend dalam 10 pilihan raya kecil adalah sama. Kuala Trengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Hulu Selangor, lebih 70% pengundi Cina tidak bersama BN. Trend di Sibu merupakan pukulan KO! ”.
“Saya faham dan setuju dengan pandangan Datuk. Memang bukan penolakan total kerana masih ada 20 hingga 30 peratus pengundi Cina menyokong BN. Tapi persoalan pokok, trend dalam 10 pilihan raya kecil adalah sama. Kuala Trengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Hulu Selangor, lebih 70% pengundi Cina tidak bersama BN. Trend di Sibu merupakan pukulan KO! ”.
"Saya fikir Datuk Najib kena ikut cara Tun Razak" Saya mencadang. Datuk Shafie senyum dan bertanya,
"Apa cara Tun Razak?"
"Apa cara Tun Razak?"
Pendekatan Tun Razak dan pendekatan Najib berbeza dalam menghadapi suasana politik yang hampir serupa. Saya fikir PM perlu kaji semula dasar-dasarnya. Saya mula kemukakan hujah.
Pada Pilihan raya 1969, Parti Perikatan gagal mendapat majoriti dua pertiga kerana kaum Cina tidak memberi sokongan kepada MCA. Parti pembangkang GERAKAN menawan Pulau Pinang. Di Kedah dan Kelantan, perkara yang tidak pernah terfikir berlaku iaitu kaum Cina mengundi parti PAS untuk menumbang kerajaan. Negeri Selangor dan Perak nyaris ditawan pembangkang.
Apabila Tun Abdul Razak bin Hussien mengambil alih jawatan sebagai PM yang baru, keadaan politik negara tidak stabil pada ketika itu setelah negara mengalami tragedy 13 Mei. Hubungan kaum agak tegang. Sokongan kaum Cina ternyata semakin merosot. Orang Melayu juga mulai hilang sabar dengan UMNO.
Senario selepas pilihan raya 1969 berulang pada pilihan raya umum 2008. Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi didesak untuk berundur. Pada tanggal 2 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.
Pendekatan politik Tun Razak dan Datuk Seri Najib untuk menarik semula sokongan rakyat nyata berbeza. Daripada dasar-dasar barunya, kelihatan Najib berusaha menarik semula sokongan kaum Cina dan kaum bukan Melayu, manakalaTun Razak memperkukuhkan kekuatan parti UMNO dengan tumpuan kepada membantu ekonomi orang Melayu/bumiputra.
Keseluruhan dasar kerajaan yang diperkenal Tun Razak tertumpu kepada memperbaiki dan membantu ekonomi orang Melayu terutama dengan Dasar Ekonomi Baru yang dimulakan pada 1971 hingga 1990. Matlamat akhir DEB ialah mengagihkan kekayaan negara sekurang-kurangnya 30% menjadi milik bumiputera pada 1990.
Setelah tertubuhnya Barisan Nasional pada 1974 dan penyertaan parti PAS, kaum Cina melihat perpaduan Melayu satu kekuatan politik yang sukar digugat. Makanya kepimpinan Cina dalam Parti Gerakan yang menyedari kekuatan Melayu turut menyertai Barisan Nasional.
Lawatan Tun Razak ke China sebelum pilihan raya umum tahun 1974 titik tolak kembalinya sokongan kaum Cina kepada kerajaan. Gambar-gambar Tun Razak bersalam dengan Mao Tse Tung dan Chou En Lai terpampang di surat khabar berbahasa Cina. Hubungan dua pemimpin besar itu benar-benar menyentuh perasaan kaum Cina di seluruh negara.
Beribu juta ringgit peruntukan kerajaan untuk sekolah-sekolah Cina, kuil dan pagoda , disamping mengekalkan konsesi dan monopoli syarikat-syarikat milik kaum Cina. Namun ketara, dasar-dasar yang dipelopori Najib ibarat menuang air ke daun keladi. Dalam 10 PRK, sokongan pengundi Cina kepada BN masih tidak meningkat malah tambah merosot berbanding 2008.
Kepimpinan pertengahan Cina malah mempersenda Barisan Nasional dengan memberi sokongan kepada pemimpin MCA yang moralnya rendah sebagai Presiden baru parti MCA.
Perlukah Najib mengkaji semual dasar-dasarnya? Fikir-fikirkanlah…
8 Responses to "SIBU KALAH: NAJIB DALAM DILEMA?"
Kaum minoriti yang kaya tak patut dibantu. Baik bantu kaum majoriti dan kaum lain yang miskin.
Questions answered
Macam mana Kerajaan mau bantu kaum mejoriti, sedangkan perojek buat tandas pun semua di kebas kaum kerabat nya.
PERLU..NAJIB PERLU UBAH CARA.. HARUS DAN WAJIB. BANTU YANG MENYOKONG.. KUATKAN YANG MENYOKONG.. JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIGENDONG BERCICIRAN BIAR YANG DIKEJAR DAPAT YANG DIGENDONG JUGA DAPAT.
Salam MO,
Ulasan saya tidak ada kena mengena dgn tajuk, mohon maaf terlebih dahulu, saya amat tidak setuju dgn SELIU-LIU memburuk-burukkan sesama kita, harap hentikan tabiat yg burok,sebab blog dpt dibaca dan ditonton oleh seluruh umat manusia..amat menjijikkan. Maaf lah kerana membuat teguran ini, yg baik jadikan tauladan yg jahat buatkan sempadan..
salam rojokobog,
seliu-liu guna banyak blog seperti Lodo Nganga, Siti Farhana, Lamakdiki untuk serang saya. Sebenarnya Azrone salah faham kerana saya tidak pernah cadang dia dipecat daripada Berita Harian. saya hanya tanya status seorang yang berkerja dengan GLC milik UMNO tetapi menyerang Ketua UMNO bahagian.
Saya menghubungi sdra Mahfar Ali timbalan Ketua Pengarang Berita Harian utk menasihati Azronne. Saya juga tidak pernah mengugut atau upah sesiapa pukul dia kerana saya bukan jenis manusia spt begitu.
Saya tidak respon sengan Azrone kerana saya berpendapat dia menceritakan keburukan dirinya dengan menyebar berbagai fitnah terhadap saya termasuk anak saya Mohd Gaddafi.
Bila keadaan berubah, pendekatan juga harus diubah mengikut kesesuaian
Tuan, mohon follow blog saya senjapermai57.blogspot.com
Terima Kasih
kenapa BN di kalah di Sibu,terus terang saya katakan melalui kajian saya terhadap kaum bumiputra bukan melayu dan kaum cina di kawasan sibu kerana saya juga adalah penduduk di kawasan sana,..penduduk bukan melayu sangat kecewa akan keterlalua tidak seimbang ekonomi oleh kerjaan di sana..kaum bumiputra bukan melayu sengsara di bumi sendiri,.kerajaan bN pikir2 lah sendiri..
Post a Comment